assalammualaikum wbt
Bosan la subjek tu. Antara ayat yang pernah kalian lontarkan semasa menjadi pelajar tidak kira apa peringkatkan. Sape yang berani kata dia tak pernah ucap perkataan diatas. Mehh! angkat tangan.
Kalau korang tak pernah ucap baguslah. Saye cadangkan jangan diajar ucap perkataan ini. Bahaye kalau korang....?!( jadi cikgu Malaysia )
Dulu saye juga pernah ucap perkataan tu. Bukan saye saje, kengkawan yang lain pun same cuma kita tak le cakap direct hanya masa dalam group jer alaaa time-time atau waktu-waktu gumpat gitu.
Selalunya kite akan jadi tukang komen dan tukang label kalau sesuatu subjek itu kita tidak minat. Jika ditanya apasal nko tak minat subjek ni??? dengan pantas berderet jawapan yang akan keluar. Siap boleh ajuk lagi si pengajar tersebut. Brutalnyeee.
Tapi bila kite duduk ditempat si pengajar tu barulah kita akan tahu betapa langit itu tinggi atau rendahnye.Barulah kita tahu dalam atau luasnya lautan itu dan barulah kita tahu baru padannya muka aku.
Sukarnya untuk memenuhi semua kehendak orang. Apa yang anda sangkakan telah terbaik anda lakukan bagi sesetengah ia adalah tidak mencukupi. Manakan boleh memenuhi kehendak semua orang yang mempunyai citarasa berlainan dalam satu masa kan.
"Habis yang dulu komplen cikgu tu ajar boring,..lecturer ni lembab...lecturer ni banyak songeh..kenapeee?"
Tu dulu sebelum jadi cikgi. Sekarang dah jadi cikgi benda alah ni semua patah balik kat kite leee. Kan hidup seperti roda. Kalau tak keatas pasti akan kebawah. Jadi kite ambik positif la untuk ubah keadaan.Bole kan.
Kenapa pelajar bosan semasa kite mengajar?
Ini jawapan yang saye rumuskan berdasarkan pendapat sendiri dan teman semasa membincangkan perkara ini.
1. Guru membosankan ( arggg ! )
2. Suasana kelas yang membosankan.
3. Gaya pembelajaran yang membosankan.
4. Komunikasi yang tidak efektif.
Insyaallah next entry kita akan lihat perbincangan dan ulasan penuh kenapa pelajar bosan.
Kali ini mari kita kongsikan satu lagi teknik kreatif didalam menyelesaikan berkaitan dengan sifir 5.
Salah satu teknik kreatif untuk operasi bahagi yang melibatkan angka 5 ialah dengan mendarab nombor tersebut dengan angka dua letakkan titik perpuluhan ditempat yang betul. Rujuk pic diatas. Pada contoh pertama diatas 15 bahagi 5 = 15 X 2 = 30 = 3.
Ok tengok contoh diatas baik-baik...selamat mencuba.
p/s : Menurut pakar 90% kejayaan seseorang adalah ditentukan oleh sikap dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh ilmu pengetahuan.
Hani : Ebook Sifir Master Edisi Ibubapa Sebagai Mentor cuba membantu anda agar tidak mempersia-siakan masa berkualiti anda bersama anak-anak berlalu begitu sahaja.
Gunakanlah ilmu yang kami kongsikan ini untuk faedah bersama. Kasih sayang dan ilmu pengetahuan bukanlah dapat diukur dengan nilai wang ringgit.
Belajar, bermain dan berhibur dengan penuh kasih sayang sesama ahli keluarga menggunakan teknik kreatif Sifir Master mungkin menyelamatkan anda dari ditinggalkan keseorangan dihari tua kelak.
Isi masa berkualiti anda dengan belajar,bermain dan berhibur dengan teknik kreatif Sifir Master.
Jumpe lagi ['',]
Monday, 14 February 2011
Teknik kreatif bahagi 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment