Tuesday 17 January 2012

Gol Kemenangan

This images taken from google images
Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ramai pelajar yang berminat bermain bolasepak. Sukan ini menjadi antara sukan kegemaran nombor satu dikalangan masyarakat Malaysia hari ini. Pergilah ke cerok mana sekalipun pasti kita akan terjumpa permainan ini.

Didalam permainan bolasepak misi utama setiap pasukan adalah untuk menang didalam permainan tersebut. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah jaringan gol yang berjaya disumbat ke pihak lawan. Jadi memburu gol adalah matlamat setiap pasukan dan setiap pasukan mempunyai gol sendiri dan bersaing untuk mengawal gol masing-masing dari dicerobohi pasukan lawan. Disini jelaslah menunjukkan bahawa gol memainkan peranan yang penting didalam perlawanan ini dan jika tiada gol sama ada gol jaringan atau tiang gol maka permainan ini tidak mempunyai kesudahan.

Begitulah juga dengan setiap diri pelajar. Setiap pelajar seharusnya mempunyai gol untuk dicapai. Seperti didalam permainan bolasepak memburu gol ada satu misi penting yang perlu dilaksanakan untuk mencapai kejayaan walaupun dalam apa cara sekalipun. Gol adalah matlamat utama yang jelas. Matlamat yang jelas memberi impak yang sangat besar kepada diri sendiri.

Setiap pelajar seharusnya memahami apakah gol yang mereka cari. Kekaburan didalam menentu arah mencari dimana letaknya tiang gol adalah satu kesilapan pertama yang pelajar lakukan. Jika diri sendiri tidak tahu dimanakah letaknya tiang gol, bagaimana anda ingin menjaringkan gol dipihak lawan.

Matlamat yang jelas adalah seumpama gol didalam permainan bolasepak. Penat lelah anda berlatih semasa latihan adalah bertujuan untuk memastikan kemenangan. Begitu juga didalam pelajaran. Penat lelah anda mengulangkaji pelajaran selama berjam-jam setiap hari adalah untuk memburu kemenangan didalam peperiksaan nanti. Lulus peperiksaan dengan mendapat keputusan yang cemerlang adalah gol kemenangan anda. Bagaimana memastikan anda menjaringkan gol adalah berdasarkan kepada kemahiran, kebijaksanaan, persediaan, usaha, doa serta tawakal anda sendiri yang usahakan.

Pesanan untuk pelajar semua, mulai hari ini setkan semula dan fahami apakah matlamat yang jelas yang perlu dicapai semasa di alam persekolahan ini. Jika masih kabur fahami apakah yang perlu dilakukan semasa anda bermain bolasepak untuk bergelar juara. Jika gol yang anda buru hayatilah dan aplikasikan semangat bolasepak anda kedalam pelajaran.Jumpa lagi


p/s : Latih kemahiran anak anda dengan skill Kemahiran Asas Matematik. Maklumat lanjut sila lawati di halaman Teknik Matematik Kreatif sekarang !

1 comment:

  1. kebetulan-baru je interview nephews, depa pon suka join bola je.. :)

    ReplyDelete