Friday, 11 March 2011

Sifir telor

Assalammualaikum wbt

Satu hari sewaktu sedang berehat bersama anak-anak masa berkualiti kami , saye teruja ingin tahu apakah permainan yang sedang dimainkan oleh anak kedua saye yang berumur 5 tahun.

" Telor oh telor bila engkau hendak menetas?", begitulah antara bait-bait yang diucapkan.

Kerana ingin tahu saye pun bertanya," apa permainan yang adik main tu?"

" Adik main telur bila nak menetas , mama," jawab anak kedua saye.

"Sape ajar ni?"

" Kakak Yan dan kawan-kawan dia la."

"Mama nak main sekali boleh?" saye menyoal.

" Boleh...boleh marilah," dengan wajah ceria dia menyuruh saye duduk bertentangan dengannya.

" Nak main dia macam ni. Mama letak tangan mama disini, adik pulak letak tangan disini. Lepas tu kita kiralah. Telur oh telur bila engkau hendak menetas," kebetulan terkena tangan saye.

" Haa! Mama bila nak menetas?"

" Ehh! Mana mama tau,"

" Bukan macam tu lah, mama kena sebut hari apa?."

" Ohhh ! Macam tu, mama pilih hari rabu."

" Mama eja la hari rabu."

" R a ..ra...b u..bu...rabu..haaa! Kena tangan adik. Adik tutup", dia mengajar dan menunjuk pada saye.

" Telur oh telur bila engkau hendak menetas?"kebetulan kena ditangannya.

" Ok adik pilih hari saturday ".

" Ehh! Hari saturday pun bole ke".

" Bole la mama, akak Yan kata tak kisah,boleh pilih hari apa tapi mama jangan pilih hari kiamat sudah la." katanya sambil ketawa .

" Ok mama eja hari saturday, S..a...t...u..r..d..a..y,..yeayy adik dah habis. Tengok tu adik punye semua dah menetas, mama punya ada dua lagi belum menetas, telur busuk la tu mama tak menetas. Adik menang yeye yeye."

" Hishhh! Ada ke telur busuk".

Entah la rasanya saye tak pernah jumpa mainan macam ni mase kecik-kecik dulu. Anda pernah ke main macam ni :) Hmmmmmm...

4 comments:

  1. ala...itu depa olah dari mainan jari tu. mcm lagu depa buat. budak2 la ni kreatif. telur busuk tak leh goreng le..

    ReplyDelete
  2. Enjit2 semut pernah lah main..

    ReplyDelete
  3. aaaa..tah2 bebudak sekarang dah tak kenal main ni lagi gamaknye..

    ReplyDelete