Assalammualaikum wbt
Sedikit informasi mengenai kepantasan. Bercakap mengenai kepantasan selalunya berkaitan dengan laju/kelajuan. terpulang apa yang kita inginkan samada menuju ke sesuatu tempat, melakukan sesuatu kerja, menunggu seseorang atau sesuatu dan sebagainya.
Kepantasan selalunya dikaitkan dengan masa.Lebih cepat kita kita melakukan kerja lebih cepat kita menikmati hasilnya. Terpulang kepada apa yang kita setkan matlamatnya.
Saye ingin berkongsi sesuatu dengan anda mengenai kepantasan.Benarlah manusia sentiasa didalam kerugian jika mengabaikan aspek masa. Segala-galanya akan rugi Percayalah. Jika rezeki didepan mata pun anda tidak mampu merebutkannya apatah lagi yang dibelakang atau yang tersorok secara maya.
Dalam satu seminar pembangunan diri, seorang penceramah telah menyatakan kepada hadiri bahawa kepantasan pasti akan merubah kehidupan kamu. Katanya lagi sambil menerangkan, kepantasan kamu berfikir, kepantasan kamu membuat keputusan dan kepantasan kamu bertindak akan menghasilkan kepantasan kamu mendapat keputusan. cepat kamu bertindak cepatlah kamu mendapat keputusan.Jelasnya ringkas.
Suasana didalam bilik seminar itu sunyi. Masing-masing memikirkan apakah maksud penceramah tersebut.
Secara sinis dia melemparkan senyuman. Kalau rezeki didepan mata kamu sekarang ini pasti kamu tidak dapat memilikinya.Percayalah.
"Siapa nak jadi guru hebat", soalnya kepada hadirin. Semua hadirin menjawab nak.
Tanya dia lagi, "siapa nak jadi seorang pendidik yang disegani".
Hadirin menjawab serentak, riuh didalam bilik seminar tersebut." Nakkkkk!!!".
"Bagus, kamu semua ada semangat," puji penceramah tersebut.
"Siapa nak jadi seorang pendidik yang dikenali".
Bertambah riuh dengan jawapan nakkkk!
" Siapa nak duit?".
Semua jawab nakkk!!! malah ada yang mengangkat tangan.
" Siapa nak duit ini?".sambil menunjukkan sekeping not lima puluh ringgit.
"Kami nakkk!!", ada sesetengahnya mengangkat sambil mengoyangkan tangan. Keadaan bertambah riuh.
Tapi penceramah tersebut terdiam, matanya dipejamkan sambil mengipas-ngipas not tersebut. Agaknya tengah berfikir kot.
"Siapa nak duit ini', soalnya perlahan.
Hadirin menyahut nakkk!!!. Ada yang mengangkat tangan malah ada yang berdiri mengangkat kedua-dua tangan.
Si penceramah terdiam sambil memejam matanya seperti dalam keadaan kecewa.
" Siapa nak duit ini.....siapa nak duit ini".
Seorang hadirin bangun dan meluru kearah penceramah dan mengambil not RM50 tersebut.
"Ya itulah jawapannya", kata si penceramah.
"Setakat kamu menyebut saya nak..saya nak, apa yang kamu dapat. Lihat kalau kamu terus bergerak dengan pantas rezeki itu pasti akan menjadi milik kamu dengan izin tuhan".
Semua terdiam dan mula faham.
" Siapa nak.....siapa nakkkkk...", sambil meraba sesuatu didalam kocek seluarnya
Semua peserta sudah standby dan ready untuk menyambar apa saje yang akan dikeluarkan, kalau tak biru,pasti merah atau hijau pun jadilah, fikir masing-masing.
" Siapa nak iniiii..", ditunjukkannya sebiji penumbok.
Disebabkan kepantasan ada peserta yang dah berlari kehadapan pun. Suasana riuh dengan ketawa termasuklah si penceramah tersebut.
Kesimpulannya, kalau kita pantas menbuat tindakan pantaslah kita akan mendapat keputusan. Pantas kita bertindak pantaslah akan dapat hasilnya.
Kami ingin kongsikan satu teknik matematik kreatif mengenai kepantasan mendarab sifir 5. Jom sama-sama tengok.
Lihat pic dibawah
Tips kreatif :
Kalau anda nak cepat atau pantas mendarab sifir 5, satu teknik kreatif mudah ialah dengan membahagikan nombor tersebut dengan angka 2. Lihat contoh diatas. Faham kan...buat latihan masa sendiri. ok!
ps: Kepantasan bisa membunuh, hati-hati semasa dijalan raya.
Hani : Ebook Sifir Master Edisi Ibubapa Sebagai Mentor cuba membantu anda agar tidak mempersia-siakan masa berkualiti anda bersama anak-anak berlalu begitu sahaja.
Gunakanlah ilmu yang kami kongsikan ini untuk faedah bersama. Kasih sayang dan ilmu pengetahuan bukanlah dapat diukur dengan nilai wang ringgit.
Belajar, bermain dan berhibur dengan penuh kasih sayang sesama ahli keluarga menggunakan teknik kreatif Sifir Master mungkin menyelamatkan anda dari ditinggalkan keseorangan dihari tua kelak.
Isi masa berkualiti anda dengan belajar,bermain dan berhibur dengan teknik kreatif Sifir Master.
Jumpe lagi ['',]
Friday, 11 February 2011
Teknik kreatif sifir 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment