Siapakah Si Tolol didalam Malaysia?
Sebenarnya ramai yang tidak tahu akan kewujudan mereka,malah mereka ini suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian orang yang penting didalam kabinet kerajaan. Dalam sejarah dan cerita purbakala dahulu terdapat satu watak yang sering kali ditugaskan menjadi pembantu kepada putera raja. Mereka ini selalunya kelihatan bodoh-bodoh alang.Walaupun sebegitu ia sangat dipercayai sehingga diangkat menjadi penasihat kepada anak-anak raja.
Didalam arena Sastera Melayu lama Bujang Selamat merupakan Si Tolol yang menjadi orang kepercayaan dan merangkap personal assistance kepada putera-putera raja.Bukan senang untuk mendapat title sebagai seorang PA lebih-lebih lagi dikalangan kerabat raja, tetapi khidmat mereka ini sangat penting untuk kesejahteraan rakyat didalam pemerintahan.
Berbanding dengan pembesar-pembesar istana ( berdasarkan kepada sastera Melayu ) yang lain,secara jujurnya lebih kepada kaki bodek,kaki kipas,kaki betina,kaki jarum,kaki cucuk dan berjenis-jenis lagi kaki-kaki yang pada dasarnya satu sen pun tak berguna untuk dipertimbangkan khidmat nasihat mereka,Lazimnya nasihat mereka adalah nasihat yang lebih kearah memuji dan memuja dimana memuji dan memuja inilah kebanyakkan daripada kita suka untuk mendengarnya.
Bukan didalam Sastera Melayu saja Si Tolol ini wujud, malah sebelum itu lagi telah wujud dan diguna pakai nasihat mereka oleh pembesar-pembesar dunia seperti didalam kerajaan Mesir Purba, Babylon,Romawi, Yunani dan zaman pertengahan/pembaharuan di Eropah. Ertinya disini dunia mengakui dan menggunakan kehebatan Si Tolol didalam pentadbiran.Malah mereka mendapat layanan istimewa dan sanjungan didalam masyarakat.Jika dibandingkan dengan negara kita agaknya mungkin sama taraf dengan menteri-menteri kabinet.
Rujuk kepada Sastera Melayu, watak Si Bujang Selamat a.k.a Si Tolol selalunya dikaitkan dengan penampilan dan perwatakan bodoh-bodoh alang,silembab, penakut, pak sanggup atau bahasa mat rempit sekarang dipanggil poyo. Kalau mengorat aweks! gerenti siang-siang lagi dah kena reject kalau yang bernasib baik akan merasalah penangan high heel didahi. Aduhaiio....
Tapi anda jangan tertipu atau,you!.. Dont judge a book by its cover! Untuk menjadi seperti Awang Selamat a.k.a Si Tolol ini, digree atau master belum tentu lagi ukurannya.Sebenarnya si Tolol yang anda sangkakan dan labelkan sampai aweks! pun nak belasah dengan tumit tinggi,sebenarnya mempunyai kepintaran,kebijaksanaan dan imaginasi yang cukup hebat.Mereka ini adalah golongan bijak yang mampu berfikir di luar kotak pemikiran waras.
Inilah tugas utama mereka sebagai PA kepada putera-putera raja.Memberi pandangan yang gila-gila bertujuan untuk merangsang,membuka atau memberi satu memontum agar putera raja dapat memikir dari keadaan biasa-biasa kepada satu idea atau jalan penyelesaian yang luar biasa.Secara tidak langsung Si Tolol memaksa putera raja melihat dan menilai sesuatu dari sudut-sudut yang baru menggunakan akal dan minda. Hasilnya kreativiti dan pemikirannya akan bertambah bijaksana didalam memutuskan sesuatu perkara agar apabila diangkat kelak memegang tampuk pemerintahan negara akan menjadi raja yang adil dan saksama.
Begitulah hebatnya SI Tolol, senda gurau, jenaka dan nasihat-nasihat yang gila-gila itu sebenarnya adalah pembuka jalan untuk kita terus berfikir kerana setiap persoalan mempunyai beribu-ribu jalan penyelesaian cuma terletak kepada kita untuk menentukan jalan mana yang terbaik untuk kita pilih dan putuskan.
Biasanya idea-idea yang hebat datangnya dari soalan,pertanyaan dan jawapan yang kadangkala kita rasakan tidak masuk akal.Seperti yang saya pernah baca asal kuwujudan penyerap hentakkan ( absorber ) adalah berasal dari pertanyaan,"bagaimana jika sesebuah roda itu berbentuk empat segi?"
Sumber : Entry ini adalah diadaptasi dari buku Teknik Berfikir/Ainon Mohd & Abdullah/Utusan Publications&Distributors Sdn.Bhd/Edisi ulang cetak 1998/mukasurat 113-116.
Friday, 7 January 2011
Siapakah Si Tolol di Malaysia ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment