"Ya Allah ! Hani engkau ni, bulan mulia macam ni kau nak aku belajar pasal seks? "
"Hish ! Ke situ pulak. Baca dulu ape yang aku tulis then baru komen. Seronok ke tak ?"
Seketika sebelum entry ini ditulis.
Sewaktu bertemu dengan seorang rakan semasa sama-sama menuju ke bilik guru.
" Banyak ke akak buat kuih tahun ni", aju kepada seorang rakan.
" Entahlah, malas la nak fikir, beli je". Acuh tak acuh.
" Oh! Macam tu", senyap dan berlalu.
Fikiranku melayang jauh teringatkan perkataan ini. Tetapi dimana yea!
Malas nak fikir! :) Orang yang mempunyai persepsi seperti ini secara jujurnya boleh dikatakan mempunyai masalah berkaitan dengan nafsu. Betul ni, bukan coobaaannn.
Orang seperti ini memiliki nafsu berfikir yang rendah dan dalam erti kata sebenar kehidupan seks mentalnya dingin. Mungkin dah nak masuk kategori hampir monopause.
Jangan salah faham ye. Ini cuma sebuah perumpamaan sahaja.
Orang yang malas berfikir lazimnya,
1. Mempunyai keinginan berfikir yang rendah.
2. Tidak bermotivasi.
3. Pemikirannya berligar dalam keadaan biasa-biasa sahaja.
4. Tidak berminat kepada perubahan.
5. Sekadar pengikut sahaja mungkin akan jadi yang setia.
Kasihankan orang sebegini kerana nafsu mentalnya semakin menurun. Tiada lagi keseronokkan. Yang tinggal hanya kebosanan.
Kepada orang sebegini, satu saranan agar segera membaiki nafsu mental mereka kerana saban hari keadaaan sekeliling kita berubah. Dari sekecil-kecil benda sehinggalah yang bersaiz gajah semuanya mengalami perubahan. Jika dahulunya hanya kuih samperit sahaja yang popular,namun kini ia hanya dianggap kuih tempelan sahaja. Saban tahun muncul beraneka kuih dan biskut baru dengan perubahan pada rasa, warna dan bentuk. Walaupun kadang kala sukar nak membezakan sebab rasanya hampir sama sahaja.
Dari almond Landon sehinggalah ke Caramel Shortbread atau Chocolate Lambrada ( ni semua kategori kuih tunjuk yang diorder sehari sebelum puasa...Ciss! Tengok tu puasa belum lagi tapi kuih raya dah order..nafsu kategori apakah ini ?? :P )mungkin yang terbaru samperit Libya atau Almond Osama yang direka.
Golongan nafsu mental yang dingin mereka ini memerlukan perubahan jika tidak mereka akan selamanya bergelumang dengan kehidupan yang bosan lagi membosankan. Kemungkinan akan menjadi beban kepada orang lain terutama jika ianya melibatkan kerja berkumpulan. Stop!
Meh kita berbicara secara ilmiah apa itu nafsu mental. Rujuk seperti yang ditulis dan diutarakan oleh penulis Buku Teknik Berfikir.
Fikiran yang kreatif adalah ibarat nafsu seks bagi kehidupan mental kita. Seperti apa-apa saja yang bersifat baru, idea mempunyai batas hayat. Apa-apa yang baru akan mengalami proses kelahiran, pendewasaan dan mati. Begitu juga dengan idea. Maka dari itulah kita mesti melahirkan idea-idea baru dari masa ke semasa. Caranya ialah dengan melakukan banyak kegiatan seks mental.
Seperti kegiatan seks biologikal, seks mental dijamin menyeronokkan. Proses menerbitkan idea-idea baru menghasilkan kepuasan yang kita perlu untuk kesihatan mental, psikologi dan fizikal. Orang yang kreatif adalah orang yang memberangsangkan. Kajian oleh pakar psikologi menunjukkan orang kreatif memiliki beberapa ciri peribadi yang istimewa. Mereka ingin tahu semua perkara, oleh itu pengetahuan am mereka lebih luas daripada orang biasa. Mereka memerlukan pengetahuan itu untuk melahirkan pelbagai idea pada bila-bila waktu. Mungkin dalam masa 1 jam lagi ataupun 10 tahun kemudian. Akan tetapi dia yakin, ia tetap akan terjadi.
Lebih banyak pengetahuan,lebih tinggi peluang kita menerbitkan idea-idea baru.
Yang kreatif tahu apa yang mereka mahu buat dengan menggunakan apa yang mereka miliki. kalau mahukan sesuatu yang baru, kita perlu menggunakan alat-alat yang sama tetapi kali ini dengan cara yang baru. Itu saja.
Berfikir secara kreatif mengkehendaki supaya kita mengunakan sikap yang dapat membantu kita meneroka idea baru dengan cara memanipulasikan pengetahuan dan pengalaman yang sedia kita miliki. Dengan itu kita berani mencuba pelbagai teknik dan pendekatan.
Penutup dia agak mendebarkan. Kalau nak tahu lebih boleh dapatkan buku ini mungkin di PTS masih ada lagi kot.
Bersumberkan dari Buku Teknik Berfikir,Konsep dan proses/Ainon Mohd & Abdullah Hassan/Utusan Publications&Distributors Sdn.Bhd/Cetakan edisi ulang cetak 1998/Bab 3 Ciri-ciri kreativiti/ms 40,41,42.
Malas berfikir mungkin hadir dengan seribu satu persoalan. Mungkin disebabkan keletihan jadi dibiarkan saja keadaan sekeliling berlalu begitu sahaja. Juga mungkin tidak memberi tumpuan kerana difikiran mempunyai sejuta masalah sedang dirungkai. Mana tahu kan.
Bagi pelajar agaknya apa akan kamu tulis diatas kertas jawapan nanti khususnya bagi calon PMR dan SPM, jika anda mengambil sikap malas berfikir terutama matapelajaran yang memerah otak seperti matematik, berani kamu menulis SAYA MALAS BERFIKIR TUAN! diatas kertas jawapan nanti. Kalau ada minta-mintalah bukan anak didik saye :)
Dengan perlahan Ain mendekati meja
" Hani sape yang kau masudkan dalam entry kau tu?", perlahan Ain mengaju soalan.
" Kamu lerrr ". Saya ketawa perlahan sengaja mahu mengusik dia.
" Aku belum monopause lagi laaaa...masih anak dara tau". Bisik Ain ditelinga aku.
" Yea la tu makcik Ain oiii! ".
Kami ketawa tetapi rakan-rakan lain terpinga-pinga.
Bukan ditujukan kepada rakan tetapi teringat sewaktu dikampus mengenai buku rujukan berkaitan perkataan malas berfikir. Special thanks to my lecturer Puan Salmah - Selamat menyambut aidil fitri,moga tuhan memberkati usaha yang puan lakukan didalam mendidik. Kini kami tidak lagi malas berfikir puan.
Pesanan penaja :P
Buku Sifir Master merungkaikan persoalan mengenai sifir dan permasalahan menggunakan Kaedah Matematik Kreatif. Bermula dari menguasai sifir asas sehinggalah menyelesaikan permasalahan darab yang melibatkan angka 1 digit,2 digit dan 3 digit menggunakan teknik kreatif yang mudah dikuasai oleh sesiapa sahaja. Tiada had umur untuk mempelajarinya asalkan tahu menulis dan mengira. Bagi pelajar rendah disyorkan bermula dari tahun 4 tetapi jika ada pelajar tahun 3 atau 2 atau 1 yang memahami asas sifir juga boleh menyertai kerana kami mempunyai sejarah mengajar pelajar tahun 3 yang berjaya menguasai teknik ini dengan mudah. Dapatkan segera naskah ini kerana saban hari naskah ini semakin berkurangan. Jika habis tiada peruntukan tambahan disediakan. Boleh didapati hanya secara eksklusif sahaja. Maklumat lanjut dapatkan disini segera !
Terima Kasih :)
ReplyDeletehttp://cityiklan.blogspot.com