Assalamualaikum wbt
Ramai dikalangan kita sering mempunyai persepsi yang negatif terhadap pelajar yang dikategorikan kurang pintar. labih-lebih lagi mereka yang mempunyai atau terlibat dengan masalah disiplin. Selalunya mereka akan diletakkan dikelas terakhir atau didalam kelas dibarisan belakang sekali.
Ramai juga dikalangan kita yang beranggapan bahawa pelajar pintar selalunya tidak mempunyai masalah dan tidak membawa masalah. Sebenarnya persepsi ini tidak berapa tepat kerana mungkin mereka tidak mempunyai masalah dari segi moral atau disiplin yang boleh kita catatkan markah didalam buku atau kad laporan tetapi masalah mengenai kehidupan seharian tidak dapat dielak selagi bernama manusia.
Seperti entry yang lalu yang saye paparkan mengenai nasib seorang anak didik saye yang terpaksa dimasukkan ke pusat rawatan ( sila klik disini untuk membaca semula). Pelajar ini merupakan salah seorang pelajar pintar didalam kelas. Selama ini para guru tidak menghadapi masalah mengajarnya malah langsung tidak tahu apa yang dia tanggung selama ini.Ramai guru menaruh harapan akan kejayaan yang bakal dia miliki berpandukan prestasi yang ditunjukkan didalam kelas. Namun begitu hakikatnya segala-galanya telah tertulis oleh Yang Maha Kuasa.
Seperti peristiwa tergempar yang berlaku disebuah sekolah dimana seorang pelajar telah mati akibat dari tindakan terjun dari tingkat sekolahnya. ( Rujuk keratan artikel disini ).Amat mengharukan,kenapa dan apa sebabnya? Kita boleh andaikan dan kaitkan dengan bermacam-macam perkara punca penyebabnya, namun jika kita faham dan sedar akan perubahan dan isyarat-isyarat awal mungkin perkara ini dapat dielakkan.
Satu informasi yang saye nak kongsikan dengan pembaca mengenai tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh pelajar yang mempunyai masalah yang berkemungkinan jika tidak diambil tindakan segera mempunyai kecenderungan sehingga ketahap membunuh diri.
kajian oleh Nelson and galas (1994) Antaranya ialah
1. Mengancam untuk membunuh diri iaitu sama ada secara langsung atau tidak langsung memberitahu orang bahawa mereka merancang untuk membunuh diri, seperti kata-kata yang kita anggap mainan seperti "saya telah membuat keputusan untuk membunuh diri". "Saya harap saya mati"."Saya tidak boleh berterusan lagi."Saya ingin keluar dari semua ini'. "Saya tidaklarat untuk hidup lagi".
2. Perubahan mengejut dalam tingkah laku. Pencapaian mula merosot,ponteng sekolah, berhenti menjaga penampilan diri mereka, hilang minat dalam perkara yang sebelum ini mereka suka lakukan, tidur yang lebih daripada biasa, berada diluar rumah tanpa sebarang sebab yang munasabah atau mengalami perubahan dalam berat badan.
3. Mengelakkan kawan-kawan. Remaja mungkin lebih suka duduk didalam bilik dan tidak bersosial dengan orang lain.
4. Mula memberikan barang-barang peribadii milik mereka kepada orang kerana merasakan mereka tidak memerlukan barangan itu lagi.
5. Menunjukkan hasrat atau keinginan untuk membuat sesuatu seperti menjawab surat yang lama tidak berbalas atau memulangkan kembali sesuatu yang telah dipinjamkan.
6. Menunjukkan estim kendiri yang rendah iaitu merasakan dirinya tidak dapat laksanakan sesuatu perkara seperti berkata,"saya tidak boleh buat apa-apa dengan betul".''Saya bodoh".
7. Melihat diri mereka tidak bernilai dan tidak disayangi atau akan berhenti dari melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan. Tingkah laku ini berkait dengan kekurangan semangat dan minat, kekurangan tenaga dan kurang motivasi.
8. Cepat meragam iaitu menunjukkan sikap aggresif, memberontak atau melawan cakap dan mempamerkan sikap derhaka atau menentang ibubapa, kawan-kawan dan guru-guru.
9. Menunjukkan tingkah laku destruktif-diri iaitu berkelakukan seperti ingin mencederakan diri dengan sengaja seperti memandu kereta ataumotosikal dengan laju, merokok danmeminum arak yang berlebihan,mengalami anorexia nervosa atau bulimia.
(sumber dari Diges Pendidik USM/Jilid 8 bil. 1/2008/ms10)
Setiap kesulitan ada jalan penyelesaiannya dan bagi masalah ini ada punca yang boleh kita rungkaikan. Salah satu dari langkah-langkah utama yang perlu kita tidak terlepas pandang ialah ibubapa memanfaatkan masa berkualiti bersama anak-anak. Meluangkan masa berkualiti bersama secara tidak langsung akan meningkatkan lagi komunikasi berkesan bersama dan dengan ini dapat memantau keinginan,keperluan dan masalah yang mereka hadapi.
Bagaimana anda menfaatkan masa berkualiti anda bersama anak-anak? Apa salahnya jika cuba memenuhi masa yang amat berguna ini dengan teknik sifir master.Selain dapat menajamkan minda dan merapatkan hubungan, yang lebih hebat kewangan anda juga selesa kerana tidak perlu bersusah payah mengeluarkan kos ditengah-tengah kenaikan harga barang sekarang.
Jumpe lagi ['',]
Thursday, 24 February 2011
Sifir bunuh diri..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment