Monday, 10 October 2011

3 jenis brands terkenal yang perlu anda pilih

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apakah jenis barangan yang sentiasa anda pilih untuk anak-anak anda?
Jika soalan ini ditanya kepada setiap ibubapa didunia ini pasti mereka akan menjawab barangan yang terbaik. Lazimnya barangan yang terbaik adalah barangan yang sentiasa menjadi pilihan utama orang ramai. Harganya mengikut jenis barangan dan kebiasaan adalah mahal sedikit daripada barangan biasa Lebih-lebih lagi jika ianya merupakan barangan daripada luar negara.

Jenama sesuatu barangan itu menentukan nilai terhadap barangan tersebut. meskipun jenama tempatan  adalah setanding dengan kualiti jenama tersebut namun persepsi orang ramai terhadap jenama import lebih dipercayai berbanding dengan jenama tempatan. Itu adalah hasil kejayaan promosi mereka.

Persoalan disini bukan untuk membincangkan jenama barangan. Diatas itu hanyalah sekadar pembuka bicara bagaimana persepsi orang ramai terhadap jenama.Makin ia terkenal makin tinggi nilainya dan makin ramai pengikut dan semua ini bergantung kepada kejayaan pemasaran yang mereka lakukan.

Bagi manusia pula, telah ditetapkan dua jenis perkara untuk mereka. Iaitu Berjaya dan Gagal. Berjaya dan gagal adalah matlamat terakhir yang dicapai mengikut dari perspektif masing-masing. Kejayaan bagi orang-orang islam adalah kejayaan di akhirat kelak yang menentukan kebahagiaan yang tiada had tandingnya yang tidak dapat diucap oleh kata-kata.


" Aku ( Allah ) sediakan bagi hambaku yang soleh (nikmat ) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidakpernah didengar oleh telinga dan tidak pernah dirasai oleh hati manusia."
Hadis Qudsi direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

 Untukmencapai dua perkara ini, manusia ditentukan oleh 3 jenis jenama yang mereka gunakan. Hanya satu jenama sahaja yang akan membawa manusia kearah kejayaan tersebut.

Jenama Pertama

Berbahagialah jika anda memilih untuk mendapatkan serta menggunakan jenama jenis ini. Bukan mudah untuk memiliki jenama ini tetapi tidak mustahil jika ada keazaman yang jitu, matlamat yang jelas dan tindakan segera.

Rasullullah ada menyebut didalam satu hadis
" Siapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin, dia seorang yang hebat. Siapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela."
Riwayat Naim bin Abdur Rahman dan Yahya bin Jabir.

Jenama Kedua


Jenama ini ada dikalangan kita. dalam istilah yang lebih moden dikategorikan jenama yang syok sendiri. Meskipun mereka ini antara kalangan yang sentiasa mencari ilmu dan berguru dengan pakar-pakar namun semuanya sia-sia belaka kerana ilmu yang dipelajari tidak dipraktikkan malah lebih buruk lagi apabila mereka sendiri menyuarakan aku sudah tahu itu, aku sudah kenal terlebih dahulu, aku sudah pun belajar ilmu ini. Apabila ini yang anda utarakan sebelum,semasa atau selepas didalam majlis ilmu dengan niat riak, anda adalah golongan yang terpedaya. Mereka ini menyangka mereka lebih tahu dari guru atau rakan-rakan menyebabkan ego yang tinggi dan sifat bodoh sombong akan menjelma didalam diri. Islam amat menitik beratkan rasa kasih dan hormat pada guru dan keberkatan sesuatu ilmu itu terletak kepada nilai kerhormatan,keikhlasan dan kasih sayang antara murid dengan gurunya. Tidak hairanlah jika orang-orang dahulu yang  sanggup menghambakan diri kepada gurunya dalam usaha untuk menuntut ilmu keranamereka  faham akan nilai keberkatan didalamnya.

Jenama ketiga

Jika anda memilih jenama ini, ia ibarat anda belayar dilautan dan anda dengan sengaja menebuk lubang dilantai kapal tersebut. Semakin besar lubang yang anda tebuk semakin pantaslah anda tenggelam kedasar lautan.

Imam  Tirmizi dan Ibn Majah melaporkan kata nabi yang bermaksud,
"Yang pintar adalah mereka yang mengawal nafsunya dan beramal sebagai persiapan untuk mati. Yang bodoh adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya kemudian berangan-angan baik terhadap Allah." 

Ketiga-tiga jenama ini adalah untuk golongan manusia. Anda bebas memilih jenama mana yang anda inginkan. Tepuk dada tanya iman.

No comments:

Post a Comment