What

Fobia dengan subjek matematik bukanlah hanya dialami oleh pelajar atau anak-anak kita sahaja. Isu ini merupakan persoalan sejagat. Ia dialami oleh pelajar diserata negara didunia. Cuma isu ini dikaitkan besar atau kecil ia bergantung bagaimana isu ini di dilihat dari perspektif masing-masing.

Salah satu punca utama anak-anak terjebak didalam igauan ini ( iaitu FOBIA / BENCI / TIDAK BERMINAT / LEMAH / GAGAL / TIDAK FAHAM / TAKUT / ...dan seumpamanya dengan Subjek Matematik ) adalah disebabkan oleh,

"Gagal menguasai Asas Kemahiran Matematik sejak diperingkat rendah lagi".

Asas Kemahiran Matematik merupakan akar tunjang didalam subjek matematik. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan menimbulkan banyak persoalan dikemudian hari nanti. Ini disebabkan oleh kemahiran ini akan digunakan dari satu tahap kesatu tahap disepanjang tempoh pengajian mereka sehingga ke peringkat menengah.

Asas Kemahiran matematik mengandungi topik Tambah,Tolak,Darab dan Bahagi. Implikasi dari kegagalan menguasai kemahiran asas matematik ini akan memberi halangan kepada mereka untuk menguasai kemahiran-kemahiran mengikut tahap seterusnya. Gagal menguasai asas kemahiran Tambah akan memberi implikasi kepada kemahiran mendarab. Manakala gagal menguasai kemahiran menolak akan memberi implikasi kepada kemahiran asas bahagi. Topik ini saling berkaitan. Inilah asas didalam matematik yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar.

Kemahiran Sifir Master merupakan satu kaedah mudah membina asas yang kukuh lagi mantap didalam penguasaan sifir menggunakan teknik-teknik kreatif yang mudah, pantas dan tepat.Teknik ternyata amat membantu pelajar didalam subjek matematik. Kami kongsikan teknik dan kemahiran ini bersama-sama agar satu masa nanti anak bangsa kita memiliki kepintaran setanding diperingkat dunia dan mampu menyumbang sesuatu untuk agama bangsa  dan negara.

Kemahiran Sifir Master disusun dan dibukukan didalam bentuk buku fizikal dan ebook yang mengandungi langkah-langkah mudah menguasai segala teknik kreatif melibatkan operasi pendaraban dan penguasaan sifir. Kandungan yang padat dan penerangan yang mudah serta ringkas memudahkan sesiapa saja mempelajari dan menguasai teknik ini.

Penafian 


Kami cuba mempelbagaikan teknik pembelajaran menggunakan teknik kreatif. Adalah lebih baik mempunyai pelbagai jalan alternatif dari mengetahui hanya satu jalan sahaja menuju kepuncak kejayaan.Kami tidak menyangkal bahawa pembelajaran yang diajarkan disekolah adalah amat terbaik kepada pelajar. Cuma kami ingin menunjukkan sebagai tambahan ada lagi kaedah yang boleh mencantikkan lagi yang terbaik itu.Mungkin segelintir menyatakan jalan alternatif ini sebagai satu pilihan bukannya keperluan. Memang benar tetapi harus diingat dunia semakin hari semakin pantas berlari.Jika anda antara pelari tersebut mampukah anda bersaingan dengan pelari yang memiliki berbagai kaedah dan teknik latihan baru yang sentiasa dicipta untuk meningkatkan prestasi pecutan mereka. Jika anda mampu sampai ke garisan penamat mungkin mereka telah mendahului anda selama sejam, sehari atau setahun dihadapan anda.Visualisasikan fenomena ini didalam minda anda sebagai renungan.

Read more...