Assalam mulaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bagaimana teknik mudah untuk pelajar menjadi MASTER didalam matematik khususnya didalam bab sifir dan darab.
Dibawah adalah pendedahan oleh team bijakstudy@creativeClone . Baca seterusnya dibawah
3 Teknik Mudah dan Simple menjadi master didalam Subjek Matematik
1. Fahami BODMAS Laws dahulu.
Apakah BODMAS? BODMAS adalah turutan penyelesaian yang perlu diikuti untuk menyelesaikan permasalahan yang melibatkan operasi matematik. BODMAS adalah singkatan daripada perkataan berikut
B = ( ) , O = [ = ] atau kuasa dua/punca kuasa dua , D = Bahagi , M = Darab , A = Tambah , S = Tolak
Sebagai contoh, cuba anda selesaikan soalan matematik mudah berikut,
3 + 2 X 6 = ?
Manakah jawapan yang tepat? 30 atau 15?
Jika anda memilih 30 sebagai jawapan anda. TANIAH anda memang hebat kerana anda memerlukan Buku Sifir Master segera kerana jawapan anda TIDAK TEPAT. Jawapan yang tepat ialah 15.
Kenapa 15 ?
Kerana ia perlu diselesaikan mengikut turutan didalam BODMAS. Selesaikan 2 X 6 dahulu kemudian barulah ditambah hasilnya dengan angka 3 dan anda akan mendapati jawapannya adalah 15.
Bagaimana pula jika soalan seperti berikut, selesaikan 3 X ( 2 + 4 ) = ?
Kalau nak cepat boleh tekan calculator.
Adakah anda mendapat jawapan seperti ini, iaitu 10. Jika sama memang anda hebat. Taniah dan tolonglah dapatkanlah segera BUKU SIFIR MASTER kerana anda memang sangat-sangat memerlukan buku tersebut. Jawapan yang betul adalah 18.
Kenapa 18 ? Bukankah soalan pertama tadi perlu selesaikan soalan darab dahulu. Betul tetapi anda terlepas pandang tentang kurungan atau brackets. Perlu selesaikan nombor didalam kurungan dahulu kemudian barulah perlu didarab.
Calculator saya menunjukkan jawapan 10 . Bagaimana pula tu?
Kalau begitu calculator tuan calculator biasa-biasa sahaja dan tuan perlu menekan digit mengikut turutan BODMAS sendiri, tetapi jika tuan menggunakan calculator scientific, ia terus secara automatik memprogramkan BODMAS didalamnya. Tuan tidak perlu menekan mengikut turutan BODMAS lagi.
Didalam Buku Sifir Master kami ada menerangkan Bab BODMAS dengan mudah dan jelas. Dapatkan buku ini segera semoga pelajar memahami hukum BODMAS ini dengan jelas.
2.Basic Sifir
Asas sifir yang pelajar perlu kuasai secara mandatory hanyalah 8 jenis sahaja iaitu Sifir 2, sifir 3, sifir 4 , sifir 5 , sifir 6 , sifir 7, sifir 8 dan sifir 9. Jika pelajar berjaya menguasai 8 jenis sifir ini separuh jalan menuju kepada MASTER in MATH ( SIFIR ) telah berjaya anda kuasai. Hanya perlu menguasai beberapa teknik dan kaedah sahaja lagi sebelum layak digelar pakar. Semuanya ada didalam Buku Sifir Master dapatkan dan miliki segera.
Bagaimana pula dengan sifir 11, sifir 12 dan seterusnya?
Itu tidak menjadi masalah kerana didalam BUKU SIFIR MASTER kami telah mendedahkan 100% jalan mudah untuk menguasai sifir sehingga tanpa had. Nampak macam "hyper" kan. Tetapi itulah realitinya yang kami kongsikan sejak 2004 lagi.
Berbalik kepada asas sifir dimana setiap pelajar perlu menguasainya tanpa berkompromi. Jika anda tidak dapat menguasai sifir asas ini anda tidak dapat mempelajari teknik kami. Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menguasainya samada secara berlagu, secara magic, secara imaginasi atau berbagai-bagai kaedah lagi, terpulanglah kepada anda. Semua kaedah ini adalah bagus untuk anda terokai dan kuasai.
Mudah, pantas dan tepat adalah elemen yang kami pelopor didalam Teknik Sifir Master mengadunkan kaedah Matematik Kreatif yang dipelopori oleh Saudara Azizan Hj. Othman. Dalam masa 8 jam ( 8 jam adalah masa untuk pelajar yang lambat menguasai didalam pelajaran dan 3 jam adalah masa sebenar pelajar kami yang mengikuti bengkel Kemahiran Sifir ) insya Allah pelajar mampu menguasai sifir 2 sehingga sifir 9 dengan mudah dan tenang. Semuanya ini ada didalam Buku Sifir Master.
Cara mudah untuk anda menguasai sifir asas.
Anda boleh dapatkan teknik sifir asas secra percuma. Sila download disini. Teknik didalam ebook percuma ini bukanlah teknik-teknik yang terdapat didalam Buku Sifir Master sebaliknya ia adalah teknik-teknik kreatif yang boleh anda gunakan sebagai panduan mudah. Teknik Sifir Master hanya terdapat didalam Buku Sifir Master sahaja.
3. Sifir 11 sehingga 99 ?
Bagi menguasai Sifir 11 sehingga Sifir 99, itu tidak menjadi halangan kerana setiap pelajar mampu menguasainya dengan mudah jika diberikan teknik dan kaedah yang betul.
Dibawah kami kongsikan satu teknik kreatif bagaimana menyelesaikan sifir 2 digit dari sifir 11 hingga 19 didarabkan dengan nombor 11 sehingga 19 sahaja.
Sebagai contoh, selesaikan 13 X 14 = ?
Contoh terakhir, selesaikan 19 X 17 = ?
Contoh ini adalah contoh kreatif dari matematik kreatif yang kami kongsikan secara percuma. Anda akan mempelajari teknik yang lebih mudah dari ini didalam Buku Sifir Master. Jika teknik ini pun sudah mudah bayangkan pula teknik yang terdapat didalam Buku Sifir Master. Dapatkan segera untuk anak kesayangan anda. Jangan membunuh masa depan mereka disebabkan kegagalan mereka didalam subjek Matematik.
Untuk melihat dan memahami Buku Sifir Master di jemput melawat website kami disini.
Jumpa lagi.
Read more...
Tuesday, 31 January 2012
Friday, 27 January 2012
5 Tips Memory
Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
5 Tips untuk mudah mengingati. Mari kita share bersama-sama.
1. Azam
Mempunyai keazaman dan kemahuan yang kuat. Bukan sekadar hot-hot chicken shit .
2. Fokus
Belajar memberi tumpuan atau fokus terhadap sesuatu perkara yang dipelajari. Bukanya berkhayal. Salah satu punca lupa ialah kegagalan otak menerima maklumat yang sempurna disebabkan oleh khayalan.
3. Disiplin
Jadikan kegiatan ini sebagai satu rutin yang perlu diamalkan berterusan.
4. Minat
Tanamkan perasaan minat terhadap perkara yang ingin dipelajari kerana ini akan memudahkan anda menguasainya. Manusia sanggup melakukan apa saja demi memenuhi perkara-perkara yang disukainya. Minda mudah mengingati perkara-perkara yang menjadi kesukaan kita.
5. Plan
sesuatu perkara memerlukan perancangan. Membuat perancangan akan memudahkan anda berjalan. Buatlah perancangan masa dengan berkesan agar ia tidak bercampur baur dengan perkara-perkara lain didalam satu-satu masa.
Read more...
Thursday, 19 January 2012
Rahsia Strategi Meniru
Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Rahsia strategi meniru untuk semua pelajar. Memang tidak salah dan ini banyak membantu pelajar mencapai kejayaan didalam peperiksaan. Strategi meniru ini boleh anda aplikasikan dimana saja hatta didalam dewanpeperiksaan.
Untuk menguasai strategi meniru ini anda perlu memahami beberapa prinsip agar minda anda memahami apa yang perlu ditiru. Strategi meniru ini bukanlah seperti meniru semasa menghadapi ujian atau peperiksaan seperti membawa nota-nota kecil atau yang sering diistilahkan sebagai 'toyol". Meniru begitu adalah menjadi satu kesalahan.
Prinsip pertama yang pelajar perlu memahami untuk menguasai Strategi Meniru ialah
- " Apa yang orang lain boleh lakukan, saya juga boleh lakukan sebegitu rupa".
Apa yang orang lain boleh capai saya juga boleh capai. Maksudnya disini anda dan sesiapa sahaja adalah serupa dan masing-masing menpunyai peluang yang sama rata untuk mencapai kejayaan.
Untuk masing-masing mencapai kejayaan adalah bergantung kepada STRATEGI yang digunakan. Tanpa strategi anda tidak mampu mencapai kejayaan.
Ramai pelajar yang masih keliru dengan Istilah STRATEGI meskipun didalam pelajaran saban hari guru-guru juga telah menerangkannya. Mungkin anda terlepas pandang.
Bila dikaitkan dengan STRATEGI ramai pelajar yang beranggapan strategi mestilah hebat dan kreatif seperti didalam filem Mission Impossible atau filem aksi yang lain. Setiap strategi memerlukan bantuan alatan canggih seperti didalam filem James Bond. Ramai yang beranggapan begitu dan bila diaplikasikan didalam pelajaran pula alatan seperti komputer atau note book yang mempunyai berbagai jenis tool atau softwear yang canggih yang akan memberi berbagai maklumat dan peringatan seumpama pembantu yang akan mengarahkan dan menyiapkan segala keperluan atau merencanakan startegi untuk kita.Jika begitu anggapan anda, biarkan saja komputer anda menjawab peperiksaan. Dibawah adalah rahsia pelajar cemerlang sebagai renungan untuk semua pelajar.
Sedikit renungan dari pelajar cemerlang 2008 Nik Nur Madihah
Seperti yang tersiar didalam UTUSAN MALAYSIA
Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.
Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.
Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.
Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.Apakah hobi dan cita-cita saudari?
Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.Lihat setiap pelajar cemerlang mempunyai strategi masing-masing. Tanpa bantuan alatan canggih namun masih tetap menjadi seorang yang cemerlang.
Tiru startegi pelajar cemerlang ini.
1. Mempunyai matlamat dan keazaman yang kuat
"...timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A".
2. Strategi yang digunakan
"Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal".
"Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan".
3. Meniru dari mereka yang telah berjaya
"...saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat".
Aplikasikanlah Strategi Meniru untuk kejayaan anda. Lihat dan kajilah strategi pelajar cemerlang didalam kelas atau sekolah anda gunakan. Lihat bagaimana mereka belajar seperti mengambil nota. Bagaimana mereka memberi tumpuan pada pelajaran. Bagaimana mereka menjawab soalan-soalan peperiksaan. Bagaimana mereka mengurus masa. Semua ini mampu anda tiru dan tidak menjadi satu kesalahan. Duplicatelah perkara-perkara yang baik dan diredhai yang anda sendiri mampu lakukan serta memahaminya dan bukannya copy and paste bulat-bulat seumpama pak turut.
Jumpa lagi :)
Read more...
Tuesday, 17 January 2012
Gol Kemenangan
![]() |
This images taken from google images |
Ramai pelajar yang berminat bermain bolasepak. Sukan ini menjadi antara sukan kegemaran nombor satu dikalangan masyarakat Malaysia hari ini. Pergilah ke cerok mana sekalipun pasti kita akan terjumpa permainan ini.
Didalam permainan bolasepak misi utama setiap pasukan adalah untuk menang didalam permainan tersebut. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah jaringan gol yang berjaya disumbat ke pihak lawan. Jadi memburu gol adalah matlamat setiap pasukan dan setiap pasukan mempunyai gol sendiri dan bersaing untuk mengawal gol masing-masing dari dicerobohi pasukan lawan. Disini jelaslah menunjukkan bahawa gol memainkan peranan yang penting didalam perlawanan ini dan jika tiada gol sama ada gol jaringan atau tiang gol maka permainan ini tidak mempunyai kesudahan.
Begitulah juga dengan setiap diri pelajar. Setiap pelajar seharusnya mempunyai gol untuk dicapai. Seperti didalam permainan bolasepak memburu gol ada satu misi penting yang perlu dilaksanakan untuk mencapai kejayaan walaupun dalam apa cara sekalipun. Gol adalah matlamat utama yang jelas. Matlamat yang jelas memberi impak yang sangat besar kepada diri sendiri.
Setiap pelajar seharusnya memahami apakah gol yang mereka cari. Kekaburan didalam menentu arah mencari dimana letaknya tiang gol adalah satu kesilapan pertama yang pelajar lakukan. Jika diri sendiri tidak tahu dimanakah letaknya tiang gol, bagaimana anda ingin menjaringkan gol dipihak lawan.
Matlamat yang jelas adalah seumpama gol didalam permainan bolasepak. Penat lelah anda berlatih semasa latihan adalah bertujuan untuk memastikan kemenangan. Begitu juga didalam pelajaran. Penat lelah anda mengulangkaji pelajaran selama berjam-jam setiap hari adalah untuk memburu kemenangan didalam peperiksaan nanti. Lulus peperiksaan dengan mendapat keputusan yang cemerlang adalah gol kemenangan anda. Bagaimana memastikan anda menjaringkan gol adalah berdasarkan kepada kemahiran, kebijaksanaan, persediaan, usaha, doa serta tawakal anda sendiri yang usahakan.
Pesanan untuk pelajar semua, mulai hari ini setkan semula dan fahami apakah matlamat yang jelas yang perlu dicapai semasa di alam persekolahan ini. Jika masih kabur fahami apakah yang perlu dilakukan semasa anda bermain bolasepak untuk bergelar juara. Jika gol yang anda buru hayatilah dan aplikasikan semangat bolasepak anda kedalam pelajaran.Jumpa lagi
p/s : Latih kemahiran anak anda dengan skill Kemahiran Asas Matematik. Maklumat lanjut sila lawati di halaman Teknik Matematik Kreatif sekarang !
Read more...
Monday, 16 January 2012
3 Spesis Penakluk Dunia?
![]() |
This picture taken from google images |
Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ujikaji berikut jika anda analisa dengan matahati akan memberi jawapan bagaimana rahsia mudah untuk menakluk dunia.Tanpa perlu terlibat dengan peperangan atau nuclear weapon sebenarnya dengan sedikit adjustment kita mampu menakluk dunia. Lihat apa yang didedahkan seterusnya.
3 benda ini sebagai bahan ujikaji iaitu sebiji carrot atau lobak merah, sebiji telur dan sebiji biji kopi. Ketiga-tiga bahan ini akan dididihkan didalam air pada suhu 100 darjah calcius secara berasingan.
Selepas 3 minit dididihkan ia diangkat dan diletakkan didalam bekas untuk melihat perubahan yang berlaku.
1. Lobak merah.
![]() |
This picture taken from google images |
Lobak merah apabila dididihkan menjadi lembut dan sedap jika dimakan oleh para vegeterian. Sifatnya yang asal dari keras telah berubah menjadi lembut apabila diletakkan didalam suhu yang tertentu.
2. Telur
![]() |
This Picture taken from google images |
Telur apabila dididihkan juga akan berubah sifatnya menjadi keras.
3. Biji kopi
![]() |
This Picture taken from google images |
Biji kopi juga akan berubah apabila mencapai suhu yang tertentu. Biji kopi akan mengeluarkan sejenis warna hitam dan merubah suasana disekelilingnya. Disamping itu ia juga mengeluarkan aroma yang memikat seperti
Apakah yang anda perhatikan daripada ujikaji simple ini?
Hasil pemerhatian
Jika ingin menguasai dunia (?) kita perlu melihat apa yang telah terjadi keatas ketiga-tiga bahan ujikaji diatas.
Bayangkan anda sebagai....,
Lobak merah
Pada asalnya bersifat keras namun tidak mampu menahan suhu perubahan sekeliling. Apabila mencapai suhu tertentu ia akan berubah menjadi lembut. Bersyukur kerana lobak merah berkhasiat untuk dimakan tetapi jika ia adalah diri kita, teramat kasihan kerana alam sekeliling akan meratah anda.
Telur
Telur pada asalnya amat sensitif dan agak sukar untuk diletakkan dimana-mana kerana sifatnya yang mudah pecah. Terlalu sensitif dengan benda-benda keras disebabkan itulah ramai orang berpesan jangan letakkan kesemua telur didalam satu bakul kerana jika terjatuh akan pecah kesemuanya. Telur juga mempunyai keadaan yang serupa dengan carrot tetapi ia bersifat berlawanan. Telur apabila mencapai pada suhu tertentu ia akan berubah menjadi keras.Keadaan suhu tertentu mampu merubah dalaman telur dari lembut menjadi keras.Bersyukur telur yang telah dimasak boleh dimakan atau dijadikan hadiah serta buah tangan semasa majlis perkahwinan.Amat malanglah anda jika menjadi telur tembelang :)
Biji kopi
Biji kopi apabila dididihkan didalam air, apabila mencapai pada satu takat tertentu ia akan berubah mengeluarkan cecair hitam yang beraroma yang dipanggil air kopi
Mana satukah menjadi pilihan anda? Berubah mengikut keadaan sekeliling atau mengubah keadaan sekeliling mengikut anda. Cubit peha ( agar anda sedar bukan mamai ), tepuklah dada dan tanyalah iman.
"..dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Kami sama sekali tidak akan menyeru Tuhan selain daripadanya. Jika kami lakukan demikian kami sesungguhnya mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran".
Surah Al-Kahfi ayat 14.
Read more...
Thursday, 5 January 2012
Rocket The End
Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sejak dua tiga hari ni banyak betul story tentang Nur Amalina Che Bakri pelajar cemerlang ini dibincangkan.Saye tak berapa nak tahu sangat tentang hal ini dan terpaksalah meng google mencari informasi. Bukan untuk menjaga tepi kain orang apatah lagi benda-benda didalam cuma nak tahu apa sebenarnya. Ni sumbernya.
Not True! Nur Amalina Is Still Outstanding In UK -Mother
Nur Amalina Transformed Because Of Culture Shock?
Nur Amalina Che Bakri Latest News
‘Nur Amalina mangsa fitnah’
dan ini link panas yang dulu diperkatakan.
The Failure of Nur Amalina (who scored 17As)
Posted by fudzail /Friday, July 24, 2009
dan di youtube pula Nur Amalina mengupload statement beliau. click youtube
Inilah hasil pencarian saye. Ok stop pasal story Nur Amalina saye nak sambung pasal roket semalam.
Kenapa roket?
Renungan.
Read more...
Sejak dua tiga hari ni banyak betul story tentang Nur Amalina Che Bakri pelajar cemerlang ini dibincangkan.Saye tak berapa nak tahu sangat tentang hal ini dan terpaksalah meng google mencari informasi. Bukan untuk menjaga tepi kain orang apatah lagi benda-benda didalam cuma nak tahu apa sebenarnya. Ni sumbernya.
Not True! Nur Amalina Is Still Outstanding In UK -Mother
Nur Amalina Transformed Because Of Culture Shock?
Nur Amalina Che Bakri Latest News
‘Nur Amalina mangsa fitnah’
dan ini link panas yang dulu diperkatakan.
The Failure of Nur Amalina (who scored 17As)
Posted by fudzail /Friday, July 24, 2009
dan di youtube pula Nur Amalina mengupload statement beliau. click youtube
Inilah hasil pencarian saye. Ok stop pasal story Nur Amalina saye nak sambung pasal roket semalam.
Kenapa roket?
Renungan.
Ibubapa dan pelajar adalah dua entiti yang harus bergabung untuk menuju ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
Roket adalah perumpamaan
Pelajar - diumpamakan seperti roket
Ibubapa - Bahan bakar dan krew menara kawalan
Guru - Sistem dan perancang koordinasi perjalanan
Bulan - Matlamat
Ibubapa - Bahan bakar dan krew menara kawalan
Guru - Sistem dan perancang koordinasi perjalanan
Bulan - Matlamat
Panduan :
Jangan salah mengisi bahan bakar takut nanti roket terbakar atau meletop. Lebih malang jika tak dapat terbang.. Juga ( kepada menara kawalan ) jangan hanya pandai mengarah sahaja tetapi jadilah sebagai juruarah yang tahu menunjuk arah. Awasi virus,malware,trojan,spam dan sebagainya dari menyerang dan merosakkan sistem takut-takut koordinat tersasar.Jangan takut memandu kerana semua manual dah disertakan. Cuma perlu belajar dan terus belajar. Jangan biarkan terputus hubungan dengan menara kawalan akibatnya binasa. Apabila berada diatas jangan lupa tapak pelancaran dibawah dan jangan melanggar hukum meskipun diangkasa raya tiada graviti. Ketentuan illahi mampu mengatasi segalanya. Satelit juga menjunam kebumi akhirnya. Bila menjejak kaki dibulan jangan terus menjadi orang bulan. Jadilah seperti ikan meskipun berenang dilautan namun isi tetap tidak masin. Bila pulang kebumi nanti janganlah berkokok lantang tetapi biarlah seperti padi, semakin ranum semakin menunduk kebumi. Sekian :)
Petikan dari kata-kata sahabat di mukamuka.
Zaharuddin.net
Setiap anak lahir dalam keadaan suci, ibubapa akan berperanan besar untuk menjadikannya seperti Yahudi, Nasrani, Majusi atau menjadi Muslim yang sebenarnya. Ibubapa DERHAKA kepada Allah dan anak apabila mengabaikan takrif kejayaan sebenar yg boleh membantunya & anak untuk melepasi alam dunia ini. Bukan sekadar kejayaan atas kertas. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Jangan sesekali dibelikan seluar @ baju 'berlubang untuk si anak gadis', kelak nanti musibah bertambah pedih. Nabi sabda :"Jika kamu sudah tiada malu, (pasti kamu akan) lakukanlah apa shj
Sham Kamikaze
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). (Al-Ahzab:48)
Zin Ali
Cari Formula Kejayaan daripada Cari Kesalahan dari Kejayaan Orang! Jangan jadi musang yg cari alasan kerana tak dapat anggur yg ranum!
Jangan salah mengisi bahan bakar takut nanti roket terbakar atau meletop. Lebih malang jika tak dapat terbang.. Juga ( kepada menara kawalan ) jangan hanya pandai mengarah sahaja tetapi jadilah sebagai juruarah yang tahu menunjuk arah. Awasi virus,malware,trojan,spam dan sebagainya dari menyerang dan merosakkan sistem takut-takut koordinat tersasar.Jangan takut memandu kerana semua manual dah disertakan. Cuma perlu belajar dan terus belajar. Jangan biarkan terputus hubungan dengan menara kawalan akibatnya binasa. Apabila berada diatas jangan lupa tapak pelancaran dibawah dan jangan melanggar hukum meskipun diangkasa raya tiada graviti. Ketentuan illahi mampu mengatasi segalanya. Satelit juga menjunam kebumi akhirnya. Bila menjejak kaki dibulan jangan terus menjadi orang bulan. Jadilah seperti ikan meskipun berenang dilautan namun isi tetap tidak masin. Bila pulang kebumi nanti janganlah berkokok lantang tetapi biarlah seperti padi, semakin ranum semakin menunduk kebumi. Sekian :)
Petikan dari kata-kata sahabat di mukamuka.
Zaharuddin.net
Setiap anak lahir dalam keadaan suci, ibubapa akan berperanan besar untuk menjadikannya seperti Yahudi, Nasrani, Majusi atau menjadi Muslim yang sebenarnya. Ibubapa DERHAKA kepada Allah dan anak apabila mengabaikan takrif kejayaan sebenar yg boleh membantunya & anak untuk melepasi alam dunia ini. Bukan sekadar kejayaan atas kertas. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Jangan sesekali dibelikan seluar @ baju 'berlubang untuk si anak gadis', kelak nanti musibah bertambah pedih. Nabi sabda :"Jika kamu sudah tiada malu, (pasti kamu akan) lakukanlah apa shj
Sham Kamikaze
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). (Al-Ahzab:48)
Zin Ali
Cari Formula Kejayaan daripada Cari Kesalahan dari Kejayaan Orang! Jangan jadi musang yg cari alasan kerana tak dapat anggur yg ranum!
Read more...
Wednesday, 4 January 2012
Roket
Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Post 2012 sempena pembukaan persekolah sesi 2012. Selamat kembali kesekolah dengan niat mencari ilmu kerana Allah.
Renungan.
Ibubapa dan pelajar adalah dua entiti yang harus bergabung untuk menuju ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
Read more...