Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sejak dua tiga hari ni banyak betul story tentang Nur Amalina Che Bakri pelajar cemerlang ini dibincangkan.Saye tak berapa nak tahu sangat tentang hal ini dan terpaksalah meng google mencari informasi. Bukan untuk menjaga tepi kain orang apatah lagi benda-benda didalam cuma nak tahu apa sebenarnya. Ni sumbernya.
Not True! Nur Amalina Is Still Outstanding In UK -Mother
Nur Amalina Transformed Because Of Culture Shock?
Nur Amalina Che Bakri Latest News
‘Nur Amalina mangsa fitnah’
dan ini link panas yang dulu diperkatakan.
The Failure of Nur Amalina (who scored 17As)
Friday, July 24, 2009
dan di youtube pula Nur Amalina mengupload statement beliau. click youtube
Inilah hasil pencarian saye. Ok stop pasal story Nur Amalina saye nak sambung pasal roket semalam.
Kenapa roket?
Renungan.
Ibubapa dan pelajar adalah dua entiti yang harus bergabung untuk menuju ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
Ibubapa - Bahan bakar dan krew menara kawalan
Guru - Sistem dan perancang koordinasi perjalanan
Bulan - Matlamat
Jangan salah mengisi bahan bakar takut nanti roket terbakar atau meletop. Lebih malang jika tak dapat terbang.. Juga ( kepada menara kawalan ) jangan hanya pandai mengarah sahaja tetapi jadilah sebagai juruarah yang tahu menunjuk arah. Awasi virus,malware,trojan,spam dan sebagainya dari menyerang dan merosakkan sistem takut-takut koordinat tersasar.Jangan takut memandu kerana semua manual dah disertakan. Cuma perlu belajar dan terus belajar. Jangan biarkan terputus hubungan dengan menara kawalan akibatnya binasa. Apabila berada diatas jangan lupa tapak pelancaran dibawah dan jangan melanggar hukum meskipun diangkasa raya tiada graviti. Ketentuan illahi mampu mengatasi segalanya. Satelit juga menjunam kebumi akhirnya. Bila menjejak kaki dibulan jangan terus menjadi orang bulan. Jadilah seperti ikan meskipun berenang dilautan namun isi tetap tidak masin. Bila pulang kebumi nanti janganlah berkokok lantang tetapi biarlah seperti padi, semakin ranum semakin menunduk kebumi. Sekian :)
Petikan dari kata-kata sahabat di mukamuka.
Zaharuddin.net
Setiap anak lahir dalam keadaan suci, ibubapa akan berperanan besar untuk menjadikannya seperti Yahudi, Nasrani, Majusi atau menjadi Muslim yang sebenarnya. Ibubapa DERHAKA kepada Allah dan anak apabila mengabaikan takrif kejayaan sebenar yg boleh membantunya & anak untuk melepasi alam dunia ini. Bukan sekadar kejayaan atas kertas. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Jangan sesekali dibelikan seluar @ baju 'berlubang untuk si anak gadis', kelak nanti musibah bertambah pedih. Nabi sabda :"Jika kamu sudah tiada malu, (pasti kamu akan) lakukanlah apa shj
Sham Kamikaze
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). (Al-Ahzab:48)
Zin Ali
Cari Formula Kejayaan daripada Cari Kesalahan dari Kejayaan Orang! Jangan jadi musang yg cari alasan kerana tak dapat anggur yg ranum!
sekadar pandangan.
ReplyDeletediantara IQ ada EQ.diantaranya ada ESQ....
cerita amalina boleh kita lihat dari sudut softskill yg menarik untuk dibincangkan.....
yea betul...ESQ adalah pengimbangnya :)
ReplyDeletePerumpamaan yang sangat dalam. Insaf sebagai sistem dan perancang koordinasi perjalanan takut tersalah tunjuk jalan.
ReplyDeleteIsu amalina..perlu diambil iktibar.