Thursday, 24 March 2011

Darab meraikan kejayaan

Hello Assalamualaikum kak Jun. Apa habaq. Ye kaa..buat apa...ohh ye keee. Saja la tepon kak nak tanya Usup dapat apa. Yee ke..hi hi hi..haa haa haa..Oklah kak nanti saya singgah rumah. Ok asalammualaikum..bye.

Tik tot tit tot...bunyi keypad handphone ditekan.
Hello..along...tak sat mama call Mama Usup..mama dia cakap..Usup semua ada..ha ha ha...B,C,D,E semua komplete...ha haha..Oklah ye...jalan bebaik . Ok bye.

Tik tot tit tot...bunyi keypad handphone ditekan lagi.
Hello...assalammualaikum bang...abang dah makan belum?...sat gi Yah balik la...ni kat butik Aini ni..nak ambik baju...ni nak habaq ni...tadi Yah call Kak Jun..dia kata..ha ha ha...si Usup tu semuanya ada..komplete..B ada, C ada, D ada, E pun ada...ha ha ha hi hiii...hi hi hi..along cuma dapat satu B je..tu pun B+ ...dalam biology...fizik yang dia dok seriau tu..dia bole skore A..haaa...yang lain semua A...Cikgu Nan kata tadi result dia memang baik...haa haa laaaa...tak pa la bang nanti abang balik rumah..tengok la sendiri result along ni..hihihi...ye ok bye.

Ni sceen yang saye lihat dan dengar semalam. Kisah benar...tak kala melencong jap ke butik seorang sahabat selepas selesai sesi persekolahan.

Sebagai ibu mesti gembira setelah mendapat tahu keputusan peperiksaan anaknya yang cemerlang. Jika boleh perkhabaran ini nak di war-warkan ke seantero dunia. Itulah perasaan yang tidak dapat digambarkan untuk sebuah kejayaan yang diraih oleh seorang anak.

Mungkin sebelum ini penat lelah memantau perkembangan anak-anak terasa amat sukar sekali tetapi setelah mengetahui hasil kejayaan cemerlang anaknya, semua itu berlalu pergi seumpama deruan angin dan yang tinggal hanyalah satu kepuasan.

Yea! Satu kepuasan. Pernahkah anda mengalami situasi begini?

Meraikan satu kejayaan tidak kira apa saja...terasa sungguh hebat. Tak tergambar bagaimana momen ini untuk digambarkan..Jika boleh biarlah detik ini jangan berlalu.

" Momen kejayaan satu persatu jika boleh ingin ku hirup biar energinya mengalir bersama nadiku.Biar panas membara ".

Ape kejayaan aku yee? Mmmm memiliki Honda City dua tahun lepas..hmmm bukan..bukan.. tu tak berapa best lagi untuk diraikan sebab ade lagi keta yang aku tengah mengidam nii..hmmmm semi D bungalow unit...ohhh itu biasa je...mmmmm PTK yang saban tahun kena repeat...ishhh tu tak sempat dah nak diraikan..hmmmm oh ye momen indah ku tak kala mendengar tangisan pertama putera-puteriku..Ohhh hu hu...ya itu yang tak dapat ku lupakan dan terasa kejayaan saat itu tidak tergambar dan amat-amat bersyukur kepada tuhan...termasuklah semua ibu-ibu dimana sahaja...sifir dan darab 9 bulan kite kendong mereka...jerih perih,penat lelah...semua berlalu selepas tuhan mengizinkan mereka hadir kedunia maya ini.

Macam akak tadi...begitu gembira meraikan kejayaan anaknya. Penat lelah sifir dan darab 9 bulan dahulu yang merupakan detik keramat antara hidup dan mati, mengandungkan mereka terasa amat berbaloi dan mungkin dia merasakan dialah ibu yang bertuah dimuka bumi ini.

Tapi disebalik meraikan kejayaan bagaimana pulak dengan mereka yang sebaliknya.????

Jeng jeng jeng.

No comments:

Post a Comment