Tuesday, 31 January 2012

How to be Master in Sifir?

Assalam mulaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bagaimana teknik mudah untuk pelajar menjadi MASTER didalam matematik khususnya didalam bab sifir dan darab.

Dibawah adalah pendedahan oleh team bijakstudy@creativeClone . Baca seterusnya dibawah

3 Teknik Mudah dan Simple menjadi master didalam Subjek Matematik

1. Fahami BODMAS Laws dahulu.

Apakah BODMAS? BODMAS adalah turutan penyelesaian yang perlu diikuti untuk menyelesaikan permasalahan yang melibatkan operasi matematik. BODMAS adalah singkatan daripada perkataan berikut

B = ( ) , O = [ = ] atau kuasa dua/punca kuasa dua , D = Bahagi , M = Darab , A = Tambah , S = Tolak

Sebagai contoh, cuba anda selesaikan soalan matematik mudah berikut,

3 + 2 X 6 = ?

Manakah jawapan yang tepat? 30 atau 15?

Jika anda memilih 30 sebagai jawapan anda. TANIAH anda memang hebat kerana anda memerlukan Buku Sifir Master segera kerana jawapan anda TIDAK TEPAT. Jawapan yang tepat ialah 15.

Kenapa 15 ?
Kerana ia perlu diselesaikan mengikut turutan didalam BODMAS. Selesaikan 2 X 6 dahulu kemudian barulah ditambah hasilnya dengan angka 3 dan anda akan mendapati jawapannya adalah 15.

Bagaimana pula jika soalan seperti berikut, selesaikan 3 X ( 2 + 4 ) = ?

Kalau nak cepat boleh tekan calculator.

Adakah anda mendapat jawapan seperti ini, iaitu 10. Jika sama memang anda hebat. Taniah dan tolonglah dapatkanlah segera BUKU SIFIR MASTER kerana anda memang sangat-sangat memerlukan buku tersebut. Jawapan yang betul adalah 18.

Kenapa 18 ? Bukankah soalan pertama tadi perlu selesaikan soalan darab dahulu. Betul tetapi anda terlepas pandang tentang kurungan atau brackets. Perlu selesaikan nombor didalam kurungan dahulu kemudian barulah perlu didarab.

Calculator saya menunjukkan jawapan 10 . Bagaimana pula tu?

Kalau begitu calculator tuan calculator biasa-biasa sahaja dan tuan perlu menekan digit mengikut turutan BODMAS sendiri, tetapi jika tuan menggunakan calculator scientific, ia terus secara automatik memprogramkan BODMAS didalamnya. Tuan tidak perlu menekan mengikut turutan BODMAS lagi.

Didalam Buku Sifir Master kami ada menerangkan Bab BODMAS dengan mudah dan jelas. Dapatkan buku ini segera semoga pelajar memahami hukum BODMAS ini dengan jelas.

2.Basic Sifir

Asas sifir yang pelajar perlu kuasai secara mandatory hanyalah 8 jenis sahaja iaitu Sifir 2, sifir 3 sifir 4 , sifir 5 , sifir 6 , sifir 7, sifir 8 dan sifir 9. Jika pelajar berjaya menguasai 8 jenis sifir ini separuh jalan menuju kepada MASTER in MATH ( SIFIR ) telah berjaya anda kuasai. Hanya perlu menguasai beberapa teknik dan kaedah sahaja lagi sebelum layak digelar pakar. Semuanya ada didalam Buku Sifir Master dapatkan dan miliki segera.

Bagaimana pula dengan sifir 11, sifir 12 dan seterusnya?
Itu tidak menjadi masalah kerana didalam BUKU SIFIR MASTER kami telah mendedahkan 100% jalan mudah untuk menguasai sifir sehingga tanpa had. Nampak macam "hyper" kan. Tetapi itulah realitinya yang kami kongsikan sejak 2004 lagi.

Berbalik kepada asas sifir dimana setiap pelajar perlu menguasainya tanpa berkompromi. Jika anda tidak dapat menguasai sifir asas ini anda tidak dapat mempelajari teknik kami. Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menguasainya samada secara berlagu, secara magic, secara imaginasi atau berbagai-bagai kaedah lagi, terpulanglah kepada anda. Semua kaedah ini adalah bagus untuk anda terokai dan kuasai.

Mudah, pantas dan tepat adalah elemen yang kami pelopor didalam Teknik Sifir Master mengadunkan kaedah Matematik Kreatif yang dipelopori oleh Saudara Azizan Hj. Othman. Dalam masa 8 jam ( 8 jam adalah masa untuk pelajar yang lambat menguasai didalam pelajaran dan 3 jam adalah masa sebenar pelajar kami yang mengikuti bengkel Kemahiran Sifir ) insya Allah pelajar mampu menguasai sifir 2 sehingga sifir 9 dengan mudah dan tenang. Semuanya ini ada didalam Buku Sifir Master.

Cara mudah untuk anda menguasai sifir asas.

Anda boleh dapatkan teknik sifir asas secra percuma. Sila download disini. Teknik didalam ebook percuma ini bukanlah teknik-teknik yang terdapat didalam Buku Sifir Master sebaliknya ia adalah teknik-teknik kreatif yang boleh anda gunakan sebagai panduan mudah. Teknik Sifir Master hanya terdapat didalam Buku Sifir Master sahaja.

3. Sifir 11 sehingga 99 ?

Bagi menguasai Sifir 11 sehingga Sifir 99,  itu tidak menjadi halangan kerana setiap pelajar mampu menguasainya dengan mudah jika diberikan teknik dan kaedah yang betul.

Dibawah kami kongsikan satu teknik kreatif bagaimana menyelesaikan sifir 2 digit dari sifir 11 hingga 19 didarabkan dengan nombor 11 sehingga 19 sahaja.

Sebagai contoh, selesaikan 13 X 14 = ?


Contoh terakhir, selesaikan 19  X  17 = ?



Contoh ini adalah contoh kreatif dari matematik kreatif yang kami kongsikan secara percuma. Anda akan mempelajari teknik yang lebih mudah dari ini didalam Buku Sifir Master. Jika teknik ini pun sudah mudah bayangkan pula teknik yang terdapat didalam Buku Sifir Master. Dapatkan segera untuk anak kesayangan anda. Jangan membunuh masa depan mereka disebabkan kegagalan mereka didalam subjek Matematik.

Untuk melihat dan memahami Buku Sifir Master di jemput melawat website kami disini.
Jumpa lagi.

1 comment:

  1. 19 * 17 tak jadi 322... ada silap di situ

    ReplyDelete