This picture taken from google images |
Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ujikaji berikut jika anda analisa dengan matahati akan memberi jawapan bagaimana rahsia mudah untuk menakluk dunia.Tanpa perlu terlibat dengan peperangan atau nuclear weapon sebenarnya dengan sedikit adjustment kita mampu menakluk dunia. Lihat apa yang didedahkan seterusnya.
3 benda ini sebagai bahan ujikaji iaitu sebiji carrot atau lobak merah, sebiji telur dan sebiji biji kopi. Ketiga-tiga bahan ini akan dididihkan didalam air pada suhu 100 darjah calcius secara berasingan.
Selepas 3 minit dididihkan ia diangkat dan diletakkan didalam bekas untuk melihat perubahan yang berlaku.
1. Lobak merah.
This picture taken from google images |
Lobak merah apabila dididihkan menjadi lembut dan sedap jika dimakan oleh para vegeterian. Sifatnya yang asal dari keras telah berubah menjadi lembut apabila diletakkan didalam suhu yang tertentu.
2. Telur
This Picture taken from google images |
Telur apabila dididihkan juga akan berubah sifatnya menjadi keras.
3. Biji kopi
This Picture taken from google images |
Biji kopi juga akan berubah apabila mencapai suhu yang tertentu. Biji kopi akan mengeluarkan sejenis warna hitam dan merubah suasana disekelilingnya. Disamping itu ia juga mengeluarkan aroma yang memikat seperti
Apakah yang anda perhatikan daripada ujikaji simple ini?
Hasil pemerhatian
Jika ingin menguasai dunia (?) kita perlu melihat apa yang telah terjadi keatas ketiga-tiga bahan ujikaji diatas.
Bayangkan anda sebagai....,
Lobak merah
Pada asalnya bersifat keras namun tidak mampu menahan suhu perubahan sekeliling. Apabila mencapai suhu tertentu ia akan berubah menjadi lembut. Bersyukur kerana lobak merah berkhasiat untuk dimakan tetapi jika ia adalah diri kita, teramat kasihan kerana alam sekeliling akan meratah anda.
Telur
Telur pada asalnya amat sensitif dan agak sukar untuk diletakkan dimana-mana kerana sifatnya yang mudah pecah. Terlalu sensitif dengan benda-benda keras disebabkan itulah ramai orang berpesan jangan letakkan kesemua telur didalam satu bakul kerana jika terjatuh akan pecah kesemuanya. Telur juga mempunyai keadaan yang serupa dengan carrot tetapi ia bersifat berlawanan. Telur apabila mencapai pada suhu tertentu ia akan berubah menjadi keras.Keadaan suhu tertentu mampu merubah dalaman telur dari lembut menjadi keras.Bersyukur telur yang telah dimasak boleh dimakan atau dijadikan hadiah serta buah tangan semasa majlis perkahwinan.Amat malanglah anda jika menjadi telur tembelang :)
Biji kopi
Biji kopi apabila dididihkan didalam air, apabila mencapai pada satu takat tertentu ia akan berubah mengeluarkan cecair hitam yang beraroma yang dipanggil air kopi
Mana satukah menjadi pilihan anda? Berubah mengikut keadaan sekeliling atau mengubah keadaan sekeliling mengikut anda. Cubit peha ( agar anda sedar bukan mamai ), tepuklah dada dan tanyalah iman.
"..dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Kami sama sekali tidak akan menyeru Tuhan selain daripadanya. Jika kami lakukan demikian kami sesungguhnya mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran".
Surah Al-Kahfi ayat 14.
No comments:
Post a Comment