Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Peperiksaan PMR dan habis. Syukur kepada Allah semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak didik saye juga selamat menempuh peperiksaan ini dengan jayanya. Keputusan ? nanti kite tengok sape yang kene...
Tetapi untuk pelajar tahun lepas yang nak semak permohonan kemasukkan ke uitm boleh berbuat demikian di portal ini. Hairan tetiba je ramai yang nak mohon ke diploma dan ijazah didalam seni muzik. Apasal ye?
Google punye google rupa-rupanye Datuk Siti Nurhaliza nak sambung belajar. Patut le ramai permintaan utk masuk ke course music ni. Kot-kot jadi class mate Datuk Siti. Huhu ! Bole tumpang glamour le sikit dengan orang kampung nanti yek...aku satu class dengan penyanyi tersohor malaysia Datuk Siti Nurhaliza. Kembang hidung kamu yek :P
5 Perkara harubiru jika kamu ingin jadi classmate Datuk Siti Nurhaliza
1. Register paling awal didalam course seni muzik. Tunggu punye tunggu tudung Datuk Siti pun tak nampak rupa-rupanye Datuk Siti ambil Ijazah dalam bidang muzik tapi kamu cuma ambik diploma..keh keh keh mana nak jumpa, dah tu Datuk Siti masih dalam perbincangan lagi dengan pihak Uitm kamu dah bantai register untuk sesi terdekat ni. Kan dah selisih tu.
2. Hari-hari mesti semangat untuk ke class kan. Datang ke kelas paling awal untuk chopp! tempat tepi Datuk Siti. Mesti bestkan...itu yang kamu fikirkan. Apa yang kamu tidak tahu ialah kemungkinan Datuk Siti belajar melalui online, datang ke kelas cume nak ambil test dengan exzem je...yang kamu imaginasi yang lebih-lebih tu kenape....kan ke Datuk Siti masih lagi diperingkat perbincangan mesti ada perkara-perkara yang nak ditambah atau special case yang dirancang. Tunggu le dulu kenyataan rasmi dari dia. :) jangan kalut dik.
3. Gaya penampilan mesti bertukar. Baju,seluar, kasut dan rambut. Hmmmmm dik ooo dik! PTPTN pun belum tentu dapat lagi dik...toksah dok pikior pasal penampilan....takut-takut soru pun misss dik oiii! Duduk hostel baru kamu tau langit tu tinggi ke rendah. kat rumah bole le...ada mak yang tolong masak. Kat hostel semua pakai duit dik..Yang free air paip jer dik...tu pun dah kira dalam yuran hostel tau.Jimat dik jimat kalau mak abah kamu orang kayo..OK lerrr...kalau sebaliknye KO lerrrr.
4. Sebelum bertolak ke Uitm...abah kamu tanya, kamu ambik course ape...sebab orang kampung pun nak tahu jugak. Kamu jawab dengan bangga course muzik...diploma seni muzik abah....sayeee satu kelas dengann Datukkk...rupa-rupanye abah kamu dah pitam...mujur abah kamu tak bagi flying kick. Orang tua tu ingat kamu ambik bidang akaun atau engineering. Harapannya agar kamu dapat pekerjaan yang baik nanti...sebaliknya kamu nak jadi ahlil muzik...pantang datuk nenek aku ambik course ahli muzik...sikit-sikit macam
5. Satu lagi jang...untuk course muzik ni dia ada temuduga sikit...kamu bole main alat muzik ke..setakat main tepuk-tepuk tempurung kelapa kat lutut...baik lupo yo....atau kamu bole menyanyi. kalau suara macam meriam buluh...baik lupo yo jugak...dah tu ada ujian pendengaran lagik. Telinga kamu ok ke? Dapat kamu bezakan antara pitching katak dengan kambing. kalau itu pun kamu tak dapat bezakan..baik tak yah ambik course ni...jadi peminat Datuk Siti pun dah cukup dik. :)
Jangan marah aaaa...sekadar imaginasi. Saye tetap peminat Datuk Siti....suke dengan lagu Bukan Cinta Biasa dengan Purnama Merindu ...huhuhu layan :)
semangat le belajar muzik nanti... datuk siti punya pasal.. he..he..
ReplyDeleteakak saye dah choopp! tempat sebelah dia yer...sape pun tak bole duduk..hehe
ReplyDeletehaha. kelakaq. Orang tu br dok berbincang, org len dah submit form masuk uitm dah.
ReplyDeletehe he he..:)
ReplyDelete