Wednesday 8 February 2012

Tips bijakstudy Part #01


Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

2012 semakin maju kehadapan. Januari 2012 telah pun berlalu manakala Februari 2012 kini telah pun memasuki minggu kedua. bagaimana dengan pembelajaran anda ditahun ini? Masih 'fresh' dengan cuti-cuti Malaysia? Jika anda masih "berat" untuk memasuki "gear" pecutan, saye sarankan agar anda bermula sekarang. Lepaskan segala "perasaan malas" dan mulakan kayuhan segera.

Tips bijakstudy.

Salah satu teknik belajar yang digunakan oleh pelajar luar biasa ialah mereka sentiasa menyediakan peruntukkan masa +- 5 minit sebelum beredar menuju ke tempat tidur.

5 minit yang mereka sediakan ini adalah merupakan persediaan awal sebelum mereka memasuki kelas atau kuliah keesokkan hari. Persediaan awal adalah merupakan kunci-kunci kepada pintu-pintu kejayaan. Dengan melihat sepintas lalu pelajaran yang bakal dipelajari esok secara tidak langsung memasukkan sedikit maklumat terlebih dahulu sebelum maklumat ini dipelajari kemudian.

Anda boleh mencatat maklumat yang tidak difahami atau anda boleh melihat soalan-soalan yang seringkali disoal. Jika rajin menelaah silakan kerana itulah yang lebih baik yang perlu dilakukan. Tetapi awasi waktu tidur anda. Cubalah kaedah ini dan anda akan merasi bahawa pembelajaran itu semakin mudah dan menyeronokkan jika kita telah pun tahu sedikit maklumat yang bakal dipelajari dan kefahaman semakin meningkat akan dirasai.

Jika ada 5 subjek setiap hari maka anda perlu menyediakan 25 minit untuk 5 subjek tersebut. Pandai-pandailah membahagi masa. Jumpa lagi.


PELAJAR LUAR BIASA MEMANDANG TEKNIK KREATIF SEBAGAI SATU KEPERLUAN UTAMA BERBANDING PELAJAR BIASA . KUASAI TEKNIK KREATIF SEGERA

2 comments:

  1. adoaiii honey, dah macam tarzan suara kak liza mengingatkan anak siapkan homework. itu baru homework, belum lagi study.

    ReplyDelete
  2. Kak Liza tu baru sorang...kalau satu kelas huhuhu

    ReplyDelete