Thursday 16 February 2012

Pelajar Mengintai dari Pintu

Didalam pembelajaran daya ingatan ( memory/otak ) adalah satu komponen utama yang penting. Walaupun sesetengah daripada kita "berlainan upaya" namun itu bukanlah merupakan penghalang kepada kejayaan. Kebenarannya lihat berapa ramai pelajar yang tergolong didalam golongan "Orang Kelainan Upaya". mampu memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan utama malah ada yang ditabalkan menjadi pelajar cemerlang.

Yang penting asasnya ialah mempunyai daya ingatan yang normal insya Allah pasti seseorang itu mempunyai peluang dan mampu menjadi pelajar cemerlang, dengan syarat berani bekerja keras, rajin, berdisiplin, berdoa dan bertawakal.Insya Allah kejayaan akan menjadi milik anda.

Namun begitu jika daya ingatan anda terganggu, kemungkinan untuk duduk mempelajari pembelajaran berkemungkinan akan mempunyai sedikit masalah. Orang yang mempunyai masalah dengan daya ingatan lebih-lebih lagi yang kronik berkemungkinan akan terjebak dengan simtom-simtom seperti pesakit mental, kurang siuman, atau dengan bahasa yang standard disebut gila.

Kelaziman pesakit seperti ini akan membuat bising dimana sahaja dia berada. Selain membuat bising mereka juga akan mengganggu orang disekeliling mereka. Ini membuatkan keadaan akan menjadi kacau dan amat mengganggu masyarakat disekeliling. Implikasinya masyarakat akan menjadi takut jika kegilaan mereka ini mampu mengancam nyawa atau hartabenda. Ini akan mengundang stress.

Walau bagaimanapun masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi yang berugama Islam bukanlah satu masyarakat yang kejam. Golongan seperti ini diberi pembelaan. Mereka ditempatkan ditempat-tempat khas dengan penjagaan yang lengkap persis seorang VVIP. Ini menunjukkan masyarakat amat prihatin terhadap golongan seperti ini. Tempat yang mahsyur untuk golongan ini ialah di sebuah tempat di negeri Perak yang terkenal dengan nama Tanjung Rambutan.

Jadi Zarul, Hisyam, Azammudin, Syah Dani dan Rassdy sila bawa buku dan alat tulis kamu dan kamu akan diasingkan dari kawan-kawan kelas kamu. Sebagai pelajar yang tergolong didalam golongan VVIP seperti yang saye sebutkan tadi, kamu akan mengikuti pelajaran hari ini diluar kelas. Kamu boleh mengintai samada melalui tingkap atau pintu dikelas ini mengikut keselesaan kamu untuk mencatat nota-nota yang akan saya berikan nanti.Maaf disebabkan saye tidak sempat untuk menghantar kamu semua ke Tanjung Rambutan disebabkan kesuntukkan masa. Namun jika kamu berminat saye boleh hantarkan kamu belajar bersama-sama dengan Cikgu Basri didalam biliknya yang ber aircond. Adakah kamu semua berminat?

"Tak, tak mau cikgu. kami minta maaf", pelajar saya memohon maaf.

Saye terima maaf kamu tetapi hari ini kamu perlu diasingkan. Belajarlah dari luar dan jika nasib kamu baik kamu akan bertemu dengan pengetua mungkin pengetua boleh membawa kamu ke Tanjung Rambutan dengan segera, Mmmmmm dan didalam hati Grrrrrrrrrr.

p/s : Kejamkah aku sebagai guru???


No comments:

Post a Comment