Monday, 31 January 2011

Teknik Kreatif - Just for fun

Assalammualaikum
Saye ingin berkongsi sedikit mengenai pembelajaran. Tahukan anda bahawa 90% daripada usaha pembelajaran anda boleh dicapai melalui latihan dan berbincang. Manakala 80% hanya melalui perbincangan sahaja.. 50% adalah melalui melihat dan mendengar. 40% melalui melihat sahaja. 30% melalui mendengar sahaja dan 20% hanya melalui pembacaan sahaja.

Jadi yang terbaik adalah melalui latihan dan perbincangan. Aktiviti ini menghasilkan input sebanyak 90%. Mana lagi 10% untuk cukupkan 100% ?

 Banyak pendapat diberikan dan pendapat saye..10% itu akan anda miliki melalui doa dan tawakal, melalui konsentrasi anda belajar, teknik pembelajaran dan semangat anda.

Jom tengok ini
















Jika anda diuji soalan sebegini ..? Bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Cari kalkulator salah satu jalan penyelesaian mudah,...tetapi jika hendak menunjukkan kebijaksanaan anda, kalkulator tak perlu. Apa yang anda perlu ialah Teknik Kreatif .

Saye tunjukkan contoh mudah untuk menyelesaikannya.

jika
        ! + 2 + 3 + 4 + 5  ....7

Berapak jumlah semua nombor diatas ?

Penyelesaiannya

Gunakan formula ini

      n X ( n + 1 )
             2

      7 X ( 8 )
          2

       = 28

Nak kompem guna mesin kire...campur semua nombor.  Ok soalan kat atas tu anda selesaikan sendiri.
Jumpe lagi. ['',]

Read more...

Sunday, 30 January 2011

Ilmu mempermainkan orang

Assalamualaikum.

Apa perasaan anda apabila dipermainkan? Tentu sedihkan. Lebih-lebih lagi oleh orang yang paling akrab dengan kita. Terasa sangat. Jika kita selami hati orang yang suka mempermainkan orang lain, tenang atau gembirakah mereka apabila melihat mangsa yang dipermainkan menderita.Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana hati ini sedih menanggung derita.

Tetapi saye cukup gummbira apabila mempermainkan orang. Cukup bahagia. Lebih-lebih lagi mybest friend. Kadang-kala bukan sekali dua saye mempermainkan mereka malah ade satu hari tu hampir separuh guru wanita..makcik-makcik didalam bilik guru disini saye permainkan.Semuanye jeles dan hampir merancang mengadakan demontrasi menggulingkan pemerintahan terhadap saye Saye cukup bahagia.La la laaaa..gumbiraanyeee.

Kira-kira setahun yang lepas.

Semalam selepas tamat masa mengajar, saye berjalan menuju ke bilik guru. Dipertengahan berjumpa dengan Cikgu Ain. Kami beriringan menuju ketempat yang sama.

" Jom turun makan". kata  Cikgu Ain

" Ain, hati aku kata nak turun makan..tapi badan aku tak berapa nak setuju lerr..boleh tak kalau kita suggest tangga ni kita gantikan dengan lif..atau pun kat kantin tu ada sistem sms, tak pun order macam kite order pizza tu. Kan ke senang, tak payah le susah-susah panjat tangga..kan Cikgu Ain kann," kata saye.

" Aa..aa..ye le tu..baik nko bukak sekolah sendiri..macam-macam nko boleh buat,"kata Ain.

" Ain kalau kite dua-dua turun tak prktikal la,"

"Apasal pulak ".

" Ye laa...kan ke baik sorang je turun, yang sorang lagi boleh la relax, tunggu makanan sampai.."

" Aaaa betul jugak ek..ape kate nko yang turun..aku pulak tunggu kat atas ni barulah betul".

" Ehhh! Macam tu tak boleh sebab bukan demokratik namanya, baik kita adakan pilihanraya untuk menentukan siapa yang kena turun..baru le betul ".

" Ooo nak one two som ke? ".

"One two som tu anak murid ko bole lerr. aku ada suggestion yang lebih baik lagi dari tu".

:"Ape dia?." tanye Cikgu Ain.

Bermula dari detik itulah saye suke sangat mempermainkan orang. Cume cikgu beso je saye tak berani. Lain cikgu atau cekgi semuanye dah bengang dengan saye. Malah Mak Limah taukeh kantin pun saye kenakan. Hebat tak makcik nihh? Hi hi hii

Anda tahu macamana saye mempermainkan mereka. Mudah je. Saye keluarkan ini



Ye sebuah kalender...orang kampung panggil kalender kuda. Dengan kalender inilah saye mempermainkan mereka. Caranye mudah jerrr...saye boleh memastikan 4 nombor ape yang mereka pilih dengan tepat dan cepat. seumpama seorang ahlil nujummmm.




Beginilah 4 nombor yang mereka pilih dan saye dengan mudah dapat menjawab dengan tepat. Mudah jerr.. Siapa berminat ingin menuntut ilmu mempermainkan orang ?

Saye dengan senang hati ingin mensharekan ilmu mempermainkan orang ni. Jika anda berminat sila dapatkan ilmu ini disini dengan mendownload naskah percuma.

Mehh! ambik ilmu ni free. Pastu korang mainlah dengan sesiapa korang nak. Tapi awas! Ilmu ini bisa membuat orang benggang dan tercenggang. Jika anda sanggup menghadapi risiko ini, silakan download free disini.
Jumpe lagik !

Read more...

Friday, 28 January 2011

Uji sifir kaji darab

Assalam mualaikum

"Meh cikgu tunjukkan kamu satu ujikaji sains supaya kamu faham erti kehidupan".



Seekor tikus diambil dan dilepaskan didalam satu litar seperti gambar diatas. Litar ini merupakan satu kurungan yang mengandungi lorong-lorong yang mempunyai pintu yang dapat dilalui dan ada sesetengahnya disekat. Seterusnya jika dia berjaya menemui jalan yang betul ganjaran yang bakal didapati ialah sepotong keju yang sedap lagi mahal harganya.

Pemerhatian #1
Apabila pintu kurungan dibuka, tikus ini mula berjalan mencari punca datangnya bau keju yang begitu sedap. Disebabkan keinginannya yang meluap-luap dia berusaha keras mencari dimana punca datangnya bau itu dan seterusnya berhajat dapat menikmati keju tersebut.

Si tikus telah menetapkan matlamat utamanya ialah mencari keju yang sedap itu.

Setelah berhempas pulas melalui lorong yang bermacam ragam itu, si tikus masih terus gigih berusaha mencari jalan yang betul untuk mencapai sasarannya.

Akhirnya si tikus berjaya menemui jalan yang betul dan dapat menikmati secubit keju yang sedap itu. Dia mengambil masa yang agak lama sebelum menemui keju tersebut.

Pemerhatian #2
Setelah dibenarkan merasi secubit keju tersebut, si tikus ditangkap dan dibawa semula ke kurungan yang pertama tadi. Si tikus dilepaskan dan dengan pantas dia berlari melalui lorong-lorong yang masih diingatinya tadi. Namun adakala dia tersasar juga menuju ke jalan yang salah.

Akhirnya dia berjaya juga menemui keju tersebut dan masa yang diambil adalah lebih pendek sedikit dari yang pertama tadi.

Pemerhatian #3
Setelah dibenarkan merasa secubit keju tersebut, si tikus dibawa kembali ke tampat kurungan yang pertama tadi. Setelah pintu kurungan dibuka, kali ini si tikus tidak menunggu lagi. Dengan kudrat yang ada,dia berlari dengan laju melalui lorong yang betul dan terus sampai ke keju tersebut. Masa yang dicatatkanya amat pantas dan kali ini dia tidak menghadapi sebarang kesulitan langsung. Dia berjaya.

Pemerhatian #4
Setelah dibenarkan merasa secubit keju. Si tikus dibawa kembali ke tempat kurngan asal tadi. Kali ini dia tidak sabar menunggu pintu kurungan terbuka. Apabila pintu kurungan dibuka, sepantas kilat dia berlari menuju ke keju tersebut. Kali ini amat pantas sekali. Apabila tiba dia berasa hairan kerana keju yang didambakan tiada.  Sengaja tidak diletakkan keju tersebut.

Pemerhatian #5
Si tikus diletakkan kembali ke tempat asal kurungan. Setelah pintu dibuka dia sepantas kilat memecut menuju ketempat keju tadi. Namun harapanya hampa kerana keju tidak diletakkan disitu.

Pemerhatian #6
Si tikus diletakkan semula ke kurungan pertama. Apabila dibuka pintu kurungan, tikus duduk dengan selamba malah langsung tidak bergerak. Hanya mulutnya sahaja yang berkumit-kumit. Tak tahulah sama ada menyumpah seranah kepada si tukang uji ini atau menyanyi macam Dato Siti. Wallahualam.
Ya kali ini siti si tikus tidak lagi memperdulikan matlamatnya. No more keju katanya didalam hati. Penat kot!

Kesimpulannya
Setiap pelajar harus mempunyai matlamat. Dengan adanya matlamat dapatlah kita bergerak kehadapan. Dengan adanya matlamat dapatlah kita tahu apa yang ingin kita capai. Lihat contoh tikus tadi, keju yang sedap adalah matlamatnya. Untuk mendapatkan keju tersebut dia berusaha keras mencari jalan untuk mendapatkannya. Pada permulaan wajiblah dia merasa begitu sukar kerana itu adalah sifir untuk mencapai kejayaan.Tiada kejayaan yang dicapai tanpa usaha.

Begitulah juga jika kamu hendak mahir didalam matematik atau pelajaran lain. Semuanya memerlukan latihan. Lihat bagaimana semasa kali kedua tikus itu di lepaskan. Walaupun dia pernah sampai kesana tetapi dia masih lagi melakukan kesilapan memasuki lorong.Namun begitu hasil kali kedua adalah lebih baik daripada yang pertama tadi. Latihan membuatnya mahir.

Lihatlah apabila kali ketiga dan seterusnya. Tikus tidak lagi mempunyai masalah untuk mendapatkan kejunya.Tikus telah mahir selok belok jalan menuju ke matlamatnya dan dengan mudah dia mendapatkannya.

" Zarul, bab akhir ini khas saya tujukan kepada kamu. Kamu tahu tak tikus pun tahu rasa SERIK. Serik. Kamu faham tak serik ".

" Faham cikgu ".

" Apa yang kamu faham ?".

" Kamu tak faham Zarul. Kamu tak faham serik. Kamu tengok diri kamu, last year awal tahun kamu cuti 3 minggu. Bila datang kesekolah penuh dengan parut kat lengan dan kaki. Last year jugak bulan 4 kamu cuti lagi kali ni 7 minggu. Bila datang tangan berbalut dah tu kamu datang jumpa saya tuntut hutang pulak ( nanti saye story anak murid saye tuntut hutang kat guru nye..best cite ni ). Nih tahun ni baru beberapa minggu, kamu datang dengan tangan berbalut dan berplaster. Ini ke yang kamu kata kamu faham maksud serik?".

"Kamu tengok tikus tu, dua kali dia kena tipu dia dah serik. Dia dah tahu. Kamu letaklah apa pun dia tidak akan bergerak lagi. Bagi dia tikus yang bijak tidak akan tertipu kali ketiga ."

" Kamu pulak sudah tiga kali jatuh motor kan, kamu tahu manusia yang bodoh adalah manusia yang dipatuk ular tiga kali berturut-turut, ditempat yang sama, dilubang yang sama. Itu bodoh namanye tu....tapi kamu tak bodoh kannn..anak murid cikgu tak bodohkan...anak murid cikgu dia naik motor roda dua kann..bukan roda satu...monyet pun tahu naik motor guna roda dua...kan..kan."

" Cikgu nasihat kamu naik lah motor tu elok-elok...engineer dah sukat motor tu elok dah...kena gune dua roda.. kamu toksahlah dok nak save minyak kamu bawak motor satu tayar...takde paedahnye".

" Kamu faham tak Zarul ".

" Faham cikgu".

"Kalau kamu faham baguslah".

Anak didik saye...tahun lepas..tapi tahun ni..kelas ni saye tak mengajar...hari ni sebab bertugas sebagai guru ganti, kebetulan kelas ini...dan nak jadi cerita, anak didik saya yang cukup femes tahun lalu berbalut tangan dan siku maka saye pun bukaklah cerita diatas yang diadaptasi dari Motivasi Pagi IKIM fm.

Masa dah habis. Jumpe lagi.

Read more...

Thursday, 27 January 2011

Teknik Kreatif - Sifir

Salam
Saye nak kongsikan sedikit info mengenai keajaiban nombor yang berkaitan dengan kita.
Tahukah anda semasa kita menjadi bayi yang berumur 7 minggu didalam rahim ibu, struktur utama otak kita sudah dapat dilihat dengan jelas dan apabila bayi berumur 3 bulan, saraf tunjangnya pula mula berkembang.Mankala keadaan didalam rahim ibu pula,pertumbuhan sel-sel otak berlaku begitu pesat sekali dianggarkan lebih kurang 2.5 juta sel neuron tumbuh setiap minit.Byangkan tu setiap minit. Apabila kita dilahirkan sel-sel otak ini mencecah 100 billion dan setiap sel ini pula mempunyai 1000 tempat dimana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak lain. ( sumber: 7 Formula Individu Cemerlang/Dr.Danial Zainal Abidin/PTS200/ms98)/ 
Hebatkan kejadian ciptaan Allah Yang Maha Besar yang tiada tandingi oleh sesiapa pun. Subhanallah.

Saye suka kongsikan satu Teknik Kreatif untuk pelajar menguasai sifir 11 sehingga sifir 19. Jom kita tengok.

Lihat pic dibawah
















Jika anda diberi soalan sebegini  13  X  12  = ?  Ikuti langkah seperti berikut

Langkah #1
Tuliskan angka 1 sebagai jawapan anda. Lihat pic diatas .

Langkah #2
Lihat angka 2 dan 3. Lakukan operasi tambah. 2  +  3  =  5. Ini adalah jawapan kedua anda dan letakkan disebelah jawapan pertama. ( Refer pic diatas tu ok ).

Langkah #3
Lihat angka 2 dan 3 ( angka yang sama ) Lakukan operasi darab 2 X 3 = 6. Ini adalah jawapan ketiga anda.
Selesai.

Saye nak tunjukkan satu lagi soalan supaya anda tidak keliru. Rujuk pic dibawah

Jika soalan sebegini  14  X  15  =  ?  Langkah penyelesaian adalah sama sahaja cuma apabila anda sampai di langkah ke #3 berhati-hati untuk meletakkan jawapan.

Lihat langkah #3  semasa operasi darab 4 X 5 = 20.  Jawapan adalah 20. Anda perlu letakkan angka 0 dan bawa 2 kesebelah. Lakukan operasi tambah seperti biasa. Dalam keadaan ini 2 + 9 = 11. Turunkan angka 1 dan bawa 1 lagi kesebelah. Lakukan operasi campur sekali lagi. 1 + 1 = 2. Jawapan akhir adalah 210.

Macamane senangkan. Ok nak mantopkan teknik kreatif ini, macam biasa cuba try latihan banyak-banyak sikit je lagi ye.

Opss! Lupa nak cakap, teknik kreatif ni ada syaratnye. Anda bole cuba untuk sifir 11 hingga 19 didarabkan juga dengan nombor 11 hingga 19  sahaja. Lain nombor tidak berkesan.Jika anda berminat untuk mengetahui lebih banyak lagi teknik-teknik kreatif yang lebih mudah dari teknik ini silalah dapatkan naskah ebook Sifir Master atau boleh membaca informasi mengenai teknik kreatif sifir master disini.

Jumpe lagi ['',]


Read more...

Wednesday, 26 January 2011

Kesan daripada interlok ?

Salam

This story taken from a Holywood film and little from Boolywood. Warning, if you suffer heavy disease such as acute myocardial infarction, high blood, stress or dysmenorrhea, you advised not watch what we display below. All result effect after viewing or when watch is own responsibility.

This story originated in.....???

Semasa sekeluarga Encik Gajah sedang menikmati sarapan pagi, tiba-tiba kedengaran suara memberi salam. Bingkas si Ani iaitu anak kepada Encik dan Puan Gajah tersenyum dan bangun berlalu menuju ke pintu. Belum pun sempat Encik Gajah mengarahkannya.

"Aik! " Heran sungguh sibapa gajah. Selalunya dialah yang paling liat untuk disuruh. Tapi pagi ini berlainan sekali. Apakah sudah ada putik-putik perubahan didalam diri Ani. Mungkinkah pil kecemerlangan minda atau air penawar dari gunung betul-betul mujarab mengubah diri Ani. Itu persoalan yang bermain di benak si bapa gajah.

Si ibu gajah tersenyum kerana sudah tahu suara siapa diluar. Maklumlah si Ani telah memberi isyarat awal akan kedatangan siumpunya suara tadi.

"Ani siapa yang datang tu?". laung si bapa gajah.
"Errr! kawan sekolah Ani, daddy", jawab Ani persis sikucing yang sedang malu.

"Ehhhh! Apa hal kawan dia datang pagi-pagi buta ni", soal sibapa kepada isterinya.

"Alaahh! Bang kawan-kawan sekolah dia datang biarlah, orang muda kannn", si ibu membela anaknya.

"Jom kita tengok bang", ajak si isteri lantas berjujuk menuju ke pintu.












"Mummy,,daddy, kenalkan ini Zack kawan sekolah Ani".
"Zack ni le mummy and daddy I",Ani memperkenalkan ibu dan ayahnya.

"Errr assalammualaikum uncle...untie, maaf sebab mengganggu uncle dengan untie",suara si Zack mengawal rasa gementarnya melihat bapa dan mak gajah.

"Takpe Zack, kamu tak ganggu pun. Ape kamu dah sarapan ke? Kalau belum meh le kita sarapan sekali", pelawa si ibu gajah yang sungguh sporting itu.

" Aaa meh le Zack kita makan sama",kata si bapa gajah dengan ramah.












"Terima kasih banyak uncle..untie, saye baruuu je makan tadi, lagi pun saye nak cepat ni".
"Nak cepat nak kemana?"soal si ibu gajah

"Mummy..daddyyyy sebenarnye kite ni nak gi tengok wayang cite khurafat yang tengah top tu, kejap jee kat bandor, bolehkan mummy..daddyyy", rayu si Ani kepada orang tuanye.

"Oooo nak tengok wayang, kenapa tak cakap awal-awal. Macamana bang bole tak?', tanya si ibu gajah pada suaminya sambil tersenyum.

" Mmmmm pergilah, jaga diri elok-elok jangan balik lewat sangat ye", sibapa memberi izin sambil berlalu menyudahkan sarapannya yang terbantut dek kedatangan Zack boyfriend anaknya.

"Thank you daddy, i love you," jerit si Ani....like ape get shrimp paste .

"Thank you mummy, i loveee youu so much", sambil mengeser manja belalai kepada pipi ibunya.Kemesraan begitu ketara dua beranak ini.

"Si Zack tersenyum malu tetapi didalam hatinya...yebadabedoooo...cantekkkk..line clearrrr.....juga like ape get shrimp paste..tetapi dikontrol perasaan happynye konon-kononye dialah jantan rimba terakhir dan amat bertuahlah si Ani menjadi kekasihnye.












"Haaaa pergilah Ani, Zack tunggu kamu lama tu, kesian kat dia",kata si ibu gajah.

" Ye la mummy, Ani pegi dulu ye".

" Zack jalan bebaik ye, jaga Ani ni elok-elok...jangan balik lewat sangat yeee...sebelum pukul sebelas kamu berdua balik tau...kalau ade ape-ape call untie..ok?", begitu panjang pesan ibu gajah kepada hero anaknya bakal menantunya nanti.

" Baik untie, saya jaga Ani baik-baik, kami tak akan balik lewat, janji..thanks you antie byeee", ayat si Zack kepada ibu gajah.

" Jom Ani, jalan baik-baik..", lagak Zack seumpama hero rimba.
"Aaaa marilah Zack, hik hik hik," guummmbiranya hati Ani apabila mendapat lampu hijau dari kedua ibubapanya.

Tamat babak permulaan kisah seram ini.

  Mungkin inilah bibit-bibit permulaan kepada sampah oppss sori permasalahan kini yang dihadapi disekitar kita. Seumpama barah, penyakit masyarakat semakin hari semakin menular.Apabila timbul kes membabitkan pelajar seperti membuang bayi,berzina,merogol dan sewaktu dengannya, kepada siapa yang akan kita menuding jari?

Guru tak tahu mengajar,tak tahu mendidik, makan gaji bute...guru..guru..guru sekolah.......sekolah bermasalah...sekolah dan guru...bermasalah...masalahhhhhh..guru malaysia.....

Jika ini yang anda kaitkan jika berlaku barah ini didalam keluarga anda, terutama ibu dan bapa, apakah wajar kami dipertanggungjawabkan.Apakah wajar kami dipersoalkan dalam dan luar seolah-olah kami punca segalanya ?Apa hinakah kami sebagai guru selayaknya dihenjak-henjak semahunya untuk dipertanggungjawabkan atas segala musibah ini. 

"Helloooo...cikgu Hani...helloooo..picc..picccc...",kedengaran suara dan bunyi jari dipetik.

Terkejut dari lamunan

"Ooo..Ya Allahh...awak...".

" Jauh melayang dah sampai mana ? ",tanya Ain my best friend.

" Ooooo  dah sampai ke angkasa nih  hi..hi..".

" Tak de kelas ke? "

" Ade lepas break ".

"Nak kemana tu?", soalku

"Nak ikut..jom laaa',

"Maneee.."

" Toiiilettt!"

Cisss!



Hani : Intro kat atas tu saye gune tool alih bahase kat website ni. Bagus betul laa..Elok kalau anda cuba.Kalau nak translate english ke bahasa atau sebaliknya..disarankan mencuba,

Story ni takde kena mengena dengan yang hidup atau mati..Hishhh! Salah tu. Story ni ada kena mengena dengan masyarakat ku..masyarakat disekeliling ku. Jika sesuatu musibah berlaku kepada anak-anak anda, gunakan iman dan selidik dahulu punca,kesan,akibat perkara tu berlaku. Jangan terus menuding jari sebab ini tidak akan menyelesaikan masalah.

Story ini hanyalah imaginasi diadaptasi dari luahan rasa seorang rakan yang memegang jawatan hal ehwal murid.

Tajuk entry ni takde kene mengena dengan Novel Interlok. Sekadar nak tambah keje kat search engine je. Jangan maraa aaa.

Read more...

Tuesday, 25 January 2011

Teknik Kreatif -Multiply 2D by 2D

Salam
Kite nak kongsi satu teknik kreatif untuk mendarab 2 digit X 2 digit. Jom

Sebagai contoh, selesaikan soalan ini   23  X  13 = ?.  Lihat penyelesaian dibawah.














Pic #1
Jalan penyelesaian sama seperti Teknik Kreatif yang lepas. Anda salin balik soalan mengikut pic #1 diatas dan buat garisan menegak mengikut gambarajah.

Pic #2
 Letakkan angka 0 rujuk pada gambarajah. Darab 2 X 1 dan hasilnya letak seperti gambarajah. Jika hasil darab mempunyai dua angka anda penuhkan ruang yang diisi dengan angka 0 disebelah kirinya jika tidak letakkan angka 0 supaya anda tidak celaru nanti.














Pic #3
Ok pic no. 3 ni adalah langkah yang kedua. Sama saje dengan pic no.2. Anda darab yang mana dulu pun tak ape yang penting kedudukannye jangan salah letak. Hasil darab pada langkah ini adalah nombor berwarna merah.

Pic #4
Seterusnya darab mengikut nombor berwarna merah. 1 X 3 atau 3 X 1 mana-mana pun tak kisah..sama je..Hasilnya letakkan pada kedudukan yang betul. Ingat warna merah !














Pic #5
Seterusnya darabkan nombor  2 X 3 ..nombor merah..dan letakkan pada kedudukan. Lihat gambarajah. Langkah ini yang mesti anda ingat. Jika hasil darab anda dua angka, anda tidak boleh memenuhi ruang pada angka 0 ( berwarna hitam ) tersebut. Jika anda memenuhi ruang tersebut..jawapan anda akan salah. Jika hasil darab pada langkah ini terdapat dua angka anda kena bawa kesebelah..Ingat ye jawapan hanya boleh diisi pada nombor merah sahaja..jika dua angka perlu dibawa kesebelah. Angka 0 berwarna hitam itu anda diharamkan mengusiknya..biarkan dia  :)

Pic #6
Seterusnya...darab seperti gambarajah. Akhir sekali anda campurkan semua angka untuk mendapat jawapan.

Selesai.

Sebagai latihan sila anda buat latihan ini. Ikut step-step diatas.  34  X  44 = ?  Jika anda salah meletak kedudukan nombor...jawapan anda akan salah. Jika anda mengalami kesulitan ini sila lihat kesalahan anda pada penerangan Pic #5.

Jumpa lagi. Buat latihan masa sendiri yek!  ['',]



Read more...

Monday, 24 January 2011

Interlok and sampahlook

Salam
Ramai yang masih cuba mencari definasi interlok sejak dua menjak ni. Isu ini menjadi perbualan hangat dikalangan warga Malaysia yang berbilang kaum ini. Hari ini tajuk kat news lagi le best. Malaysia cantik tapi kotor.

Masa kite tengah siap-siap pagi tadi sempat jeling kat TV3 dalam MHI. si Elly menukar ayat dari Malaysia cantik tapi kotor kepada Malaysia kotor tapi cantik. Apa bezanye ??

Patut la sebelum ni.. kan keluar kajian, kat Malaysia ni kalau sampah tak dikutip dalam masa seminggu boleh tutup satu negeri Perlis. Wow! Hebat rakyat Malaysia.

Katakan sebulan sampah tak dikutip...agak-agak la tinggi mana ye...KLCC,KL Tower,KOMTAR,Menara Aloq Staq....???? Mungkin kah

Tu laaaa hampa semua patutnye respek kat abang-abang yang kutip sampah tu. Jasa mereka tinggi you. Pastu keje mereka tu sekarang ni sama penting dengan menteri. :)  Menteri bole juga cuti pi makan angin...kalau abang-abang ni pakat-pakat cuti pi makan angin seminggu...hu hu hu bayangkan....

Jadi saranan kalau jumpe atau selisih dengan lori sampah tue jangan le buat muka poyo...senyum hargai keje mereka yang memudahkan hidup kite nie  kan..kan..kan.












p/s :  Syukur melebihi dari segalanya.

p/p/s : Wajib asing sampah 2013 nihhh...arggghhh..jadi satu keje pulak dah...tapi aku memang dah buat lame dah...tengok semalam..buat kari ayam...semua perut buang dalam satu bekas...ikat molek-molek..buang dalam bekas...Cissss! pagi nih kucin buat keje...terbarai ...patut le ada bau...lain kali buang terus dalam tong sampah bukan dalam bekas sampah...cik Hani oiiiii!



Read more...

Sunday, 23 January 2011

Free download here !

Salam
Kami ada naskah percuma buat anda. Jika berminat silalah ke halaman ini untuk mendapatkan Simple Math For Game ( Free Edition ).

Maklumlah guna form free so faham-fahamlah kalau makan masa sikit. Ni saye buatkan cara-cara nak apply ebook free ni. Macam biasa tengok pic kat bawah ni





Langkah #1.
Sila pergi ke link disini atau anda boleh juga klik page yang bertulis download ebook free di header kat atas tu. Anda akan lihat seperti pic diatas. Isikan nama dan email anda. Kemudian anda tekan submit form button.





















Langkah #2
Selepas anda menekan button submit, paparan berikut akan terpapar. Tunggu sehingga klip-klip tu berhenti dan kemudian anda klik perkataan continue..tengok arrow pada pic.


Langkah#3
Akhir sekali anda akan dibawa ke page ini. Taniah anda dah berjaya. Klik continue untuk balik semula ke page nombor dan sifir blogspot.

Akhir sekali tugas kami untuk send ebook free tu kepada anda.

Read more...

Friday, 21 January 2011

Teknik Kreatif -Multiply 2D by 1D

Salam
Mari kita kongsikan satu lagi Teknik Kreatif dalam operasi darab. Kali ni kita lakukan operasi darab 2 digit dengan 1 digit.
Rujuk gambarajah dibawah







































Langkah penyelesaian kreatif.

Langkah #1.
 Lihat soalan yang diberikan

Langkah#2
Bina satu garisan ditengah. Rujuk gambarajah.

Langkah #3
Untuk jawapan pertama darabkan nombor 1 dengan 3. Rujuk gambarajah.

Langkah#4
Untuk jawapan kedua darabkan 9 dengan 3 dan letak hasil pada tempat yang betul. Juga lihat pada gambarajah. Akhir sekali untuk mendapatkan jawapan, anda perlu tambah jawapan 1 dengan jawapan 2. Sekali lagi tengok gambarajah.

Selesai.

Bagi contoh tambahan seperti gambarajah, saye ingin menunjukkan jika pada langkah #3 anda darab dan hasilnya mempunyai dua digit seperti rajah, jangan fobia dengan angka besar takut, letakkan pada kedudukan yang betul ( rujuk rajah ).Langkah yang lain seperti biasa rujuk rajah juga  :)

Ok teruskan latihan masa sendirik. Jumpa lagi



Read more...

Wednesday, 19 January 2011

Bila terbabas...?

Salam

Suatu pagi

"Assalammualaikum semua."

"Cikgu, minta 2 minit nak salin soalan la kata anak didik saye".

" Ok 2 minit saje ye ".

Ohhh ! Subjek math rupenye.Ngomel saye dalam hati.

"Ok semua,cepat sikit hari ni saye nak habiskan topik semalam", sambil berjalan ke meja pelajar yang sangattt sangatttttt saye suke...suke denda sebab selalu bikin makcik ni panas..hi hi hi.

"Hai Zarul kamu tak salin ke?"

"Dah cikgu kejap je ni salin, depa tu semua lembab, salin macam keta lembu tengok kan dah makan masa cikgu." Tengok tu elemen loyar buruk tu tetap ade. Takpe saye suka tu sebab ini adalah hiburan. Kalau ambik pot sangat bole jadi migrain kite.

" Wah kamu cakap macam pro je..bole jawab semua soalan ke?"

" Alaaa mudah jer cikgu, macam kacang ."

" Ye ke...haa....cuba buat soalan nombor dua tu kalu dah teror".

" Ala cikgu mudah jer..kalau soalan macam ni..bla blaa..blaaa...darab...sini...bla blaaa lagi blaaa. Dapat yang ini..tolak blaa blaaa blaaaa...haa ni jawapan dia."

" Ooooo! Orang teror buat macam tu ye..punyelah banyak jalan...dah tu siap ada corner baring lagi tu."

"Ye ker cikgu...tadi buat whileee..cikgu tak nampa ke...he he he." Nampak tu loyar buruk dia dah mula keluar.

" Kalau cikgu kan..tak main le jalan jauh-jauh ni..guna jalan short cut je lagi mudah..tak payah pening-pening".

"Ehh! Ada lagi mudah ke cikgu".

"Aderrr..nak tau ke".

" Eh! Mesti la ".

" Mai sini nak tunjuk. CIkgu ajar sekali je..kalau soalan macam ni..lagu ni...bla bla blaaa..darab sini terus dapat jawapan dia..".

"Ishhh mudahnye..."

"Ok kalau soalan lagu ni pulak, kamu darab macam ni..blaaa blaaaa..blaaaa..terus dapat jawapan dia".

" Caya lahhh mudah betul la ".

"Ok satu lagi...soalan ni...darab sini..sini..blaa..blaaa...blaaa...terus dapat jawapan. Tak le kamu pusing jauh-jauh kann ".

"Ye ye betul tu cikgu betul.."

"Cikgu memang dah betul..kamu tu yang bengkok "

" Ok satu lagi contoh...nampak ni...angka jerr besar tapi mudah saje...kamu darab sini...sini..blaaa..blaaa...terus dapat jawapan".

" Ok macam soalan ni pulak...trick jer nih..sama juga macam soalan tadi...kamu darab sini..sini...dan blaaa terus dapat jawapan".

" Ape yang kamu tersengih...kagum ?"

" He he he.."

" Satu lagi soalan..yang ini...darab sini..blaa.blaa.bla...dah dapat jawapan ".

" Soalan ni pun sama...ambil nombor ni..darab ni sini...blaa...bla...dapat jawapan ".

" Ini pun sama...ambik ini dan ini...darab macam tadi..bla..bla...dapat jawapan".

"Nihh..soalan ni..darab sini..blaa..blaaa..terus dapat jawapan".

" Yang ni pulak..kamu buat sini..bla..bla..blaaa..ni jawapan dia".

" Yang nih pun sama jerrr...jalan cerite..".

" Cikgu..

" Haaa ada ape ".

" Dah spuluh minit..cikgu nak sambung ajar matematik ke ? He he "

Cisssss! Macamana bole terbabass nihhh...kan aku cikgu sains. :P


p/s : Hu hu hu itu sebab le..tahun lepas aku kena setup kelas tambahan sebab nak cover silibus.

Read more...

Tuesday, 18 January 2011

Skim Jutawan baru dilancarkan !

Salam
Anda mesti pernah tonton cerita P.Ramlee kan?
kalau anda nak tahu saya salah seorang daripada
peminat tegar cerita P.Ramlee.

Post ni saya nak review balik cerita Ali Baba Bujang
Lapok. Peminat tegar mesti ingat jalan cite ni. Tak
payah nak ceritakan balik kan. Kalau entry panjang sangat
pon nanti cepat jemu kan..kan.Sama la jugak dengan cikgu
kat kelas, kalau bla..bla..blaa..ikut teks buku teks alahai
rimau pun bole lena.



Dalam cite Ali Baba Bujang Lapok ni, saye nak relate tentang
sceen Sarjan ( Pak Ibrahim Pendek )meminjam dadu Chip Ketua
Penyamun untuk cari duit kat pasar disebabkan gaji dia banyak kena
potong.

Chip Penyamun bagi amaran..hang kena bukak 3 kali jeee...tak bole lebih.

Sampai kat pasar,Sarjan Pendek pun bukaklah satu kasino kecik. Yang syoknya sapa-sapa pon boleh tikam nombor kat papan tu seberapa banyak yang nak. tapi...dengan satu syarat nombor 3 tidak boleh tikam. itu nombor ana sudah register la..kata sarjan pendek. Nombor lain bole laaa...kan banyak nombor lagi.

Macam tu punya kasino pun ramai yang berebut nak join. Semua sebab nak kaya cepat. Apa tak nye..Sarjan pendek dah kasi tau awal-awal lagik.. sapa-sapa yang tikam 1 dirham..ana bayaq 3 dirham la...kalau ante tikam 2 dirham...ana bayq 6 dirham la...macam sifir darab matematik daa...kalau ante tikam 100 dirham...anak bayaq berdirham-dirham-dirham la. Mari..mari... mari...cepat sapa mau kaya sini laaaa.

Berdoyon-doyon laaa...orang datang...lebih-lebih lagi orang melayu..orang Malaysia ...pantang
dengar perkataan kaya cepat atau jutawan cepat...mesti cepat punya datang.
Bas ekpress cepat pun tak cepat macam nih.

Tentu anda ingat sceen ni kan. Seronok tengok. Macam-macam jenis manusia ada..lelaki, perempuan, tua , muda,kaya,miskin,jutawan, exjutawan sampaikan pengemis pon nak join juga. Fuhh! hebatkan penangan ayat power.

Cukup 3 kali, Sarjan Pendek pun angkut dia punya kasino dan blah dari situ. kalau dia tak blah...nanti kepala dia pula kena belah. Jadi baik blah dulu sebelum dibelahkan. Macam skim cepat kaya laa.

Semua tahukan rahsia kasino Sarjan Pendek terletak pada buah dadunya..bukan buah dada..cakap biaq terang. Dia guna tektik teknik skim piramid double buah dadu. Satu buah dadu asli dan satu lagi buah dadu yang semua nombornya nombor 3. Itu sebab bole bukak 3 kali saja. Kalau lebih kantoi laa.

Itu versi kasino Ali Baba Bujang lapok. Standard the lagend la.

Ok hari ni saye nak kongsi satu Teknik kasino macam Ali Baba Bujang lapok jugak tapi ini versi millanium. tapi dengan satu syarat..tuan jangan cuba buat la skim piramid kaa atau skim cepat kaya benda yang saya nak kongsi ni. Haram.

Kalau dah tau haram kenapa nak ajar pulak?

Saye bukan nak ajar tapi saya nak kongsi macam nilah idea ( kot-kot la ) jika kita guna formula matematik untuk buat macamana Sarjan Pendek lakukan.Meh! kita kongsikan.

Teknik ni takder syarat. You all boleh bukak berapa lama you all mau bukak. 365/7/24 tak kisah. Selagi promosi power..selagi ada orang yang kemaruk nak kaya cepat..ni prospek utama anda ye...projek mega nihh mesti dapat sambutan punya. Nak lagik bagus..ambik sesapa yang tengah top kat tv atau majalah..ambik derang buat duta anda. Mesti menjadik punya.

Kalau Sarjan Pendek guna dadu...kite tak guna dadu. Sebab lambat,lembab dan leceh. Kite guna mesin. Macam mesin ATM. Tak yah nak isi borang..tak yah nak ambik nombor and next projek kita akan bukak secara maya pulak. You all bole guna secara online. Anywhere,everywhere and tupperware.. you all boleh join..sambil pakai kain pelekat atau batik..cap apa tak kisah..janji join. Ala macam skim cepat kaya juga la.

Jangan la declare skim cepat kaya..nanti kena serbu pulak dengan BNM. Mampuih kita. Kita declare skim bantuan rakyat kaa...perniagaan alaf baru kaa..usahawan alaf baru kaa...Usahawan online kaa...nama biaq gempaq baru la sepadan dengan artis yang kita ambik buat duta tu. Skill business bro mesti ade dalam mind kite baru boleh berjaya.

Ok..street to the point.

Kajian kes !

. Kalau Sarjan Pendek  ( SP ) guna the power of number 3...kita pun guna number 3 jugak.Sama tapi tidak serupa.

. Kalau SP guna papan dam untuk nombor pilihan untuk ditikam..kita guna screen tak kisah sama ada touchscreen atau guna button. janji screen.

. Kalau SP kena lambung buah dadu..kita tak payah sebab kite tak guna buah dadu. Kita guna formula matematik..program komputer la tu.Biaq program tu yang buat..nak lambung kaa..nak tunggin ka..nak apa ka..biaq pi kat dia..janji kita senang.

. Kalau SP kena canang sibuk dok panggil orang join..guna loceng aiskrem...kita takpayah..sebab kita guna medium marketing teknoloji macam social networking,internet,offline,paper,news termasuklah badan-badan bas atau teksi. janji promote mesti mau.

. Kalau SP baling dadu...pi tengok sapa yang kena..baru kutip duit..Itu lambat maaa.Waste time..bile nak kaya. Cara kita..insert duit terus telan...Insert duit terus telan...insert lagi duit terus telan lagi...lagi masuk...lagi telan..telan..telan..telan.Kalu orang marah asyik kena telan jerr..macamana..?.Takpe..kat skrin nanti keluar word anda tidak berjaya..mungkin selepas ini giliran anda. Cuba lagi. Ada ke orang nak percaya..alaaa...kalau kita record suara manja Ella ke, Fasha Sanda, faizal Tahir atau yang terbaru tu Ana Raffali..takkan orang nak marah kot...suara artis tu yang slow talk. Mesti prospek cooldown punye.

. Kalau Sp 3 kali jer...kita berkali-kali..nih berapa kali mau cakap daaa..kita punye ni infiniti..ha ha ha.

. Kalau SP macam tu punye cikai pun bole kaya...apa tah lagi kita yang superb ni..mesti bergaban-gaban kaye punye. Bill Gate pun tak kaya macam gaban tuh..kite je. Ni tengah basuh downline..ayat mesti macam tuh...kalau tidak depa tak keje..aku pulak bile nak kaye kalau deme tak keje.

Perancangan Projek

1. Design dah siap sebab made in China. Kejap jer depa buat. Harga ciput jer..tapi kita kena declare ratus ribu beb.Baru gempak.

2. Design no hal. Refer kat gambarajah.

3.Promosi. No hall..kita lantik downline ramai-ramai...sebelum tu kena pilih duta produk dulu..nanti kita disscuss lain.

Program

Ini merupakan root kepada kejayaan projek mega kita. Meh kite ajarinn..macam telenovela indon pulak.

Penerangan Teknik Kreatif ( Rahsia nooo )

Bagaimana hendak memastikan sebarang nombor yang dipilih jawapan akhirnya tetap nombor 3.
Ini macam SP buat semasa baling dadu?

Kalau anda ikuti langkah-langkah dibawah anda akan mendapati sebarang nombor jawapan akhirnya tetap 3.

1. Pilih satu Nombor ( sebarang nombor )
2. Tambahkan dengan Nombor 5
3. Gandakan jawapan anda
4. Tolakkan dengan Nombor 4
5. Bahagikan dengan Nombor 2
6. Tolak dengan nombor pilihan anda
7. Jawapannya tetap 3 #

Contoh
1. Pilih satu Nombor ( sebarang )
- 7
2. Tambahkan dengan Nombor 5
- 7 + 5 = 12
3. Gandakan jawapan anda
- 12 + 12 = 24
4. Tolakkan dengan 4
- 24 – 4 = 20
5. Bahagikan dengan 2
- 20 ÷ 2 = 10
6. Tolak dengan nombor pilihan anda
- 10 – 7 = 3
7. Jawapannya tetap - 3 #


Contoh lagi
1. Pilih satu Nombor ( sebarang )
- 100
2. Tambahkan dengan Nombor 5
- 100 + 5 = 105
3. Gandakan jawapan anda
- 105 + 105 = 210
4. Tolakkan dengan 4
- 210 – 4 = 206
5. Bahagikan dengan 2
- 206 ÷ 2 = 103
6. Tolak dengan nombor pilihan anda
- 103 – 100 = 3
7. Jawapannya tetap - 3 #

Step diatas adalah secara kasar je. Step ni adalah inspired by cara SP buat. Dia pakai dadu nombor 3...manakala kite pulak draf operasi macamana nak dapat hasil jawapan tetap nombor 3 walaupun apa angka yang dimasukkan.Inilah langkahnye.


























Jawapan tetap nombor 3 tu, boleh kita tukarkan kepada perkataan atau ayat.Result kat screen yang akan keluar nanti.

Steps ni semua kalau applykan kat proggrammer kejap jer dia settle.
Siaplah anda punye money machine.
Amacam bole ke gune formula ni....???



p/s :  Sekadar imaginasi dan gatal tangan dari penulis sebagai hiburan kecik !  :P

Read more...

Monday, 17 January 2011

Teknik Kreatif - Subtraction ( Part 2 )

Salam
Satu lagi Teknik Kreatif untuk Operasi Tolak anda boleh gunakan kaedah ini. Jom belajar sifir master tengok kaedah yang kedua ini..


Lihat soalan dibawah.

Langkah #1
Buat satu garisan sendeng seperti gambarajah dibawah












Langkah #2
Macam biasa operasi pinjam kat jiran sebelah sebab nombor kecik tak bole tolak nombor besaq. Ni semua orang tahu.
Tapi untuk teknik kreatif ini, anda perlu terus lihat pada nombor 9. Berapa yang perlu ditambah untuk cukupkan menjadi angka 10. Untuk teknik ini, inilah perkara penting yang anda perlu lakukan.
Langkah #3
Akhir sekali tambah nombor diatas seperti biasa. Rujuk gambarajah.Selesai

Buat latihan masa sendiri  :)



Read more...

Friday, 14 January 2011

Teknik Kreatif - Subtraction

Salam
Mari kita share satu Teknik Kreatif cara mudah untuk operasi tolak. Contoh seperti dibawah.














Langkah #1
Lihat contoh soalan diatas.



Langkah #2
Buat satu garisan sendeng seperti diatas.



Langkah #3
Seperti biasa, lakukan operasi pinjam kat sebelah jika nombor kecil tolak nombor besar. Pinjam 1 adalah bersamaan 10 ( asas semua orang tahu ). Begitu juga nombor yang dipinjam akan berkurang 1 ( ni pun semua orang tahu ).













Langkah #4
Cara mudah tengok sini. Nilai yang anda pinjam = 10. Jadi anda perlu tolakkan nilai 10 ini dengan nombor dibawah ( lihat gambarajah ). 10 - 9 = 1.














Langkah #5
Ini adalah langkah terakhir. Jumlah pada langkah 4 tadi anda tambahkan dengan nombor diatas ( macam biasa rujuk gambarajah ) 1 + 3 = 4 . Untuk jawapan akhir isikan / turunkan nombor seperti gambarajah. Selesai.

Mudah jer. Anda buat 3, 4 latihan lagi insyaallah pasti mahir maher zain.

Read more...

Thursday, 13 January 2011

Teknik Interlok

Salam

" Hani,  Teknik Sifir Master ni guna Teknik Interlok ke ? "Tanya Ain sewaktu kami melangkah kekereta masing-masing.

" Interlok tak de tapi kalau Kinestatik ada la. Kenapa?" Soal saye.

" Saje je..kot-kot ko guna. Errr! Nko faham ke maksud Interlok ni?"

Cisss! Sempat lagi dia cucuk aku. Nak kena nko ye. Gerutu saye didalam hati.

Sebenarnya saye pun tak faham maksud Interlok. Semalam puas meng google maksud Interlok yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya masuk ke akhbar ni dan maksud tak diterang pun cuma berdiskusi nak adakan forum di DUN Tenang. Ini kata Seniman.

Google lagi,lagi dan lagi akhirnya  jumpa satu source yang membawa kejalan penyelesaian. Anda boleh lawati blog Cikgu Ghalib Yunus disini. Keterangan jelas menerangkan maksud interlok.

Teringat kata-kata Si Ain petang tadi. " Nko faham ke maksud Interlok ni?"

Ape nko ingat aku tak tahu...walaupun sebenarnya aku baru tahu. :)

Teknik Sifir Master ( TSM ) maaf memang tak guna Teknik Interlok sebab teknik interlok ni sesuai untuk ber telur kan kat dahi ko jerr. He he jangan marah aaa.

Penerangan : Maksud Interlok ( Interlock ) memancakan atau berpanca. Maksud kefahaman yang lebih jelas anda dijemput ke Blog Cikgu Abdul Ghalib Yunus. Hati-hati cikgu bahasa ni, jadi gunaklah ayat bahasa yang betul. Macam saye  :P




Read more...

Wednesday, 12 January 2011

Time Management

Salam
Time management?

Semasa kite tengah beratur ( walaupun duduk sebab yang beratur tu nombor kat display jer. Tuan yang memegang nombor semua duduk tapi yang kat luar tu nasib le kena berdiri. Lain kali urus time management anda baik-baik. Datang awal dapat le duduk kat dalam ruangan menunggu ni). Sebelah kite ni autie berbangsa cina datang bersama husband dia.Suasana tenang. Semua tengah kyusuk mendengar dan memandang display caunter nombor supaya tidak terlepas giliran. Kalau terlepas aduhaiiii...


Nilah senario kat ofis polis traffic hujung tahun lepas. Cukup meriah. Semua bangsa ada memang kena dengan konsep 1Malaysia.Semuanya cukup prihatin datang melunaskan tanggungjawab kepada negara. Bayar saman!

Kata auntie tu.."Sini cepat maa..kalau u pegi itu kaunter dekat pekan sana aaaa, ayo cukup lambat. Satu saja kaunter dia bukak. Orang ramai. Banyak buang masa lohh".

Saye tersenyum saja. "Sini aaaa banyak kaunter ada..sekejap saja sudah bole bayar". "Sana itu kat pekan pun mesti buat ini mcam maa"." Baru senang kita bayar luit ".

Buang masa? Kalau buang masa tu maknanya time management bocor la tu. Ketirisan. Kenapa berlaku? Mungkin sebab kesilapan atau tersalah mengurus.Ni semua berlegar didalam minda saye. Sedap yek kate kat orang :)

Termasuk le aku. Time management yang hancus. Termasuklah auntie tu. Termasuklah juga orang-orang yang berdiri kat luar tu. Semuanya gagal mengurus masa. Sedapnye aku menghukumkan. :P

Aku kalau bayar bulan september hari tu lagi, mungkin hari ni aku dah bole cube resepi baru kat rumah, masak nasi daging fevoret aku tuhh. Boleh layan fb sekejap. Bole siapkan suntingan buku mypartner. Bole sambung bace buku. Bole tidur sekejap dan bermacam-macam aku bolehhh...lakukan. Alangkah indahnye andai dapat ku undur masa. Hu hu hu

Tapi AKAL aku kate..."bukan tak nak bayar awal-awal. Kan ke masa tu sekolah belum cuti lagi. Nko kan sibuk dengan bebudak nak periksa la. Nko bukankah sibuk dengan skema dan script exzem. Nko bukankah sibuk dengan tudung si Ain tu. Nko bukankah sibuk dengan Kak Ti nak cube resepi terbaru. Nko bukankah sibuk dengan si Aza, Lin, Yon..ala group ko sibuk-sibuk mgumpat".

SHUT UP!

Gumpat-gumpat tu aku dah tak buat ok...."Ye ke?"...Sedikit kurang lahh..."Ok-ok aku bole terima. Ko bukankah sibuk service keta,cuci keta dan tengok keta-keta baru kann kan kannnn"..Itu betul cuma sikit-sikit jee.he he.

Betul la kata AKAL..aku sibuk sangat masa tu. Macam-macam benda yang nak kena handle. Anda pembaca sekelian, apa yang AKALku kata kat atas tu jangan percaya sangat sebab ada benda yang aku dah tak nak buat pun masih dia sebut lagi. Ala macam ngumpat tu...kitaorang bukan ngumpat sangat pun cuma bila ada perkara-perkara yang tak syok berlaku didepan mata.....barulah kite sampaikan kat kengkawan.Hmmm..mm.

Jadi aku bukanlah termasuk dalam golongan yang hancus time management mereka. Begitu juga dengan auntie and husband dia. Begitu juga dengan orang-orang yang berdiri kat luar sana. Kami bukanlah pengurus masa yang teruk. Kami juga bukannya tidak tahu mengurus masa. Cuma kami ni sibuk. Sibuk menguruskan hal-hal penting yang lain. Aku dah boleh senyum sebab ada reason nak jawab kot-kot ada sesapa tanye apasal tak datang bayar awal-awal? Siap nko aku akan berhujah.

Tujuh lapan lapan kaunter tiga. Tujuh lapan lapan kaunter tiga.

Lima nombor sahaja lagi akan sampai giliran aku.He he he.

AKALku masih lagi nak discuss dengan aku. "Ala orang Malaysia, semuanye keja last-last minit jer. Macam ko lah juga.  Semua buat keje last-last minit. Pastu komplen ni tak betul la, tu tak betul la.Ni silap la..ni menyusahkan orang la. Semua orang tak betul ".

"Hey..hey tolong aaaa..aku tak kata orang tak betul laaa..Tu antie tu yang cakap. Aku cuma inform je...yang datang ramai-ramai ni bukannye kaki tak tahu urus masa. Tahu tak. Kami ni cuma sibuk. Sibuk macam PM sibuk menguruskan negara. Macam tulah kami sibukkk. Faham tak CIK AKAL ooi!"

"Tenang..tenang...janganlah naik angin. Nanti ape pulak kata orang sebelah nko tu".

"Biarlah..aku nak jelaskan kepada AKAL AKU yang tak reti bahasa ni. Aku sibuk la masa tu..tu sebab yang buat aku last minit datang bayar saman ni. Nko faham tak?".

"Aaaa miss aaa...bagus juga datang bayar lambat maa... itu polis punya kaunter aaa..bagi diskaun..saya bayar setengah saja. Banyak untung bayar lambat maaa...itu denda bayar setengah saja. Kita pegi dula aaaaa".

"Haaaa CIK AKAL ooiii! Nko tengok tu..aku datang bayar lambat ni bukannya aku pengurus masa yang lembab. Ini adalah strategi aku. Plan strategi aku yang paling hebat bagi hujung tahun 2010 ni. Nko tengok last-last minit macam ni...polis traffik bagi diskaun 50% lagi. Mana mau dapat. Ni la strategi aku...bijak tak??? Balance duit diskaun ni bole beli tudung si Ain." He he he.

AKALku terdiam dan aku pula sangat seronok. Tak tahu la pulak ada diskaun 50%. :)  Rasa nak melompat pun ade..he he he. Padan muka AKALku kena reason maut. Bila dia nak discuss lagi aku akan cakap..aku kan hebat nilah time yang paling baik untuk melabur membayar saman. Ape lagik nko nak cakap wahai CIK AKAL ku?

Tahun depan kita bayar saman last minit lagi...kot-kot dapat diskaun 80%. Mana nak tau PRU 13 kot-kot kerajaan bagi. Kerajaan mana yek?

Hani : Akal dan hati mana pilihan anda?

Read more...

Tuesday, 11 January 2011

Sifir dan nombor - Tips #2

Salam
Kata salah seorang sahabat saya, definisi mudah untuk kreatif ialah memudahkan sesuatu perkara dengan menggunakan kaedah atau jalan penyelesaiaan yang baru samada baru dicipta atau me'modifikasi'kan jalan yang sedia ada. Maaf ini bukanlah definasi tepat yang boleh anda buat sebagai rujukan.Ia cuma merupakan salah satu pendapat peribadi semasa dikolej dahulu.

Malas!!!
Semua orang pasti akan merasai dan melalui saat-saat malas didalam detik mengharungi kehidupan. Kalau ada yang cakap, dia tidak ada rasa sifat malas. Tak tahulah sama ada nak percaya atau pun tidak.

Kali ini kami ingin share satu teknik sifir 9 untuk anda yang malas.
Lihat dibawah.

Langkah #1.
Tulis jujukan nombor seperti berikut. 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,9,10
Pastikan angka 9 ditulis dua kali.

Langkah #2
Tulis jujukan nombor menaik ( lihat baris kedua yang berwarna merah ) bermula dari 8,9,0,1,2,3,4,5,6,7,8,9. Lihat anak arah anak panah.

Langkah #3
Bagi mendapatkan jawapan untuk Sifir 9, anda perlu gabungkan nombor kedua-dua jujukan yang anda tulis tadi.

Selesai sifir 9.

Read more...

Sunday, 9 January 2011

Sifir dan nombor - Tips #1

S.Q.U.A.R.E
A number obtained by multipliying a given number by itself.
Kuasa dua .
Teknik kreatif untuk mendapat jawapan sebarang nombor bagi kuasa dua ialah seperti berikut,

 








Read more...

Saturday, 8 January 2011

A.S.A.S ( Basic of Mathematic )

"Lebih mudah dan cepat kaedah yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah, ianya mengurangkan kita melakukan kesilapan. Lebih rumit dan banyak kaedah yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah, ianya menambahkan banyak kesilapan." ~Azizan Hj.Othman Pengasas Matematik Kreatif.~

1. Subtraction Concept

if
a - b = c then c + b = a
6 - 3 = 3 then 3 + 3 = 6
[ subtraction is the inverse of addition ]

2. Devision

if
a :- ( devided by ) b = c then c X b = a
45 :- ( devided by ) 9 = 5 then 9 X 5 = 45
[ devision is the inverse of multiplication ]


The term :

+    =  plus @ add
-    =  minus @ substract
X   =  times @ multiplied by
:-   =  devide by
=   =  equals


:- Maaf symbol/character untuk bahagi tidak dapat dipaparkan.


Read more...

Friday, 7 January 2011

Siapakah Si Tolol di Malaysia ?

Siapakah Si Tolol didalam Malaysia?
Sebenarnya ramai yang tidak tahu akan kewujudan mereka,malah mereka ini suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian orang yang penting didalam kabinet kerajaan. Dalam sejarah dan cerita purbakala dahulu terdapat satu watak yang sering kali ditugaskan menjadi pembantu kepada putera raja. Mereka ini selalunya kelihatan bodoh-bodoh alang.Walaupun sebegitu ia sangat dipercayai sehingga diangkat menjadi penasihat kepada anak-anak raja.

Didalam arena Sastera Melayu lama Bujang Selamat merupakan Si Tolol yang menjadi orang kepercayaan dan merangkap personal assistance kepada putera-putera raja.Bukan senang untuk mendapat title sebagai seorang PA lebih-lebih lagi dikalangan kerabat raja, tetapi khidmat mereka ini sangat penting untuk kesejahteraan rakyat didalam pemerintahan.

Berbanding dengan pembesar-pembesar istana ( berdasarkan kepada sastera Melayu ) yang lain,secara jujurnya lebih kepada kaki bodek,kaki kipas,kaki betina,kaki jarum,kaki cucuk dan berjenis-jenis lagi kaki-kaki yang pada dasarnya satu sen pun tak berguna untuk dipertimbangkan khidmat nasihat mereka,Lazimnya nasihat mereka adalah nasihat yang lebih kearah memuji dan memuja dimana memuji dan memuja inilah kebanyakkan daripada kita suka untuk mendengarnya.

Bukan didalam Sastera Melayu saja Si Tolol ini wujud, malah sebelum itu lagi telah wujud dan diguna pakai nasihat mereka oleh pembesar-pembesar dunia seperti didalam kerajaan Mesir Purba, Babylon,Romawi, Yunani dan zaman pertengahan/pembaharuan di Eropah. Ertinya disini dunia mengakui dan menggunakan kehebatan Si Tolol didalam pentadbiran.Malah mereka mendapat layanan istimewa dan sanjungan didalam masyarakat.Jika dibandingkan dengan negara kita agaknya mungkin sama taraf dengan menteri-menteri kabinet.

Rujuk kepada Sastera Melayu, watak Si Bujang Selamat a.k.a Si Tolol selalunya dikaitkan dengan penampilan dan perwatakan bodoh-bodoh alang,silembab, penakut, pak sanggup atau bahasa mat rempit sekarang dipanggil poyo. Kalau mengorat aweks! gerenti siang-siang lagi dah kena reject kalau yang bernasib baik akan merasalah penangan high heel didahi. Aduhaiio....

Tapi anda jangan tertipu atau,you!.. Dont judge a book by its cover! Untuk menjadi seperti Awang Selamat a.k.a Si Tolol ini, digree atau master belum tentu lagi ukurannya.Sebenarnya si Tolol yang anda sangkakan dan labelkan sampai aweks! pun nak belasah dengan tumit tinggi,sebenarnya mempunyai kepintaran,kebijaksanaan dan imaginasi yang cukup hebat.Mereka ini adalah golongan bijak yang mampu berfikir di luar kotak pemikiran waras.

Inilah tugas utama mereka sebagai PA kepada putera-putera raja.Memberi pandangan yang gila-gila bertujuan untuk merangsang,membuka atau memberi satu memontum agar putera raja dapat memikir dari keadaan biasa-biasa kepada satu idea atau jalan penyelesaian yang luar biasa.Secara tidak langsung Si Tolol memaksa putera raja melihat dan menilai sesuatu dari sudut-sudut yang baru menggunakan akal dan minda. Hasilnya kreativiti dan pemikirannya akan bertambah bijaksana didalam memutuskan sesuatu perkara agar apabila diangkat kelak memegang tampuk pemerintahan negara akan menjadi raja yang adil dan saksama.

Begitulah hebatnya SI Tolol, senda gurau, jenaka dan nasihat-nasihat yang gila-gila itu sebenarnya adalah pembuka jalan untuk kita terus berfikir kerana setiap persoalan mempunyai beribu-ribu jalan penyelesaian cuma terletak kepada kita untuk menentukan jalan mana yang terbaik untuk kita pilih dan putuskan.

Biasanya idea-idea yang hebat datangnya dari soalan,pertanyaan dan jawapan yang kadangkala kita rasakan tidak masuk akal.Seperti yang saya pernah baca asal kuwujudan penyerap hentakkan ( absorber ) adalah berasal dari pertanyaan,"bagaimana jika sesebuah roda itu berbentuk empat segi?"

Sumber : Entry ini adalah diadaptasi dari buku Teknik Berfikir/Ainon Mohd & Abdullah/Utusan Publications&Distributors Sdn.Bhd/Edisi ulang cetak 1998/mukasurat 113-116.


 



Read more...

Thursday, 6 January 2011

Malaysia Hari Ini

Gun's don't kill people...Drivers on cellphones kill people

Salam. cantik le kata-kata ni. Nak juga saya buat stiker atau banner nak lekatkan kat kereta atau kat depan simpang jalan sebagai tanda PERINGATAN menyedarkan rakyat Malaysia. Bercakap tentang sikap Rakyat Malaysia ni..memang cukup hebat. Betul ni. Bukan setakat bole jadi Juara Piala Suzuki 2010 sahaja malah lebih dari itu.

Kalau setakat drive keta sambil jawab phone itu biasa sangat. Tuan-tuan JPJ dengan tuan-tuan Polis Traffic pun dah malas nak ambil pot. Tapi pagi tadi fuhh..hebat wooo...bawak anak naik motor hantar ke sekolah. Penumpang depan,tengah dan belakang. Sibapak selamber je balas sms. Sebelah tangan pegang handle motor, sebelah lagi balas sms.Takpe Encik..kalo tak jadi ape-ape. Tapi kalo dah kena, jangan menyesal.

Hishh! Aku dok kata kat orang aku pun sama sifir dua kali lima jugak.Apa bezanya kalau atas jalan atau atas time highway radio highway drive keta, sebelah tangan control stering sebelah lagi sibuk cari channel radio THR ke, IKIM fm ke... kan ke tu juga membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain. Lain le kalau drive kat Langkawi, kat sana takde timehighway radio highway straight macam kat sini. Bole le rilek-rilek sikit, easy drive le katakan.

Mungin ni sticker/banner yang sesuai untuk aku sebagai peringatan

Gun's don't kill people...Drivers on find stationchannel kill people

Lupa nak cakap...button channel keta aku duduk dekat stering lerr.. :)
 

Read more...