Thursday 1 March 2012

Thats Means War


Jom lancarkan perang. Ayuh!
Satu suara yang bernada provokasi sempena PRU 13 yang terasa suam-suam milo ais kehangatnya.
Sungguh saye mengajak semua para pelajar agar celik minda dan buka mata segera untuk melancarkan perang. Ada berani? Ayuh kita tumbangkan....

gangguan-gangguan yang menghalang masa study anda. Kita lancarkan perang terhadap 'tabiat suka menangguh kerja'. Procrastinate. Sikap suka menangguh kerja bakal membunuh kejayaan kita.

7 Punca "Procrastinate" yang boleh dikenalpasti dirumah.

1. Member kamceng yang tidak diundang datang melepak dirumah anda secara tiba-tiba dan anda tidak sampai hati untuk mengusir mereka.

2. Perghh! 45 minit terlekat dengan majalah hiburan yang sepatutnya anda tidak beli. Ehh...nak buat macamana mag ni nenek saya yang punya....Ye la tu...nenek awak ade masa nak baca majalah macam tu.

3. Meleret-leret ber SMS dengan awek. Thee hee hee....errr dier sms saya dulu..

4. Sistem nota yang tidak kemas dan berserabut. Akibatnya membuang masa mencari nota-nota tersebut. Lebih teruk lagi apabila dengan buku-buku nota sekali hilang. Takkan nenek awak pinjam kot....

5. Terrrrrrbuka "mukabuka" la pulak dan terrrrrchatt dengan rakan-rakan muka buku. Hishh! Maaf yek hehehe...Saye nak tanya nenek awak tak terasa nak bagi sidekick ke kat awak???

6.Jiran rumah buat renovation la pulak. Bising sangat sampai nak tido pun tak boleh. Hello dik...orang suruh study bukan tido yea.

7. Huhuhu...letihnyaaaa. Mana tak letih. Awak melantak nasi sampai 3 pinggan...kan dah mengantuk.
Tu lerr sebabnye ibu masa sedap sangat...thee thee hee.

8. Rotiiii...rotiiii...roootiiii... Alamak ! Roti dah datang.
Hoi! Apa kena mengena dengan roti..Nak beli roti lerrr...nak makan. Ohhh nak makan roti..nah roti panjang Zassss! ..Adoi..sakit la...Tahu pun sakit. Asyik makan jerrr bila nak study ha!

p/s : yang ke-9 tu extra sebab nak menunjukkan sceen dramatik. Thats Mean War.

Asas Kemahiran Matematik Maklumat disini !

2 comments: