Assalamualaikum wbt
Sedikit informasi yang boleh kita kongsikan mengenai kreativiti.
Lazimnya ramai dikalangan kita sering menyatakan bahawa seseorang yang kreatif adalah lahir dari mereka yang mempunyai akal yang pintar. Mereka merumuskan keadaan ini sebagai berkadaran sama iaitu semakin kita pintar semakin kita kreatif.
Namun hasil dari kajian pakar menyatakan sebaliknya.Kreativiti bukanlah alat yang berfungsi untuk kepintaran sebaliknya kreativiti adalah berfungsi untuk berfikir. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif asalkan dia boleh berfikir.
Kreativiti memerlukan teknik berfikir ( cara,kaedah atau sistem ) yang apabila digunakan dapat melahirkan idea-idea baru atau melihat semula sesuatu dengan cara baru.
Jadi kreativiti boleh didefinasikan sebagai melihat apa yang semua orang sudah nampak dan memikirkan apa yang belum terfikir oleh orang lain. [Sumber : Teknik Berfikir / Ainon Mohd & Abdullah Hassan/PTS Consultants/edisi ulang cetak 1998/ms 60].
Jadi mari kita lihat Teknik Matematik Kreatif untuk sifir 4.
Salah satu cara kreatif untuk menyelesaikan Sifir 4 ialah seperti berikut,
Langkah #1
Lihat pic diatas. Jika anda diberikan soalan contoh seperti diatas. 2 X 4=?
Apa yang perlu lihat nombor yang hendak di darab. Nombor 2. Anda gandakan nombor ini menjadi 4.
Langkah #2
Hasil gandaan nombor 2 tadi iaitu 4 anda gandakan sekali lagi menjadi 8.
Begitulah hendaknya. Ini cuma soalan mudah sebagai pembuka minda.
Meh cuba soalan yang kedua. 18 X 4. Selesai mengikut jalan yang ditunjukkan diatas.
Matematik Kreatif sekadar menunjukkan bahawa terdapat beribu-ribu jalan penyelesaian yang boleh kita cuba dan gunakan. Walaupun matematik itu sendiri sering dikaitkan dengan lojik, namun jika berfikir dengan kreatif terdapat lagi jalan-jalan yang menghasilkan jawapan yang sama.Ingat semula jika anda boleh berfikir, anda juga boleh menjadi kreatif.
Teknik Sifir Master adalah cabang dari Teknik Matematik Kreatif. Jika pelajar lain menggunakan satu laluan biasa ( yang teramat biasa ) sahaja, mengapa tidak anda cuba gunakan pelbagai lorong yang kreatif untuk mempelbagaikan lagi jalan penyelesaian.Cuba kuasai Teknik Sifir Master dan anda akan menjumpai jawapannya.
Jumpe lagi ['',]
Tuesday, 8 February 2011
Teknik kreatif sifir 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment