Thursday, 3 March 2011
Sifir pendengaran
Assalamualaikum wbt
Hari ni meh kita bincang sikit tentang hal-hal yang berkaitan dengan telinga, bukan nak mengajar tentang telinga cuma nak kongsi sedikit informasi mengenai kelebihan yang Allah kurniakan melalui nikmat adanya telinga.
Lazim semua sudah faham dan arif apa fungsi telinga yang utamanya tentulah untuk mendengar.Dengar dan mendengar adalah dua perkara yang berbeza walupun kedua nya saling berkait. Dengar adalah merupakan satu proses fisiologi manakala mendengar pula adalah satu proses psikologi.
Proses fisiologi ini adalah satu proses yang bermula dari penerimaan gelombang sehinggalah diproses dan dihantar keotak untuk dikenalpasti.
Bagi proses psikologi pula mendengar bermula dengan kesedaran dan perhatian seseorang terhadap pola bunyi atau pertuturan dan kemudian melalui pengenalpastian isyarat dan berakhir dengan pemahaman.
Pendengaran adalah satu kemahiran dan sebagai satu kemahiran ia boleh diperbaiki melalui latihan. Satu mitos yang dipegang oleh kebanyakkan anak didik saye ialah mereka mempunyai telinga yang normal jadi mereka dapat dengar dengan jelas jadi mereka beranggapan mereka boleh mendengar, namun hakikatnya meskipun kita mempunyai telinga tidak semestinya kita mampu mendengar apa yang diucapkan.
" Kamu ni saye cakap jangan buat bising, kenapa bising juga tak dengar cakap betul la kamu ni ". Contoh mudah mereka dengar tetapi didalam ertikata yang sebenar mereka tidak mendengar apa yang diarahkan. :)
Fakta menyatakan bahawa,
1. Kita mendengar sebentar-sebentar.Penumpuan anda akan terganggu selama 30 saat semasa anda sedang memberi tumpuan.Ia akan berulang-ulang dan proses ini tidak disedari oleh kita.
2. Kita dengar apa yang kita harap untuk mendengar dan kita juga mampu berhenti dengar apa yang kita tidak mahu dengar. Prasangka,pengalaman lepas, harapan dan kepercayaan akan menentukan apa yang kita dengar.
3. Kita tidak mendengar dengan sepenuhnya apabila kita membuat perkara yang lain.
4. Anda akan menjadi pendengar yang baik dan mampu mendengar dengan lebih banyak maklumat lagi jika anda sendiri terlibat didalam aktiviti tersebut.
Sumber : Saya lulus periksa / Prof Dr. Chuah Chong Cheng/Times Editions PTE LTD/Ulang cetak 1997/ms17
Salah satu punca pelajar tidak mampu mendengar semasa didalam kelas pembelajaran adalah disebabkan oleh suatu sindrom yang dipanggil keletihan pendengaran.
Sindrom keletihan pendengaran ini boleh terjadi atau terjadi disebabkan oleh
1. Bosan terhadap percakapan seseorang ( lebih-lebih lagi tuan empunya percakapan ).
2. Langsung tidak berminat mendengar apa yang diperkatakan.
3. Nada suara yang lemah dan terganggu oleh persekitaran.
4. Berkhayal atau berfantasi.
5. Mengantuk,lapar,letih dan sebagainya.
Jadi dalam masa kritikal antara 30 hingga 60 minit jika sindrom keletihan pendengaran ini terjadi dikalangan anak didik, apakah tindakan guru? Mmmmmmm nanti kita bincang yek !
Jumpe lagi ['',]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau dah ngantuk..tepuk meja pun tak jadi apa dah.. he..he..
ReplyDeleteaaa..letak bom pun dah tak dengar kan :)
ReplyDelete