Tuesday 13 March 2012

Pilih Pemerintahan Yang Cool


Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bila sebut sahaja perkataan PEMERINTAHAN pasti dikalangan yang telah cukup umur sebagai pemilih akan terbayang perkataan PRU ke 13. Namun bukan itulah yang akan dipersoalkan kerana blog ini bukanlah blog politik tetapi blog yang lebih menjurus kepada perkongsian tips-tips bijak study berdasarkan pengalaman dan hasilpembelajaran dan pembacaan saya. Namun sukanya saye untuk membincangkan hal yang berkaitan dengan pemerintahan yang perlu saudara tahu. Bentuk-bentuk kuasa yang kebanyakkan guru sebagai pendidikan gunakan keatas para pelajar yang adakalanya tidak disedari disebabkan oleh beberapa faktor yang sukar dijelaskan. Rujuk dan hayati berita seorang Ustaz yang dijatuhi hukuman penjara dua , tiga hari lepas.

Terdapat 5 jenis TEKNIK KUASA yang saye gunakan keatas anak didik didalam pembelajaran harian. Adakalanya terpaksa digunakan kuasa-kuasa ini meskipun dari kajian menunjukkan ia tidak berapa sesuai, namun apakan daya alasan yang dinyatakan seperti perenggan diatas adalah sebagai rujukan. :)

5 Jenis Teknik Kuasa Pemerintahan Yang Guru BOLEH Gunakan

1. Kaedah "Command in Chief"
Saye gunakan apabila anak didik dari kelas-kelas yang terpilih yang mempunyai minda separa sedar tentang pengajian mereka. Adakalanya hampir naik sawan apabila disoal tentang pembelajaran atau homework semalam kepada mereka, dengan selamba je jawab tak tahu. Tak tahu, baru je semalam kite ajar dia jawab tak tahu, apa perasaan saudara kalau berada ditempat saye? Bila situasi begini maka arahan, perintah dan amaran akan on the spot saye keluarkan. Selalunya akan dimulai dengan membebel dan diiringi dengan sedikit nyayian ala-ala ratu rock negara. Terutama semasa sesi kelas di waktu pagi. Masa ni tenaga masih lagi fresh jadi bila diuji dengan kayu penguji maka apa lagi Makcik ni pun mulalah Bertukarrrr...macam ....macam..Kamen Raider ke apa ke....yang macam kat dalam tv tu...ha macam tu la...bertukarrrrr..jadi robot yang amat brutal.

2. Kaedah "The Shouldist"
Didalam kelas-kelas terpilih, tak semua pelajarnya didalam minda separa sedar. Ramai juga anak didik yang berminat untuk belajar terutama pelajar perempuan. Samalah seperti didalam setandan kelapa, tak semuanya berbuah, sebiji dua ada juga yang tak menjadi. Dalam bab begini bila berhadapan dengan anak didik yang berminat dengan pelajaran, saye aplikasikan konsep the shouldist dimana anak-anak didik ini perlu diarahkan untuk membuat ini, itu, begini dan begitu dengan syarat kamu follow ikut cakap cikgu. Sebenarnya saya berpegang kepada prinsip iaitu tuhan tidak menciptakan manusia itu bodoh tetapi tuhan menciptakan manusia itu dengan kebijaksanaan yang berbeza. Mungkin dia lambat didalam pelajaran tetapi didalam sukan atau keusahawanan dia cekap, sapa tau kannn...ye laaa....dia cekap didalam keusahawanan sebab bapak dia bukak kedai runcit, time bapa dia solat dia yang ambil alih...jadi secara tidak langsung dia mempelajari seni keusahawanan sejak dari kecil lagi. Macam tulah lebih kurang yeaa.

3. Kaedah " know it all".
Ramai pelajar maka ramailah ragamnya.Ada yang low profile, adanya perasan, ada yang control mancho, ada yang gedik, ada yang macam-macam lagilah perangai jika dibuat kajian boleh jadi satu tesis untuk master. Banyak-banyak perangai apabila saye berhadapan dengan pelajar yang suka me lawyer buruk dihadapan kite, mahu tidak mahu terpaksa saye mengaplikasikan konsep i know it all walaupun kita tak semua know. Ye laaa...anak-anak didik ni kekadang tu gatal nak mencuba try test kite lebih-lebih lagi yang memang kaki loyar buruk. Dier orang ni kalau seorang dia tak berani tapi kalau berdua, bertiga atau hampir setengah kelas tak tertepis kite yang kat depan ni. Jadi untuk menyelamat agar water face tidak drop terpaksalah mengaku dengan tegas dan confident...yesss i know it all...tapi dalam hati....mampus sekejap lagi terpaksalah aku google cari maklumat ni. Hmmmm

4.Kaedah "The judge"
Selalunya selepas teknik Command in Chief tidak berapa berkesan maka saye pun bertukarrrr...bertukar lagi..... terus menggunakan konsep the judge, thats why last year, satu kelas tu tiada siapa pun yang berani tertinggal buku latihan atau buku teks sains dirumah. Jika tertinggal dengan segala hormatnya sila berdiri diluar..diatas bangku...belajar dari luar kelas. Saye pernah check satu beg seorang pelajar...hanya buku teks sains saja yang dia bawa. Saya tanya mana buku subjek lain. Dia jawab tak bawa. Cikgu awak tak marah ke? Tak. Kenapa awak bawa buku sains saja. Apa jawab dia, kalau saya tak bawak buku sains cikgu, tak sanggup saya nak berdiri kat luar dua masa pulak tu. Dah la semua orang nampak. Malu oooo. Saye tersenyum. Tahu malu yek. Pernah saye terfikir...Kejam ke saye?...dengan niat agar mereka belajar dan terus belajar dan syukur tahun lepas hampir setengah daripada kelas separa sedar ini :) yang lulus didalam subjek sains. Bukan nama yang hendak dicari...tetapi demi tanggungjawab dan nasib anak bangsa di hari muka terpaksalah digunakan apa yang terdaya untuk merubah dan menyedarkan mereka.

5. Kaedah "The psychologist"
Sebenarnya kaedah inilah yang banyak saye gunakan lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan kelas-kelas separa sedar ( maaf bukan menghina ). Kaedah motivasi dan penceritaan bila digunakan didalam situasi apabila berhadapan dengan mereka amat berkesan sekali berbanding dengan kosep-konsep yang lain. Jika kita pandai menyesuaikan diri dan cuba sekali-sekala layan trend semasa, mereka akan lebih menghormati dan menyukai cara pengajaran kita. Trends sekarang perkataan apa celop seringkali diutarakan. Maaf saye pun tak arif maksud perkataan ini tetapi kalau sekali sekala diselitkan didalam pengajaran, fokus mereka kepada apa yang diajar meningkat dan tahun lepas demontrasi belon keatas satu kelas dibawah bimbingan saye cukup berjaya dan saye bersyukur dan berdoa agar tuhan terus memberi rahmat kepada saye dan menetapkan hati agar terus mencari keredhaan tuhan untuk memberi yang terbaik kepada semua anak didik.

Cabaran guru didalam pendidikan saban hari semakin mencabar. Dengan perubahan teknologi yang pesat, perubahan kepada gaya pemikiran dan persepsi dikalangan anak didik juga berubah. Lebih-lebih lagi pelajar peringkat menengah. Ibubapa dan masyarakat tidak seharusnya menyerahkan kuasa mendidik seratus peratus ke bahu para pendidik. Meskipun para pendidik dibayar gaji ( terima kasih dan syukur atas pengumuman kenaikan gaji kepada kaki tangan awam semalam ) sebaik-baik pendidikan adalah bermula dirumah. Serius berdasarkan pengalaman dan pemerhatian jika ibubapa bermasalah dirumah, anak-anak anda juga akan bermasalah disekolah. Jadi berusahalah menjadi guru dirumah sebaik mungkin agar guru disekolah tidak menghadapi masalah untuk meneruskan kebaikan tersebut kerana guru disekolah terpaksa mengawal ramai anak didik berbanding dengan ibubapa dirumah. Bayangkan jika anda ditempat guru.
Jumpa lagi.

Pendidikan Di Rumah
Manual Pendidikan Dirumah. Dapatkan  Pakej Buku Sifir Master  dan kuasai Kemahiran Asas Matematik yang boleh ibubapa gunakan sebagai bahan pendidikan dirumah.
Maklumat Lanjut Lawati www.sifirmaster.com

No comments:

Post a Comment