Sunday 26 February 2012

Pelik Sungguh Anak-Anak Kita


Kalau saudara nak bina badan, mesti rajin senaman. Senaman pulak bukannya sekadar lompat setempak atau lompat katak. Senaman dia lain sikit, Special dah tu ditempat yang khas seperti di gym. Senaman untuk 'bodybuilder' perlu mengikut aturan, peraturan dan disiplin. Ada berbagai set latihan untuk bahagian-bahagian otot yang perlu dibina. Kalau inginkan badan berketak-ketak kena sanggup menghadapi rutin latihan yang berat untuk membina otot yang kekar. Ada berani???
  Bercakap mengenai membina otot, jikalau saudara ingin membina daya ingatan yang hebat agar dapat menjadi pelajar yang mampu mengingati apa saja perkara, hendak tak hendak saudara perlu berlatih seperti bodybuilder. Namun begitu, latihan untuk membina daya ingatan yang kuat tidaklah seteruk membina otot dibadan. Malah lebih relax dan dapat dilakukan dimana saja mengikut kemahuan.
Para pelajar seringkali mengaitkan kelemahan sesuatu matapelajaran itu adalah disebabkan oleh kelemahan didalam mengingati fakta, data atau formula yang berkaitan. Secara tidak langsung tahap daya ingatan sering dipersoalkan dan dipersalahkan selain daripada unsur-unsur seperti kurang berminat, guru tidak best, subjek boring dan sebagainya dijadikan alasan penyebab.
  Begitu juga dengan ibubapa yang mengeluh anak mereka mempunyai tahap daya ingatan yang teruk. Seringkali terlupa kerja sekolah, tidak mampu menghafal sifir, pelupa dan sebagainya. Seharusnya ibubapa perlu bersyukur kerana anak-anak tidak kehilangan daya ingatan. Jika ini berlaku mereka terpaksa bermula dari mempelajari bermula dari perkara-perkara asas seumpama bayi yang baru lahir.
Dua perkara yang ibubapa perlu tahu mengenai daya ingatan dan ibubapa hanya perlu memilih satu untuk memastikan daya ingatan anak-anak hebat. Ketahuilah bahawa didalam otak kita hanya terdapat DAYA INGATAN TERLATIH dan DAYA INGATAN TIDAK TERLATIH.
  Bagi memastikan anak anda memiliki daya ingatan yang kuat maka mereka perlu memastikan daya ingatan mereka mendapat latihan yang sewajarnya. Anak-anak yang dikatakan mempunyai daya ingatan yang teruk sebenarnya mereka tidak mempunyai teknik bagaimana cara untuk melatih daya ingatan mereka sahaja. Jika diajar teknik yang betul maka masalah ini akan selesai. Tidak terkecuali ibubapa pun menghadapi perkara yang sama dan penyelesaiannya pun adalah sama.
  Lihat konsep bodybuilder, semakin kuat menjalani latihan semakin kuat dan kekar otot badan. Semakin kuat anda menjalani latihan daya ingatan terlatih semakin hebat minda anda dapat mengingat.
Ibubapa tidakkah pelik jika selama ini anak anda dapat menghafal lagu hindustan atau senarai nama pemain bola sepak Manchester United tanpa perlu anda menghantar keseminar-seminar daya ingatan. Pelikkan :)


No comments:

Post a Comment