Tuesday, 22 March 2011

Keputusan spm 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Insyaallah esok keputusan peperiksaan SPM akan keluar. Pelajar tahun lepas ( SPM 2010 ) selamat bertemu kembali dan doa dari saye supaya anda semua berjaya didunia dan akhirat. Selepas ini anda akan menempuh dunia baru yang memerlukan anda lebih kuat berusaha dan tabah menghadapi cabaran. Apa pun keputusan esok akan menentukan halatuju anda. JIka ditakdirkan menghadapi kegagalan, usah bersedih anggap ia sebagai satu cabaran dan anda perlu bangkit segera menebus kekalahan ini. Zaman ini bukan zaman berendam air mata. Zaman ini zaman pantas merebut peluang yang ada didepan mata. Jika anda gagal disini, cari peluang yang ada dan pilih sesuatu yang mampu anda genggam sebagai batu loncatan untuk membina kejayaan dimasa hadapan.

Apa yang anda inginkan dimasa hadapan?
Malam ini renungkan dan lihat orang disekeliling. Lihat mereka dari renungan mata anda. Bagaimana kehidupan mereka. Apa kejayaan mereka Bagaimana sikap mereka. Apa masalah mereka. Apa kehebatan mereka dan akhir sekali tanya adakah anda mahu seperti mereka atau anda impikan yang lebih hebat dari mereka?

Ingat 20 tahun dari sekarang anda akan merindui hiruk pikuk suara dan nada ketawa, deringan loceng sekolah, jeritan makcik brutal ni ( ahaks!), libasan rotan cikgu besor, lagu sekolah dan segalanya disini.Semua itu tidak akan dapat anda ulangi lagi. Segalanya adalah memory indah anda dan jika esok ditakdirkan kejayaan cemerlang untuk anda, ia akan menjadi lebih indah lagi untuk anda kenang kelak.

Kami sebagai guru hanya mampu mendoakan dari jauh dan tiada pun seorang guru mendoakan sebaliknya untuk anak didik mereka. Tanyalah guru mana sekalipu guru malaysia  tidak pernah sedetik didalam hati ini menyimpan dendam yang ada hanyalah doa untuk kejayaan anda. Percayalah kepuasan kami hanyalah apabila melihat anda semua berjaya.

Selamat berjaya !

2 comments: