Monday, 28 March 2011

Sifir smart

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh
Semua sudah maklum bahawa keputusan SPM 2010 telah selamat di umumkan dan ia dikatakan yang terbaik dalam tempoh 4 tahun. Rujuk disini untuk membaca kenyataan Pengarah Pelajaran Negeri.
Taniah diucapkan kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang. [Jangan lupa jasa ibubapa yang banyak berkorban kepada anda !]

Seperti biasa, selepas mendapat result kemanakah halatuju yang hendak dibawa?

Detik ini jika anda sebagai pelajar masih buntu hendak menyambung atau melanjutkan pelajaran ke universiti mana, apa kata rujuk ke sini untuk mengetahui mengenai universiti awam dan swasta yang ada didalam Malaysia.Anda boleh search informasi dilink ini.
Itu infromasi tempat pengajian didalam Malaysia. Kalau anda yang cemerlang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara macam di universiti ni virginia commonwealth university boleh juga search di search engine google ni untuk mendapatkan beribu-ribu maklumat. Jika masih sukar apakata dapatkanlah khidmat nasihat dari unit bimbingan diuniversiti-iniversiti yang berkaitan. Anda juga boleh hadir ke pameran atau ekspo pendidikan yang diadakan dan lagi mudah kerana disetiap pameran atau ekspo pendidikan menyediakan pegawai yang berkaitan untuk menjawab dan menerangkan kebaikan dan kelebihan setiap kursus yang ditawarkan oleh mereka dan kursus-kursus yang sesuai berpandukan keputusan peperiksaan yang anda miliki.

Setelah mendapat beberapa tempat pengajian yang anda fikirkan sesuai dengan keputusan maka berbincanglah dengan keluarga dan dapatkan nasihat dari mereka. Janganlah malu untuk bertanya dan meminta pendapat dari sanak saudara dan yang lebih baik lagi dari mereka yang sedang atau telah melanjutkan pelajaran di universiti atau kolej.

Kadangkala pengalaman sesorang boleh dijadikan panduan berguna untuk kita kerana kehidupan di kampus merupakan satu perkara baru bagi anda yang baru hendak melangkah masuk ke alam dewasa yang mencabar ini.

Tapi usah risau kerana setiap kesusahan akan menjadi satu kenangan terindah untuk anda kenangkan kelak. Jadi isi dan hayati kenangan hari ini agar ia menjadi sesuatu yang indah smart untuk dikenangkan nanti. Seperti anda mengenangkan 10 tahun berada di sekolah rendah dan menengah. Apa yang paling indah untuk anda kenangkan? ( mendapat libasan zapsssss dari makcik ni :P )

2 comments:

  1. ramai juga yg terkorban kerana tak lulus spm. sekrang ada lagi ke hani?

    ReplyDelete
  2. mmmmm harap2 bkn anak didik saye akak... he he he

    ReplyDelete