Thursday, 17 March 2011

Sifir tsunami

Assalammualaikum wbt

Mari kita kongsikan satu teknik kreatif dalam mencari kaedah mudah menyelesaikan soalan untuk kuasa dua.




Lihat pic diatas. Untuk menyelesaikan soalan 25 kuasa dua ialah,

Langkah 1
Ambil angka 2 dan darabkan dengan angka 3.Hasilnya adalah jawapan pertama anda. 2 X 3 = 6. Untuk mendapatkan angka 3 anda perlu melakukan operasi campur iaitu 2 + 1= 3.

Langkah 2
Darabkan 5X5=25 Ini adalah jawapan kedua anda.

Langkah 3
Untuk mendapatkan jawapan anda hanya perlukan gabung jawapan pertama dan kedua.

Lihat contoh kedua. 45 kuasa dua.

Langkah 1
Darabkan 4 X 5 = 20. Ini adalah jawapan pertama anda.
Angka 4 adalah dari angka pertama pada soalan dan angka 5 adalah hasil operasi campur 4 + 1 = 5.

Langkah 2
Darabkan 5 X 5 = 25. Ini adalah jawapan kedua anda.

Langkah 3
Gabungkan jawapan pada langkah 1 dan 2.

Contoh ketiga....hishhh! Anda semua bijak kan apakata anda cuba try test sendiri...kalau tak faham juga email saye ye.

Jumpe lagi ['',]

2 comments:

  1. kalau anak tak pandai sifir... rasa mcm nak tsunami je..he..hee

    ReplyDelete
  2. itu yg buat mama dpt highblood tu..hu hu hu..tapi lagi haru kalau tak bole bace al-quran..mau cecah 9.9 skala ricter kan

    ReplyDelete