Monday, 26 December 2011
Kenapa Dengan Belon Cikgu?
Hari itu sebelum kelas tamat saya mengarahkan semua anak didik berkumpul dipadang sekolah. Dengan masa berbaki sepuluh minit saye ingin menunjukkan satu demontrasi fenomena agar ia menjadi satu titik tolak transformasi didalam pemikiran mereka.
Bersama saya sebiji belon berwarna merah yang kemas digengaman. Sebanyak 32 biji belon diagihkan kepada setiap pelajar. Mereka diarahkan meniup belon masing-masing mengikut sesuka hati dengan syarat tidak memecahkanya dan perlu disimpul dihujungnya agar udara yang ditiup tidak terkeluar.
Setelah selesai saya mengarahkan mereka memegang dan mengangkat belon masing-masing ke udara. Dengan kiraan tiga saya mengarahkan mereka melepaskan belon masing-masing ke udara.
Sayangnya hanya belon saye sahaja yang terbang naik ke udara manakala belon mereka semuanya menjunam ke tanah. Ada beberapa pelajar yang cuba melontar ke udara namun sayang dalam sekelip mata ia tetap menjunam ke tanah.
Saye diam agar ada diantara mereka yang menyoal kenapa dilakukan aktiviti ini.
"Cikgu, belon kami tak boleh terbang la", kata salah seorang pelajar.
" Kenapa?", soal saye.
"Belon cikgu guna gas,kami pulak pakai tiup mana boleh terbang cikgu",balas mereka. Semua bersetuju dengan jawapan tersebut.
Saye tersenyum dan berkata,kamu nampak tak perbezaan antara belon yang mampu terbang tinggi ke udara dengan belon yang menjunam ke tanah. Belon cikgu sama dengan belon kamu cuma perbezaannya ialah gas didalamnya. Perbezaan dalaman ini tidak dapat dilihat hanya kita sendiri sahaja yang tahu dan kita sendiri yang perlu mengisinya. Belon cikgu menggunakan gas helium manakala kamu menggunakan udara hembusan. Cikgu mengisi gas ini kerana cikgu tahu gas ini akan mampu membawa belon cikgu terbang ke angkasa.
Jadi kesimpulannya jika kamu ingin menjadi seorang pelajar yang luar biasa, yang mampu terbang tinggi membelah angkasa, yang mampu mencapai apa saja kejayaan maka kamu perlulah menukarkan udara atau gas dalaman kamu dari biasa kepada yang luar biasa. Udara atau gas dalaman kamulah yang akan menentukan matlamat dan cita-cita akan tercapai.
Semua manusia adalah sama dan Allah Yang Maha Kuasa telah memberi kesamarataan kepada semua manusia dan Allah Yang Maha Kuasa juga akan memberi kelebihan kepada manusia yang berusaha tekun belajar untuk mencapai kejayaan. Ini perbezaan antara manusia yang biasa dengan yang luar biasa. Aspek dalamanlah yang memberi impak perbezaan seperti belon kamu dengan belon cikgu.
Cikgu hanyalah mampu menunjukkan jalan tetapi yang perlu merentas adalah kamu. Carilah ilmu, berusahalah dengan tekun. Ikutlah nasihat ibubapa dan guru serta hormatilah mereka. Rajinlah berdoa dan jadilah seorang hamba yang bertaqwa dan soleh.Semua ini adalah gas dalaman yang perlu kamu isikan didalam setiap diri masing-masing. Insya Allah apa saja impian dan cita-cita kamu akan tercapai jika kamu isikan gas yang betul.
Suasana senyap seketika dan saya berdoa didalam hati agar mereka memahami apa yang ingin saye sampaikan.
Hari ini 22hb Disember 2011. Selepas keputusan PMR dikeluarkan sekumpulan pelajar berkumpul dipadang sekolah. Suasana gamat dengan suara ketawa kegembiraan. Masing-masing membawa belon ditangan. Saye terkejut apabila nama dilaungkan. Sebaik turun di tepi padang saye melihat ramai guru berkumpul.Juga kelihatan beberapa waris pelajar. Masing-masing memandang kearah pelajar ditengah padang yang sibuk mengagihkan belon sesama mereka.
Sebaik melihat saye mereka bertepuk tangan sambil melaung,"cikgu terima kasih, kami ingin terbang seperti belon". Serentak dengan itu beraneka warna belon berterbangan di udara menuju ke angkasa. Suasana gamat dengan tepukan dan sorakkan. Masing-masing gembira melihat belon yang berterbangan dan yang pasti kegembiraan itu adalah disebabkan oleh keputusan yang diterima. Saya juga gembira dan amat bersyukur. Saye hanya mampu tersenyum dan berdoa agar mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
"Hani apa yang kau buat dekat mereka," soal Cikgu Ain yang baru tiba.
" Tak ada apa cuma beri mereka seorang sebiji belon sebelum menempuh exzem tempohari", jawapan yang pendek dan ringkas.
Ain masih kehairanan dan saya tersenyum. Didalam hati amat bersyukur kerana mereka memahami maksud yang tersirat disebalik belon saye yang terbang tinggi dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cikgu hebat
ReplyDeletejust try reverse psko :)
ReplyDeletependekatan nya simple tapi impak nye terbaekk.
ReplyDeletetahniah cikgu ;)
Syukur...jemput datang lagi ye
ReplyDelete