Tuesday, 27 November 2012

17 Larangan Untuk Pelajar

Assalam mualaikum warahmatulahhi wabarakatuh

Peperiksaan SPM 2012 akan menutup tirai insya Allah pada 6 disember 2012 nanti. Selepas itu calon yang mendudukinya akan berehat panjang sehingga ke tarikh pengumuman keputusan ditahun 2013 nanti. Banyak perkara yang boleh diisi sepanjang tempoh menunggu keputusan peperiksaan ini. Jadi ibubapa, penjaga atau waris boleh memikirkan atau mencari aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak anda manfaatkan

Berbalik kepada cerita didalam dewan peperiksaan. Antara larangan yang termaktub didalam Garis Panduan Dan Arahan Peperiksaan SPM 2012 mengandungi 17 perkara berkenaan larangan kepada calon ( Perkara D - Amaran Kepada Calon Peperiksaan ).Arahan dan larangan ini terdapat didalam jadual waktu peperiksaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Seharusnya setiap pelajar mendapat dan memiliki jadual ini agar tidak terjadi harubiru semasa menghadapi peperiksaan nanti.  

Terdapat 17 larangan yang dikuatkuasakan keatas calon dan ia termaktub didalam undang-undang iaitu Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Berikut adalah 17 Larangan tersebut,


1. Dilarang membawa masuk sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru.
6. Dilarang mendedahkan kertas soalan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
7. Dilarang menukar kertas soalan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain.
8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.6
9. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
10. Dilarang membawa keluar kertas soalan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan.
11. Dilarang membawa keluar kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan dari dewan/bilik peperiksaan.
12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan.
13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.
14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.
16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan
akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut PeraturanPeraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:-
      17.1 Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
      17.2 Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
      17.3 Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbata


Rujukan disini !

Sekadar perkongsian untuk semua. Semakin kita canggih didalam teknologi mungkin semakin banyak larangan yang akan termaktub didalam arahan menduduki peperiksaan nanti.

Jumpa lagi






1 comment:

  1. semoga kesemua mereka mendapat keputusan yg baik baik

    ReplyDelete