Wednesday, 9 February 2011

Teknik Kreatif sifir dan bahagi

Assalamualaikum wbt

Sedikit informasi yang boleh kita kongsikan. Mengikut kajian lelaki apabila mendekati umur emas atau dalam bahasa yang halus semakin berumur mereka akan mengalami gejala gangguan yang berkaitan dengan pemikiran dan perasaan. Jadi mereka akan lebih cepat menjadi sensitif dan lekas marah. Jadi kalau abang-abang kat rumah tu yang telah atau hampir-hampir menjejaki ke angka pencen atau selepasnya, hati-hati jangan buat mereka mudah tersinggung kalau tak moh kena smackdown :).

Bagi kaum hawa pula, apabila mencecah,mencapai atau melewati lingkaran umur emas, gejala yang bakal anda hadapi ialah masalah yang berkaitan dengan ingatan dan penentuan kedudukan. Jadi kalau jumpe makcik-makcik warga emas yang blurrr kat tepi jalan tu...berhentilah kejap tanye die nak kemana....takut-takut dia tersesat cari jalan pulang tak jumpe. Kesian kan..jadi tolong dan bantulah dia.

Tapi kalau pelajar pompuan yang tak ingat sifir, tak ingat bawa buku latihan ke sekolah, tak ingat nak buat latihan..tu bukan disebabkan oleh masalah pada bahagian ingatan dan penentuan kedudukan ( hippocampus and parietal areas )..ni memang sengaja cari masalah..bikin panas....mehhh sini kamuuuu!!!!!!!

Jom tengok Teknik Matematik Kreatif untuk Operasi bahagi dengan angka 4.

Lihat pic dibawah. Jika semalam kite kongsikan teknik matematik kreatif untuk sifir 4 dan yang ini pulak kita kongsikan bagaimana operasi bahagi itu boleh diselesaikan dengan mudah dan kreatif. 


Langkah #1
Tengok nombor yang hendak anda bahagi. Bahagikan dengan 1/2 nombor tersebut. Tengok pic.

Langkah #2
hasil pada langkah pertama tadi anda bahagikan dengan 1/2 sekali lagi. Rujuk pic.
Selesai.

Cuba dan cuba lagi untuk mendapat hasil yang maksima.

Hani : Ebook Sifir Master Edisi Ibubapa Sebagai Mentor cuba membantu anda agar tidak mempersia-siakan masa berkualiti anda bersama anak-anak berlalu begitu sahaja.

Gunakanlah ilmu yang kami kongsikan ini untuk faedah bersama. Kasih sayang dan ilmu pengetahuan bukanlah dapat diukur dengan nilai wang ringgit.

Belajar, bermain dan berhibur dengan penuh kasih sayang sesama ahli keluarga menggunakan teknik kreatif Sifir Master mungkin menyelamatkan anda dari ditinggalkan keseorangan dihari tua kelak.

Isi masa berkualiti anda dengan belajar,bermain dan berhibur dengan teknik kreatif Sifir Master.
Jumpe lagi ['',]

2 comments: