Saturday 15 December 2012

7 Is Amazing!


Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

I love number nombor tujuh ( number seven ). :)

Ya betul saya amat menyukai dengan nombor tujuh. Maaf jika para pembaca yang budiman mengaitkan dengan pemain bolasepak MU, Celsea, Liverpool atau Harimau Malaya atau bintang sukan yang memakai jersey atau nombor tujuh, maaf itu bukanlah puncanya.

Walaupun Harimau Melaya kalah semalam itu bukanlah isunya. :P

Kenapa dengan nombor dan sifir tujuh, Hani?

Sebelum saye berkongsi kenapa tujuh begitu istimewa, ada baiknya saye berkongsi dulu bagaimana mudahnya menguasai sifir tujuh. Sesuai dengan blog ini yang berkongsi maklumat dan ilmu tentang sifir dan darab maka marilah saye tunjukkan bagaimana pembaca budiman semua boleh membina sifir tujuh dengan mudah dan bergaya. :)


Langkah #1

- Bina kotak 3 X 3 seperti berikut.


Langkah #2

- Masukkan jujukan nombor berikut iaitu,
   Baris 1 - 0, 1, 2
   Baris 2 - 2, 3, 4
   Baris 3 - 4, 5, 6

Rujuk rajah berikut.

Langkah #3

-Akhir sekali masukkan jujukan nombor berikut iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9.

Rujuk rajah berikut.




Lihat angka berwarna merah dan lihat bagaimana susunan nombor tersebut.

Selesai untuk Sifir Tujuh.


Kembali ke bicara kita mengenai kehebatan nombor tujuh.

Tahukah pembaca budiman sekelian, saban hari kita mengulang-ulang 7 ayat yang cukup hebat didalam solat kita setiap waktu. Surah Al-Fatihah juga yang digelar sebagai ummul kitab mengandungi 7 ayat. 7 ayat ini, dimana salah satunya yang sering kita mohon tunjukkanlah ke jalan yang lurus.Apakah kita terlupa? Jalan mana yang kita mohon, samada bersama mereka yang mendapat nikmat atau bersama mereka yang dimurkai atau bersama mereka yang sesat.

Juga didalam Al-Quran yang mengandungi  114 Surah, terdapat 7 Surah panjang (Assab'uthiawaal) iaitu

  1. Al-Baqarah
  2. Al-Imran,
  3. An-nisaa
  4. Al-An'am
  5. Al-Maidah
  6. At-Taubah
  7. Surah Yunus. 

Juga Allah telah menciptakan 7 pintu neraka seperti didalam (Surah Al-Hijr : Ayat 44) sebagai balasan untuk golongan yang menzalimi diri sendiri.

Begitu juga Allah ciptakan Allah menciptakan 7 lautan seperti didalam  (Surah Luqman: Ayat 27), dan Allah juga menciptakan bumi sebanyak 7 lapisan seperti didalam (Surah At-Talaaq: Ayat 12), dan Allah menghiasi angkasa dengan 7 lapisan langit seperti didalam (Surah An-Naba': Ayat 12). Bukan sia-sianya Allah Yang Maha Kuasa menjadikan sedemikian rupa.

Renungkan didalam diri kita, bahawasanya dalam kejadian manusia itu, terdapat 7 bahagian anggota tubuh manusia iaitu terdiri daripada dua kaki, dua tgn , dua lutut dan satu wajah wajah. Tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk beribadah dengan susunan yang sungguh unik.

Malahan kita juga terbelenggu dengan tujuh masa kehidupan yang dipanggil umur. Semua manusia dihiasi dengan 7 peringkat iaitu,

  1. Masa Setitik Darah
  2. Masa Kandungan
  3. Masa Bayi
  4. Masa Kanak-kanak
  5. Masa Remaja
  6. Masa Dewasa
  7. Masa Tua


...... dan Allah menjadikan dalam seminggu itu 7 hari. Maka persiapkanlah dirimu dengan bekalan sebanyak-banyaknya.

Subhanallah ( Maha Suci Allah )

Jumpa lagi ['',]



1 comment:

  1. 7 is my fav no too after 5... then follow by 3 ; 573. Tq hani for sharing this great method.

    ReplyDelete