Kenapa topik sifir dan
darab kami titikberatkan?
Satu analogi
kami berikan agar saudara dapat berfikir tentangnya.
“ Setiap
bangunan tinggi memerlukan asas pembinaan yang kukuh. Begitu juga dengan pohon
yang tinggi menjulang juga memerlukan akar tunjang yang kuat untuk menahan
gelora angin dan taufan. Jika asas pembinaan dan akar tunjang yang lemah,
dapatkah bangunan dan pohon berdiri gagah? “
Setiap
pelajar lumrah memulakan pembelajaran daripada asas dan daripada asaslah ia
akan berkembang dan meningkat naik sejajar dengan pertambahan usia dan
perkembangan permikiran.
Kita sering
terlepas pandang mengenai satu perkara yang seringkali dianggap remeh namun
disebaliknya mempunyai kesan yang cukup besar kepada kejayaan dan kecemerlangan
anak-anak didalam matapelajaran matematik.
"Gagal
menguasai Asas Kemahiran Matematik sejak diperingkat rendah lagi akan memberi
impak yang besar didalam kejayaan pelajaran mereka kelak terutama didalam
matapelajaran Matematik".
Asas Kemahiran Matematik merupakan dasar atau akar tunjang
didalam matapelajaran Matematik. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan
menimbulkan banyak persoalan dikemudian hari nanti. Ini disebabkan oleh
kemahiran ini akan dibawa dan digunakan dari satu tahap ke satu tahap
disepanjang tempoh pengajian mereka sehingga ke peringkat menengah.
Persepsi
negatif pelajar terhadap pelajaran bukannya terjadi secara tiba-tiba.Ia adalah
satu
perjalanan
pengalaman yang dilalui dan dirasai semasa proses pembelajaran terutama sekali
diperingkat
rendah.
Untuk makluman
saudara, topik darab adalah terkandung didalam Asas Kemahiran Matematik (iaitu
tambah, tolak, darab dan bahagi). Semasa diperingkat rendah, pelajar mampu
menguasai topik tambah dan tolak
dengan mudah dan gembira. Ini kerana konsep tambah dan tolak ini mudah difahami
dan dikuasai. Selain guru disekolah, ibubapa dirumah juga mampu mengajar dan
menerangkan konsep ini kepada anak-anak mereka tanpa masalah.
Disaat ini,
pelajar cukup berminat dengan matapelajaran Matematik kerana ia mudah dan
menyeronokkan.
Puncanya ialah kerana mereka memahami dan menguasai konsep asas kedua-dua topik
ini.
Namun
apabila mereka mula mempelajari topik darab
yang memerlukan mereka menguasai sifir,kepayahan dan
kesukaran mula terasa didalam matapelajaran ini kerana ia memerlukan pelajar
berfikir untuk memahami konsepnya.
Topik ini
memerlukan pelajar memahami konsep asas pendaraban dan seterusnya menguasai
sifir yang merupakan komponen utama didalam pembelajaran ini. Kesukaran akan
bertambah perit apabila mereka mula mempelajari pendaraban yang melibatkan dua
digit, tiga digit dan seterusnya. Bukan setakat itu sahaja kemahiran ini akan
dipelajari dan diaplikasikan,malahan pelajar juga akan menggunakan kemahiran
ini untuk topik-topik seterusnya seperti didalam topik ukuran, masa, wang,
jisim dan sebagainya.
"Gagal
menguasai Asas Kemahiran Matematik sejak diperingkat rendah lagi". Adalah merupakan punca utamanya
pelajar mengalami kelemahan seperti berikut iaitu Gagal, Lemah, Fobia, Benci,
Takut, Tidak Berminat dengan Matapelajaran Matematik.
Pengalaman
yang dirasai semasa belajar inilah yang akan memberi mereka persepsi negatif terhadap matapelajaran matematik seterusnya
dan ia akan terbawa-bawa sehingga keperingkat menengah dan seterusnya.
....kesukaran matematik
yang dihadapi pada peringkat rendah persekolahan sering berterusan kealam
persekolahan pada peringkat menengah. Malahan ia juga dialami secara berterusan
dalam
kehidupan seharian setelah
dewasa. - Miller&Mercer.
Diatas
adalah kajian dari tokoh penyelidik mengenai pembelajaran.
Sepanjang
pengalaman kami menyebar dan berkongsi Teknik
Sifir Master dan Matematik Kreatif ini, ramai ibubapa yang memandang remeh
mengenai isu ini dan menganggap ianya tidak menjadi satu masalah yang serius.
Disini kami
ingin jelaskan bahawa bukannya disebabkan oleh kelemahan menguasai sifir
menjadi punca utama anak-anak saudara gagal didalam Matematik. Sebaliknya kami
ingin tekankan bahawa antara punca utama mengapa persepsi negatif terhadap
Matematik terjadi dikalangan pelajar adalah berpunca dari kegagalan memahami
dan menguasai asas kemahiran matematik sejak diperingkat rendah lagi. Persepsi
negatif ini jika tidak dihapuskan dari minda mereka akan menjadi penyebab utama
mengapa Matematik bukannya menjadi matapelajaran yang mereka suka. Menjadi
lumrah manusia perkara yang tidak disukai akan dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Sekadar cukup makan atau lulus itu sudah memadai.
Sanggupkah ibubapa melihat ini terjadi kepada anak
kesayangan anda???
Setiap
cabaran ada jalan penyelesaiannya. Insya Allah, akan dipermudahkan. Disini kami ingin
kongsikan satu kaedah
yang cukup mudah, pantas dan menyeronokkan untuk dipelajari.
Sifir Master
(buku) adalah satu kaedah mempelajari dan menguasai kemahiran sifir dan darab
menggunakan Teknik Matematik Kreatif. Teknik didalam buku ini diasaskan oleh
Tuan Azizan Othman sejak tahun 1999 lagi.
Kenali Pengasas Teknik Matematik Kreatif
Azizan bin Haji Othman
merupakan seorang lulusan dari Universiti Teknologi Mara didalam jurusan
Kejuruteraan Elektronik Perhubungan. Pernah berkhidmat sebagai Juruteknik Kanan
dibeberapa syarikat swasta. Mempunyai kemahiran didalam bidang teknologi
perhubungan dan juga didalam bidang IT.
Beliau amat meminati subjek matematik dan sering mengkaji mengenainya. Atas
semangat kecintaan mendalam terhadap nombor dan angka maka beliau membina dan
mencipta beberapa teknik kreatif matematik khusus untuk pelajar rendah
menguasai dan menyelesaikan sifir dengan pantas dan tepat.Beliau juga sering
menganjurkan seminar mengenai matematik kretif dikawasan utara dan juga sering
mengadakan roadshow di ekspo-ekspo usahawan.Beliau kini merupakan seorang
Pengarah Urusan di Azif Consultancy yang beroperasi di Kulim Kedah. Berwawasan
tinggi mengenai perkembangan pendidikan di tanahair dan beliau amat
menitikberatkan kejayaan anak bangsa. Atas kesedaran dan iltizam yang tinggi
beliau telah menzahirkan teknik-teknik kreatif ini didalam Buku Matematik
Kreatif serta didalam bentuk VCD agar semua pelajar dapat memahami dan
menguasai teknik kreatif ini dengan mudah.
Semoga dengan kelahiran Buku dan VCD Matematik Kreatif ini dapat membantu para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang didalam subjek matematik seterusnya melahirkan ramai pelajar-pelajar yang bijaksana didalam pelbagai bidang.
Pakej Sifir
Master ini mengandungi 2 buah buku dan sebuah VCD interaktif. Tidak terdapat
dimana-mana kedai dan sehingga kini hampir mencecah 3000 pelajar yang telah
mempelajarinya sejak ia dipasarkan secara online pada 2005 yang lalu.
Kenapa Ibubapa Harus
Memiliki Buku Ini ?
- Terdapat 22 Teknik Sifir Master didalam kompilasi buku ini
- Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami di dalam format langkah demi langkah.
- Ditampilkan juga VCD interaktif
- Hanya RM50 untuk kompilasi Buku Sifir Master yang mengandungi 2 buah buku Edisi The Apprentice & The master.
- Buku ini akan dipos kepada anda dengan kos penghantaran percuma.
Siapa Yang Patut Beli Buku
Ini?
- Ibubapa yang ingin melihat anak mereka berjaya dan cemerlang didalam Subjek Matematik.
- Guru sebagai kaedah alternatif didalam pembelajaran topik sifir dan darab.
- Sesiapa sahaja yang berminat mengetahui teknik matematik kreatif
- Sesuai untuk pelajar yang mempunyai masalah didalam Asas Kemahiran Matematik
- Pelajar Cemerlang yang memahami bahawa teknik kreatif adalah satu keperluan utama bukannya sebagai satu pilihan.
Apa Yang Dikongsi Didalam
Buku Ini?
- 22 Teknik Sifir Master yang diadaptasi dari kaedah Matematik Kreatif yang tidak terdapat dimana-mana kedai.
- Disertakan sebuah VCD untuk pembelajaran interaktif
- Teknik menguasai dan menyelesaikan sifir dan darab sehingga tanpa had
- Supplement sebenar untuk pelajar meminati Subjek Matematik
Senarai Teknik Sifir Master
Buku Sifir Master Edisi The
Apprentice
1. Teknik
G&B ( ID X !D ) 2. Teknik
G&B ( 2D X 1D ) 3. Teknik
G&B ( 2D X 2D )
4. Teknik
Bulatan Nombor 5. Teknik Kinestatik
Buku Sifir Master Edisi The Master
1. Teknik Kreatif Sifir 11 hingga
Sifir 19 ( Darab 1D & 2D )
1. Teknik #1 Sifir 11 hingga Sifir 19 (
Darab 1D ) 2. Nota Tambahan Teknik #1
3. Teknik #2 Sifir 11 hingga Sifir 19 (
Darab 2D) 4. Nota Tambahan Teknik #2
5. Teknik #3 Sifir 11 hingga Sifir 19 (
Darab angka 11 - 19 sahaja)
2.
Teknik Kreatif 2D X 1D untuk sebarang
nombor
1. Teknik Biasa 2. Teknik Kreatif #1 3. Teknik Kreatif #2
4. Teknik Kreatif #3 5. Teknik Kreatif #4 6.
Teknik Kreatif #5
3.Teknik Kreatif 2D X 2D untuk
sebarang nombor
1. Teknik Biasa. 2. Teknik Kreatif #1 3. Teknik Kreatif #2
4. Teknik Kreatif #3 5. Teknik Kreatif #4 6.
Teknik Kreatif #5
4. Teknik Kreatif Kaedah Visualisasi
1. Teknik Kreatif #1 2. Teknik Kreatif #2
Nota
B.O.D.M.A.S
Latihan Ujian Kemahiran SIfir
Latihan Ujian Kemahiran Sifir
Latihan Ujian Kemahiran SIfir
Latihan Ujian Kemahiran Sifir
Read more...