Thursday 23 February 2012

Konsep 5S yang Sempoi

Tips bijakstudy #2 Konsep 5S yang Sempoi

Jikalau didalam negara jepun mengamalkan prinsip 5S untuk memastikan prstasi dan kualiti pekerjaan itu terus terjamin maka diserapkan konsep ini menjadi satu budaya didalam organisasi mereka.

Didalam pengajian pula seseorang pelajar juga harus mengamalkan konsep 5S. Konsep ini bukanlah seperti yang diamalkan didalam kebanyakan organisasi di Jepun. Konsep ini hanyalah panduan untuk pelajar-pelajar memikir dan memahami bagi memudahkan pembelajaran demi mencapai sesuatu kejayaan yang terdapat pada nawaitu setiap daripada kalian.

Tips bijakstudy kali ini mempersembahkan Konsep 5S yang sempoi .

1. SURVEY
Sebelum saudara memasuki gerbang pusat pengajian tinggi atau gerbang pintu hadapan sekolah ( ditujukan kepada pelajar sekolah menengah kerana anda rata-rata telah dikira sebagai mumaiyiz ), pastikanlah saudara membuat sedikit kajian tentang perkara-perkara berikut;'
a. Apa subjek yang akan dipelajari.
b. Apakah peperiksaan utama dan bilakah lazim diadakan.
c. Subjek apakah yang paling killer.
d. Subjek apakah yang paling mudah.
e. Siapa guru/pensyarah saya.
f. Perpustakaan dimana

Diatas hanyalah sebahagian daripada kajian yang boleh saudara jalankan. Tidak perlulah saudara mengedar borang untuk mengetahui perkara-perkara tersebut. Cukup sekadar mencari sendiri atau mendapatkan bantuan daripada guru,pensyarah atau senior. Pakcik atau Makcik kantin pun bole jugak kerana mereka adalah orang lama yang terlebih dahulu merasa garam dan mereka amat peka dengan iklim ditempat pembelajaran saudara.

Hasil kajian ini pada dasarnya nampak enteng dan umum tetapi tahukan saudara bahawa ia sebenarnya amat membantu didalam melancarkan pembelajaran saudara. Hasil kajian ini adalah pengetahuan dan maklumat berguna yang boleh saudara gunakan untuk membuat berbagai persediaan. Ibarat didalam peperangan, langkah pertama untuk menawan kubu musuh ialah melalui maklumat perisikan. Jika maklumat perisikan tepat dan sudah berada ditangan maka berbagai langkah perancangan boleh diatur dengan mudah. begitulah juga didalam situasi pengajian saudara.

2.SIKAP
Betul sikap betullah semua. Itu adalah antara bait-bait perkataan yang ditulis didinding disebuah Kem Tentera. Kenapa sikap yang paling utama? Sikap adalah akhlak dan akhlak adalah merujuk kepada diri seseorang. Biar pun muka tidak hensem tetapi jika berakhlak mulia, saudara akan dipandang dan dihormati sesiapa sahaja. Rosak akhlak maka binasalah segalanya. Bukan sahaja diri sendiri malah negara akan terbabit sama, kerana jika ingin melihat sesebuah negara dimasa hadapan maka lihatlah akhlak golongan muda mereka sekarang. Ini adalah sebahagian daripada kata-kata cerdikpandai.

Justeru jika ingin melihat masa hadapan saudara maka lihatlah sikap saudara sekarang. Jika masih lagi bermain dengan gitar, melalak sampai jauh malam, berfacebook tidak ingat tuhan, merempit dijalanan, bercouple yang tak mengenal halal haram, masa yang dibuang dengan sia-sia dan beratus-ratus lagi sikap dan sifat mazmumah, agak-agaknya apakah jawapan yang terlintas difikiran saudara.

Jadi jaga dan perbetullah sikap saudara terhadap amal ibadat, masa, guru, rakan, ibubapa, pelajaran, haiwan, alam dan sebagainya. Biarpun manusia itu tidak sempurna tetapi jika sikap dan akhlaknya terpuji terhadap semua perkara itulah setinggi-tinggi pengukuran yang dapat dinilai oleh manusia.

3. SENSE
Tuhan telah menganugerahkan kita dengan bermacam-macam nikmat dan kelebihan. Sebagai hambanya kita seharusnya mensyukuri dan mengguna serta menjaganya dengan sebaik mungkin. Pancaindera adalah merupakan sebahagian nikmat yang amat berguna kepada manusia. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pancaindera adalah merupakan elemen sebahagian daripada penentu kejayaan pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa pancaindera seperti
a. Penglihatan telah digunakan sebanyak 83% peratus semasa pembelajaran,
b. Pendengaran pula adalah sebanyak 11% peratus.
c. Penghiduan iaitu sebanyak 3.5%.
d. Sentuhan adalah sebanyak 1.5%
e. dan akhir sekali ialah perasaan iaitu sebanyak 1%.

Jadi lihat dan mendengar adalah pancaindera yang banyak digunakan dan tidak hairanlah konsep audio dan visual seringkali menjadi alat bantuan mengajar.

4. SMART
Smart mempunyai berbagai definisi dan pandangan tersendiri. Walau bagaimanapun didalam pengajian, saudara perlu bijak didalam merancang dan bertindak demi memastikan kejayaan adalah milik saudara. Banyak faktor penentu sesebuah kejayaan. Antaranya ialah teknik kemahiran belajar. Teknik kemahiran belajar merangkumi seperti teknik belajar berkesan, teknik mengambil, mencatat dan membuat nota, kemahiran mendengar, kemahiran membaca laju dan teknik-teknik kreatif yang lain. Penguasaan teknik kemahiran belajar memberi banyak manfaat kepada saudara dan ia adalah satu kemestian kepada setiap pelajar kerana didalam memburu sesebuah kejayaan itu kita tidak bergantung kepada nasib sahaja. Ibarat belayar ditengah lautan samudera, kompas adalah penunjuk jalan menuju ke daratan. Tanpa kompas kapal akan terus berlayar dan berlegar tanpa haluan dan akhirnya semua anak kapal akan mati kelaparan atau kapal yang akan tenggelam.

Kajian menunjukkan bahawa didalam pembelajaran 90% daripada kebijaksanaan itu datangnya daripada aktiviti belajar dan berbincang. 80% pula adalah hasil daripada aktiviti berbincang sahaja. Manakala 50% datangnya dari hasil pemerhatian dan pendengaran sahaja. 40% adalah daripada hasil melihat dan 30% hanya daripada mendengar sahaja. Dan akhir sekali 20% adalah datangnya dari aktiviti membaca sahaja.

Sebagai pelajar bijak anda dapat merancang apa tindakan anda seterusnya berdasarkan fakta diatas. Ayuh lakukan sekarang !

5. SELF
Setiap kejayaan adalah rahmat ALLAH dan hasil dari titik peluh sendiri. Anda bebas membuat dan memilih jalan dan gaya pembelajaran sendiri. Tuhan maha adil dan Dia menganugerahkan rezeki dan rahmatnya kepada setiap hambanya tanpa ada sifat perbezaan, cuma ketaqwaan sahajalah penanda aras kepada kejayaan seseorang yang hakiki kelak.

Tiada guna bertidurkan timbunan buku jika tidak anda mengubah sikap untuk rajin membaca. Tiada guna berguru dengan ilmuwan terulung jika anda memekakkan telinga. Tiada guna mempunyai gadget yang canggih jika anda tidak tahu menggunakannya.Tiada guna umur yang panjang jika anda tidak pernah beribadat. Tiada guna harta kekayaan jika anda tiada ilmu menguruskannya. Tiada guna anda menjadi manusia jika anda tidak tahu kemana akhirnya kehidupan anda.

Segalanya berbalik kepada diri sendiri.

Jumpa lagi.

2 comments: