Wednesday 30 March 2011

Jangan jadi fool april ni

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Masa saye on the way nak kebilik guru semalam, lalu dikaki lima satu kelas tu, terdengar le satu suara sumbang, entah anak didik mana tah, yang beria-ia menyebut 1 April..1 April.Saye soal dalam hati ehhh! Ada ape 1 April ni yea? Selain dari baca yassin pada pagi tu rasenye tak ada apa-apa aktiviti. Fikir punya fikir baru le faham rupe-rupenye diorang sibuk nak ber aprilfool April Fools Day Pranks. Ciss! Budaya Yahudi korang nak sambut ye.

Tunggu korang. Akan aku report dekat Ustaz Azman biar dia tarbiah korang semua esok..Budaya yang macam tu korang beria-ria nak sambut ye...aku fool kepala sorang-sorang baru tau. Itulah yang saye risau, budaya yang ntah ape-ape sering saje menjadi ikutan.

Teringat juga kelmarin semasa Q dilampu isyarat, saya toleh kekiri kelihatan sebuah van membawa pelajar sekolah.Didalamnya semua pelajar berbangsa Cina.Yerr! Sebelum persimpangan lampu isyarat ini ada sebuah sekolah SRJK Cina. Apa yang menarik perhatian saye ialah, seorang pelajar duduk dibelakang driver van tersebut takkala kawan-kawannya yang lain sedang berborak dia dengan perlahan-lahan tekun membuat latihan.Tak jelas pulak latihan subjek mathematic atau matematik ape. Yang pasti dia begitu sibuk membuat latihan meskipun keadaan tidak selesa.


 Aduhaiii...kalau ler anak bangsa ku begini.....

1 comment:

  1. yg budaya barat tu suka je nak sambut.. tu yg rasa nak warning je.

    ReplyDelete