Thursday 13 December 2012

Farewell Hani

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh Musim cuti sekolah makin maju ke depan dan 2013 semakin dekat bermakna 2012 semakin hampir melabuhkan tirai. Hujung-hujung macam ni kalau jalan-jalan dikedai buku insya Allah akan terjumpa dengan buku diary dan planner yang cantik-cantik. Yang paling best kedai runcit mamak pun ada jual. Maknanya soalan standard yang perlu di study ialah apakah azam anda pada tahun baru ni?...Betul tak?

Apa azam tahun baru awak? Hani..... :P Hmmmmm.... :)

Realitinya malas nak fikir lagi sebabnya azam tahun lepas pun masih tunggang langgang malah ada yang tak tersentuh pun lagi. Walaupun dalam planner dah sendat dengan perancangan tetapi sesungguhnya perancangan Allah yang paling hebat.Kita hanya pandai merancang dan mencatat sahaja tetapi perjalanannya bersimpang siur. Malah ada yang terbabas.

Realiti tahun ini saye tidak seaktif menulis diblog ini seperti tahun-tahun lepas. Banyak cerita dan tips yang saya draf. Sayangnya ia hanyalah tinggal draf sahaja. Malah bulan mei dan jun tahun ini langsung tiada posting...sungguh dua bulan tersebut saya tidak online langsung. :(

Mengimbau kenangan tahun lepas, saat manis apabila berjaya mendapat tempat keenam didalam pertandingan yang dianjurkan oleh bloggers Mak Dara sempena pelancaran filem Libas. Tiket yang dimenangi masih saya simpan. Jika pembaca yang budiman tidak percaya boleh rujuk dan baca kisah ini dilink berikut. Jom tonton filem libas.

Tahun lepas juga saye sempat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak didik. Perasan macam bintang filem you.:P Ini berkisar tentang demontrasi sebiji belon. Pembaca budiman boleh rujuk kembali dilink ini. Entri kenapa dengan belon cikgu? 

Itu semua nostalgia tahun lepas.


Miliki Buku Sifir Master Edisi The apprentice & The Master sebagai persediaan anak-anak anda memasuki Sesi Persekolahan 2013. Lawati www.sifirmaster.hostyria.com

Sifir Master - Kaedah Matematik Kreatif Yang Pasti Akan Memberi Keyakinan dan Minat Terhadap Subjek Matematik Dikalangan Anak-Anak Anda Seawal Usia 5 Tahun keatas.

Lawati www.sifirmaster.hostyria.com  Sekarang!

Tahun ini apa yang menarik Hani?

 Hmmmmmm... :)

 Tahun ini kisah mengenai edisi ubat perangsang merupakan kisah yang ngetop ( hihihi perah santan...jangan marah ye ) Ia bukanlah posting atau cerita-cerita lucah. Secara simboliknya ia merupakan teknik dan kaedah P&P yang boleh diaplikasikan didalam bilik darjah. Sengaja nama diletakkan sebegitu.

Tahun ini juga blog ( tips dan teknik yang kami kongsikan ini ) nombor dan sifir berkoloborasi ( aduhhh perah santan lagi :) ) dengan seorang Internet Marketer ( IM ) tempatan yang tidak asing lagi didalam negara kita.

 Jika pembaca yang budiman perasan satu tajuk entri yang panjang macam ni " Bagaimana Sistem Lengkap Pemasaran Email Autoviral "Percutian Australia" Dapat Membantu Anda oleh Zamri Nanyan " terdapat didalam posting yang diterbitkan pada bulan lepas. Boleh rujuk dilink ini untuk membaca entri tersebut.

 IM yang saya maksudkan itu ialah saudara Tuan Zamri Nayan. Beliau merupakan salah seorang usahawan internet tempatan yang disegani. Maklumat lanjut tentang beliau boleh anda rujuk dilaman web rasminya.

 Tahun ini juga saya berjaya membina sebuah blog menggunakan wordpress. masih lagi didalam peringkat pembelajaran namun sayangnya ia telah digodam oleh orang seberang. Habis semua posting dan video yang saya uploadkan binasa. Tidak mengapa semoga Allah Yang Maha Pengasih mentitipkan hidayah kepada mereka. Syukur Alhamdulillah kerana peristiwa tersebut menjadi satu pengajaran buat saye. Nikmatnya ialah tuhan memberi satu pembelajaran agar saya lebih bersedia dengan perancangan dan persediaan yang lebih baik dimasa hadapan.

 Sebelum terlupa... :) blog nombor dan sifir ini telah lekat PR1. Insya Allah tahun 2013 nanti mungkin akan sampai ke PR3 ( ahaks! tingginya cite-cite ) apapun insya Allah ianya bukan mustahilkan.

 Jumpa lagi ['',]






No comments:

Post a Comment