Assalam mualaikum wbt
Pagi isnin yang sungguh tenang dan ceria. Syukur bermula sesi persekolahan semula selepas seminggu cuti persekolahan. Diharap selepas seminggu menikmati rehat semua warga sekolah tampil dengan lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menuju hari-hari yang mendatang agar matlamat utama dapat dicapai.
Takziah juga untuk semua rakyat Jepun yang sedang gigih berjuang menempuh dugaan dan ujian dalam tragedi gempa bumi dan tsunami yang lalu.
Mmmm meh kita kongsi satu teknik kreatif sifir darab pantas.
Maaf yek tak der pic sebab tak sempat nak draw. Apa pun tak kisah, saye cuba sedaya memudahkan penerangan.
Contoh jika anda mendapat soalan sebegini 22 X 28 = ?
Satu kaedah mudah dan kreatif anda boleh gunakan teknik ini.
22 X 28 = ?
Dua syarat yang perlu anda patuhi jika ingin menggunakan teknik ini iaitu,
Syarat #1 : Nombor pertama pada 2 digit mestilah sama. Lihat contoh soalan 22 X 28 = ? Lihat angka 2 dari 22 dan 2 dari 28 . Kedua-duanya sama.
Syarat #2 : Nombor kedua pada kedua-dua digit soalan mestilah jawapanya 10 apabila di campur kedua-duanya. Lihat contoh soalan 22 X 28 =? Angka 2 dari 22 dan angka 8 dari 28 apabila dicampur ( 2 + 8 = 10 ) hasilnya adalah 10.
Jika anda tidak mematuhi 2 syarat ini teknik ini tidak menjadi.
Langkah Penyelesaian.
#1. Lihat angka yang sama pada kedua-dua nombor iaitu 2 dari 22 dan 2 dari 28. Angka 2 adalah nombor yang sama dan angka 2 ini yang akan anda gunakan untuk mendapat jawapan pertama. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mencampur angka 2 ini dengan angka 1 ( 2 + 1 = 3 ).
Seterusnya anda perlu mendarab angka 2 dengan anka 3 ini.
2 X 3 = 6
6 adalah jawapan pertama anda.
#2. Seterusnya untuk mendapat jawapan kedua anda hanya perlu mendarab angka 2 dari 22 dan angka 8 dari 28. Ini menjadikan
2 X 8 = 16
16 ini merupakan jawapan kedua anda.
#3. Untuk mendapatkan jawapan sebenar anda hanya perlu gabungkan jawapan pertama dan kedua menjadi 616
Oleh sebab itu 22 X 28 = 616
Contoh kedua
74 X 76 = ?
Penyelesaian :
#1. 7 + 1 = 8
7 X 8 = 56
#2. 4 X 6 = 24
#3. 74 X 76 = 5624
Baiklah...mudah jer ni. Anda hanya perlu memahami 2 syarat diatas kemudian barulah anda faham bagaimana penyelesaiannya. Cuba, cuba dan cuba lagi.
Jumpe lagi ['',]
Monday, 21 March 2011
Darab selepas cuti sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nak kena study betul2 ni bagi paham. kena print dulu ni.
ReplyDelete