Thursday 18 August 2011

Soalan-soalan bocor terpilih

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ramadan semakin hampir ke penghujung. Semalam semasa mendengar tazkirah disurau, ustaz ada berpesan supaya mendapat sebanyak mungkin pahala didalam bulan yang mulia ini dan untuk jadikan seorang jutawan yang kaya dengan pahala, inilah bulannya.

Saye nak berkongsi satu soalan bocor untuk pelajar UPSR,PMR,SPM dan STPM.Ish ! Bukan soalan peperiksaan tetapi soalan dari ibubapa yang bertanya team bijakstudy semasa majlis pelancaran Buku Sifir Master tempohari. Berikut adalah soalan terpilih yang saye ingin kongsikan dengan semua terutama ibubapa pelajar.

1. Adakah teknik sifir master ini mengikut skema dan boleh diguna pakai didalam peperiksaan?

Sifir Master merupakan teknik kreatif yang diambil dari Teknik Matematik Kreatif. Teknik ini merupakan kaedah kreatif untuk menguasai sifir dan menyelesaikan soalan atau permasalahan yang berkaitan dengan darab. Teknik dan kaedah kreatif ini merupakan salah satu jalan alternatif untuk menguasai sifir dan darab dengan cara yang lebih mudah, pantas, tepat dan menyeronokkan.

Sifir Master merupakan satu alat bantu penting yang menyokong pelajar memahami sifir dengan lebih mudah lagi agar persepsi mereka terhadap subjek matematik akan berubah dan seterusnya meningkatkan lagi motivasi dan keyakinan mereka terhadap matapelajaran ini.

Satu persoalan yang perlu anda renungkan?
Bagi pelajar -pelajar yang cemerlang mereka mempunyai satu senjata rahsia yang mereka pelajari dan mereka adaptasikan didalam pembelajaran mereka seharian. Senjata rahsia ini tidak mereka hebohkan kepada rakan-rakan atau kepada guru-guru. Senjata rahsia mereka ini amat membantu mereka memahami setiap pelajaran yang diajar samada didalam kelas atau pun semasa mengulangkaji. Perkara penting yang mereka fahami ialah untuk menguasai sesuatu perlulah mempunyai teknik dan kaedah mudah, pantas dan efektif.

Apakah senjata rahsia mereka? Lihat saja kaedah yang diasaskan oleh Tony Buzan iaitu Peta Minda atau Mind Maps. Adakah ia mengikut skema pembelajaran dari kementerian? Lihat saja kaedah Mokhdar. Adakah ia salah disisi pembelajaran. Teknik Cornill, teknik SQ3R, teknik mendengar, teknik memori dan sebagainya. Adakah ini menghalang para pelajar mencapai kejayaan. Teknik-teknik inilah senjata utama pelajar cemerlang. Ianya merupakan satu alat bantu penting yang memberi sokongan semasa mereka belajar. Inilah strategi berkesan pelajar cemerlang. Mencari sesuatu kaedah yang membantu mencapai kejayaan dengan mudah, pantas dan tepat. Zaman ini zaman manusia bergerak pantas. Jika kita asyik menunggu sesuatu tidak mahu membuat perubahan atau asyik mengikut kaedah yang biasa-biasa, fikirkanlah sendiri dimana kedudukan kita nanti.

Berbalik semula kepada persoalan diatas, adakah Teknik Sifir Master ini mengikut skema didalam peperiksaan?
Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang kami hormati, Buku Sifir Master yang kami tampilkan ini mengandungi dua buah buku iaitu Buku 1 Edisi The Apprentice dan Buku 2 Edisi The Master dan sebagai bonus kami selitkan sebuah VCD interaktif untuk memudahkan anda memahami teknik yang disampaikan dengan lebih jelas dan berkesan.

Buku 1 Edisi The Apprentice merupakan buku asas pembelajaran kemahiran sifir. Buku ini menerangkan teknik dan kaedah kreatif menguasai asas sifir iaitu sifir 1 sehingga sifir 9. Setiap pelajar harus menguasai asas sifir ini dengan cekap kerana jika mereka gagal menguasainya mereka juga akan gagal menguasai teknik -teknik kreatif seterusnya didalam buku kedua nanti.

Buku ke-2 Edisi The Master merupakan buku yang menerangkan dan mendedahkan teknik-teknik kreatif menguasai sifir 11 sehingga sifir 99 dan juga menyelesaikan soalan-soalan darab yang melibatkan 1 digit, 2 digit dan 3 digit. Buku ini menampilkan 4 bahagian dengan pendedahan 14 Teknik Kreatif dan 2 kaedah biasa sebagai perbandingan, disulami dengan VCD interaktif sebagai pembelajaran kendiri.

Jika anak anda seorang pelajar yang menghadapi masalah untuk menguasai sifir, sukar menghafal sifir, lambat atau lembab dan yang lebih parah lagi keliru untuk memahami konsep pendaraban, kami syorkan inilah jalan alternatif terbaik yang perlu anda pertimbangkan. Buku 1 Edisi The Apprentice merupakan buku yang mengajar tentang konsep menguasai sifir asas dengan mudah, ringkas dan senang untuk difahami. Jika selama ini mereka mengalami sedikit gangguan kekeliruan tentang pemahaman konsep asas, buku inilah sebagai jalan alternatif yang perlu anda berikan kepada mereka. Ianya merupakan teknik dan kaedah kreatif yang serupa dengan teknik-teknik pembelajaran yang lain ( seperti yang diterangkan diatas teknik-teknik seperti Minds Maps,Kaedah Mokhdar, study skill dan lain-lain lagi ) yang membantu mereka didalam pelajaran. Teknik-teknik ini tidak perlu mendapat kelulusan kementerian untuk dipelajari kerana ia merupakan alat bantu pembelajaran yang boleh diumpamakan sebagai supplement informasi kepada pelajar.

Jika anak anda menguasai teknik-teknik didalam Buku ke-2 pula, mereka pasti mampu menguasai sifir 11 sehingga sifir 99 serta lancar menjawab permasalahan sifir berkaitan dengan darab 1 digit,2 digit dan 3 digit. Jika didalam peperiksaan dimana jawapan berpandukan skema, teknik sifir master yang anak anda kuasai boleh digunakan sebagai teknik pantas untuk memeriksa jawapan yang mereka jawab sebelum menghantar kertas jawapan kepada guru. Detik-detik didalam dewan peperiksaan dimana setiap saat amat berharga dan teknik pantas untuk memeriksa semula jawapan yang telah dijawab merupakan alat bantu yang paling penting diperlukan. Inilah senjata rahsia pelajar cemerlang yang mereka gunakan yang selama ini yang tidak diketahui oleh pelajar lain. termasuklah juga dengan anda, mungkin.

kesimpulannya teknik ini memang tidak mengikut sukatan dan skema dari kementerian. Ia sama seperti contoh teknik-teknik lain yang diterangkan seperti diatas dan yang penting yang perlu semua fahami ialah teknik-teknik kreatif ini ia amat membantu pelajar memahami didalam pelajaran mereka dengan lebih mudah lagi dan ianya tidak menjadi kesalahan untuk mereka mempelajarinya jika ia memang terbukti berkesan membantu meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Anda bagaimana pula ?



1 comment: