Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Soalan : Kenapa perlu teknik matematik kreatif?
Teknik Matematik Kreatif menekankan kepada 3 prinsip berikut
1. Mudah
2. Pantas
3. Tepat
3 Prinsip ini akan memberi satu impak yang besar kepada pelajar iaitu KESERONOKKAN. Keseronokkan belajar akan mengubah segala persepsi negatif terhadap sesuatu mata pelajaran yang selama ini mereka TAKUT, TIDAK MINAT, BOSAN, BENCI DAN SEBAGAINYA. Impak dari keseronokkan akan melahirkan minat didalam diri mereka. Ketahuilah oleh kerana minatlah manusia sanggup melakukan apa saja demi memenuhi tuntutan minat tersebut. Jika bukan kerana minat tidak akan seseorang itu sanggup meredah hutan rimba, mendaki gunung-ganang,berhujan, berpanas atau berembun, semata-mata kerana minat untuk mengalami pengalaman adventure dan melihat keindahan alam semulajadi. Jika ini diacukan kepada mereka yang bukan meminatinya, adakah mereka sanggup melaksanakan aktiviti ini? Tunggulah seribu satu alasan yang akan dihembur yang mungkin akan menghangatkan gegendang telinga anda
Soalan lagi : Anak saya sudah menguasai Sifir. Apa relevannya dia mempelajari teknik kreatif ini lagi?
Syukur kami panjatkan kerana anak anda telah menguasai sifir. Jika sebaliknya anda perlu lakukan sesuatu kerana asas pengetahuan sifir akan memberi kesan jangka panjang terhadap subjek matematik mereka. Bayangkan jika diperingkat menengah masih lagi terkial-kial mendarab,terkial-kial menghafal sifir. Bagaimana agaknya nanti mereka akan mempelajari matematik algebra dan matematik diskrit di mana ianya semakin sukar sedikit. Tidakkah itu satu bebanan yang akan menzahirkan perasaan FOBIA terhadap matematik yang implikasinya akan dapat dilihat pada slip keputusan peperiksaan nanti.
Perlu atau tidak perlu mempelajari teknik matematik kreatif adalah bergantung kepada penerimaan dan pemahaman pada setiap diri individu tentang peri pentingnya penguasaan teknik ini. Seperti yang ditulis oleh Adam Khoo didalam bukunya Master Your Mind Design Your Destiny, perbezaan antara pelajar cemerlang dengan pelajar biasa ialah terletak kepada strategi atau teknik efektif yang mereka gunakan didalam pembelajaran.
Teknik-teknik kreatif seperti kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengulangkaji, kemahiran memori termasuklah kemahiran teknik matematik kreatif adalah merupakan senjata rahsia yang mereka gunakan. Teknik yang efektif seperti ini ternyata banyak membantu dan melonjakkan mereka kehadapan berbanding dengan rakan-rakan yang hanya sekadar mengikut apa yang diajar disekolah sahaja. Bayangkan kereta yang sama berlumba. Manakah yang akan pantas menyaingi lawan jika salah satunya menggunakan kuasa turbo.
Lihat contoh bisu berikut,
ps : Dapatkan naskah anda disini
wow...baru ku tahu ada teknik sebegini...
ReplyDeletejimat 2 step tu...
ReplyDeletejimat membawa berkat :) kan kan kan
ReplyDelete