Tuesday, 11 October 2011

5 Tips harubiru menghadapi peperiksaan


 Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

5 Tips harubiru menduduki peperiksaan khusus untuk pelajar.
AMARAN : Tolong jangan amalkan teknik ini kerana ia amat membahayakan kesihatan ibubapa anda !

5 Teknik harubiru yang akan anda lakukan apabila apabila anda baru saja mengaplikasikan saranan dari pakar motivasi tentang tips-tips menduduki peperiksaan. orang lain aplikasi sebaik saja mempelajarinya tetapi anda special sikit sebab sehari sebelum peperiksaan tamat baru anda apply. Hebatnya anda. Mungkin baru jumpa informasi tips-tips ini di blog-blog pakar motivasi. Dibawah disediakan butirannya.

1. Alamak! Alamaaaaak! Alamaaaaaabahhh!
Jam telah menunjukkan pukul 10:30 malam. Anda bingkas menutup buku nota anda kerana mengikut nasihat dari pakar motivasi yang menyarankan anda harus tidur awal menjelang malam peperiksaan. Tidur akan memastikan minda cergas apabila anda bangun pagi nanti. Sebelum anda melelapkan mata, anda haruslah berkemas dan menyediakan peralatan kelengkapan untuk menghadapi peperiksaan esok. Hmmmm mari periksa bekas pencil anda dulu. Bekasnya cantik tetapi kenapa ringan je. Cuba goncang sikit. Ehhh! Tak ada bunyi pun. Cuba buka. Alamaakkk! Almaaaaakkkkk! Pen, pensil,pemadam dan pembaris tak beli lagiiiii. Hadoiiii! Kenapa boleh lupe pulak. Alamaaakkk! Jam dah pukul 10:30 malam mana ada kedai yang bukak masa-masa ni. Macamana ni???? Dah peningkan. Pastu terus terlelap sebab pening memikirkan peralatan yang tak ada untuk menjawab esok.
Moral: Kelengkapan peralatan menulis seperti pen,pensil,pemadam dan pembaris meskipun nampak enteng tetapi jika anda gagal menyediakannya akan mengganggu perjalanan peperiksaan anda. Ia ibarat senjata yang anda perlu ada untuk memasuki medan perang.Takkan anda nak berperang pakai air liur sedangkan senjata musuh canggih manggih. Pikiorr yop pikiorr.
Nak pinjam dengan cikgu..Hmmmm bole..bole sesangat...bole blahh kot .

2. Tidor awal
Bagus ikut saranan pakar motivasi agar tidor awal. Tidor awal akan bangun awal. Selepas solat subuh berjemaah boleh berdoa panjang sikit. Mohon dipermudahkan didalam dewan peperiksaan nanti. Selepas solat boleh sarapan bersama ayahanda dan bonda sambil bercerita agar ceria nanti.
Hmmm tapi ni lain pulak jadinya. Janji pukul 6.00 pagi harus bangun dibantainya tersedar pukul 7.30 nah ekstra 90 minit. Ni semua pasal lupa kunci jam. Ehhh! Mana ada sebut pasal jam loceng dalam tulisan kat atas tadikan. Itu awak punya inisiatif sendiri le.Nak bangun macamana. Jelas menunjukkan anda memang jenis bangun lewat. Dah tu harus ada orang yang kejutkan. Tak reti-reti nak bangun sendiri. Solat subuh  ? Pakai burn le. Disebabkan terlewat maka semuanya menjadi ekspress. Mandi dan gosok gigi ala kadar je. Janji orang nampak macam mandi pagi. Pakai baju. Sarapan. Sarapan tak payah mana ada masa. Terus je pergi sekolah. Yes! Melangkah dengan penuh gagah menuju dewan peperiksaan hakikatnya tuhan saja yang tahu. Bangun lewat, tak solat, tak sarapan dan tak.... jeng..jeng..jeng...kejap lagi kita tau
MORAL : Jangan bangun lewat dik. Solat kena jaga dah baligh. Solat tu satu kewajipan dan solat juga mencegah adik-adik dari kemungkaran. Berkat dah pasti sebab ALLAH amat mengasihi hamba-hambanya yang sentiasa mengingatiNYA.

3. Persiapan sebelum menjawab peperiksaan
Ikut nasihat pakar motivasi agar terus pergi ke tempat duduk anda setelah dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. Sebaiknya jika datang awal jangan bersembang dengan kawan-kawan anda tentang perkara-perkara tidak berfaedah atau cuba berdiskusi saat-saaat akhir. Kaedah ini tidak bagus. Anda pulak? Mana ada masa nak sembang. Datang ke dewan pun lambat dah tu semua kawan-kawan dah masuk ke dewan. Mujur pengawas tidak menahan anda.
Pesan pakar motivasi lagi duduk dengan tenang. Baca surah-surah yang anda hafal dan selawat kepada nabi. Mohon dipermudahkan. Layout barang-barang keperluan anda seperti pen, pensil dan sebagainya diatas meja. Awas jangan tersilap membawa masuk nota-nota kecil Jika tertangkap anda akan menghadapi masalah. Anda pula bergegas duduk ke tempat anda. Syukur dapat juga masuk dewan. Cool! Tarik nafas perlahan-lahan. Relax dan perlahan-lahan keluarkan bekas pensil anda. Alamakkk! Alamaaaak! Hadoiiii! Kelam kabut punya pasal, bekas pensil lupa bawak laa pulak. Hadoiii! Aku nak tulis pakai ape nihhh!!!
Haaa! Tu le pasal. Baca balik paragraph 2 tadi dekat jeng...jengg...jengg. Terlupa bawak bekas pensil sebabnya kelam kabut, tetapi kalau bawak bekas pensil pun tak guna jugak sebab isinya tak ada. Ce bace kat paragraph 1 tu. Kan ke  alatan tu semua lupa nak beli. Hadoiii!
Moral : Jangan kelam kabut dik! Sebab kelam kabut ni perangai syaitan. Persiapan diri termasuklah juga persiapan alatan untuk menghadapi peperiksaan perlu disediakan secukupnya. kalau tak ada benda ni apa kamu nak tulis. Nak pinjamkan dengan cikgu...hmmm bole..boleeeeh...bole blah le gamaknye.

4. Sebelum menjawab peperiksaan
Tenang dan jangan gelabah. Nasihat dari pakar motivasi. Peperiksaan cuma sekadar untuk menduga apa yang telah anda pelajari semasa disekolah. Tidak perlu gusar kerana semuanya anda telah pelajari dan hari ini anda perlu memastikan segala bentuk soalan akan anda jawab dengan sehabis baik. Ikut arahan pengawas. Jangan buka soalan sehingga diarahkan berbuat demikian. Anda pulak ? Pengawas terpinga-pinga dan bertanya siapa nama anda. Dengan bangga anda menjawab nama saya Zakri Amani Lukhman Amani ( sekadar rekaan ).Terpinga-pinga pengawas. Betul ke nama awak ni. Ye memang betul itu nama saya. Aruah tokwan saya yang bagi. Muka pengawas merah padam memandang anda. Dalam hati anda tertanya-tanya kenapa pulak cikgu ni lain macam je pandang aku. Semalam masa subjek matematik ok je. Ada taik mata ke kat mata aku. Rasanya dah clear kat rumah tadi atau dia perasan aku tak mandi pagi. Mustahil macamna dia tau. Takkan dia pasang cctv kat rumah aku kot atau rakam macam filem Klip 3GP tu. Betul nama awak Zakri Amani Lukhman Amani sekali lagi pengawas peperiksaan bertanya. Betul cikgu. Betul ke ? Betulll cikgu confem. Cikgu yang bertindak sebagai pengawas peperiksaan mukanya telah lama merah padam. Tak dapat dibendung lagi. Bukanya marah kepada pelajar tersebut. Sungguh bukannya marah tetapi nak ketawaaaa. Ce cube tengok kengkawan disebelah kamu. Kenal tak. Anda bingkas toleh kekanan dan kiri. Ehh! Kenal cikgu. Siapa . Cecuba bagi nama mereka. Boleh. Hujung sana tu  Sri Dewi, Yang kat depan tu Balan. Disebelah Balan tu Mugan dan yang belakang sekali adalah Kevin. Ehhh! Apasal Mat dan Amin tak ada ha! Mana diaorang ni.Hairan kenapa bestfriend aku tak ada. Adakah diaorang lebih lewat bangun dari aku?? Encik Zakri awak nak ambik periksa bahasa Tamil ke? Haaa...bahasa Tamillll. Alamaaaak! Macamana aku boleh lupa yang periksa aku dah habis semalam. Huarggggg!
Eskpressi guru pengawas dan lain-lain yang didalam dewan periksa telah di cut oleh admin sebab tidak sesuai untuk tontonan umum :) keh keh keh
MORAL:  Memang tak tau nak cakap apa kalau sampai subjek pun anda tak ingat. Habis kat paragraph 1 tu anda baca buku apa? Eksyen jerr kot.

5. Selepas periksa dah habis
Seronoknyer kamu. Periksa dah habis. Boleh enjoy. Enjoy, enjoy jugak dik, jangan sampai melarat. Buat perkara-perkara berfaedah macam belajar mengaji al-quran ke. Rajin berjemaah kat surau atau masjid. Kalau berminat berniaga online bagus untuk anda cuba belajar dan cari maklumat yang bersepah kat dalam internet ni.Jangan buang masa.

Hani ber p/s :  Untuk dedikasi Kak Liza di Adzrien Shoppe dan adzriel.com

3 comments:

  1. TQ bebanyak Hani... lepas solat subuh terus dia tidor.. akak suka idea no 5 tu. dia suka kraftangan...

    ReplyDelete
  2. Nasihat yag baik2 mari kita amalkan ya..

    ReplyDelete