Saturday 5 January 2013

Law Of Great Teacher

sifir matematik darab

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

2013 saya mulakan dengan senyuman :) sesudah beristighfar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Sebagai menempuh sesi persekolahan 2013 yang masing-masing terasa kesegarannya ada baiknya saya berkongsi "Law Of Great Teacher" by Imam Al-Ghazali.

Berikut adalah 11 Syarat keperibadian seorang guru yang telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali.

1. Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik.

2. Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.

3. Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk serta tidak riak.

4. Tidak takbur ( sombong ) kecuali terhadap orang zalim iaitu dengan tujuan mencegah tindakan zalim tersebut.

5. Bersifat tawaduk dalam perbincangan.

6. Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh.

7. Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua pelajar.

8. Bersabat dan tidak mengherdik pelajar yang bodoh.

9. Membimbing dan mendidik pelajar yang lemah dengan cara yang sebaik-baiknya.

10. Berani berkata "saya tidak tahu" terhadap masalah yang dia tidak faham.

11. Menampilkan hujah yang benar apabila berada dipihak yang salah dan bersedia kembali kepada kebenaran.

Jumpa lagi  '',


ps: Sumber Hebatnya Cara Rasullullah Mendidik/Razali Saaran/mustread










No comments:

Post a Comment