Assalamualaikum.
Masihkah anda ingat headlines dibeberapa akhbar tempatan yang melaporkan tentang anak-anak mengabaikan ibubapa sendiri. Ada kes yang sengaja membiarkan ibubapa ditempat penjagaan orang-orang tua tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Malah ada yang sanggup derhaka kepada mereka.
Kes seumpama ini semakin menjadi dikalangan bangsa kita. Mungkin tidak serik dengan kisah Si Tanggang yang boleh dijadikan aktibar walaupun ia dogengan namun terkesan juga didalam jiwa andai tuhan takdirkan ia benar-benar terjadi sebagai hukuman. Bukankah syurga itu dibawah telapak kaki ibu? Namun yang hebatnya anak-anak sekarang semakin tidak memperdulikan hukum hakam. Mungkin atas faktor kos kehidupan yang semakin menekan..haaa semalam minyak naik lagi 10 sen..hadoiii...
Bagaimana pula dengan ibubapa yang menekan anak-anak ?. Satu kes yang benar berlaku keatas anak didik saye ditahun lepas. Akibat desakan ibubapa yang ingin anaknya belajar dan terus belajar..siang dan malam...natijahnya anak ini tidak dapat mengambil peperiksaan PMR 2010. Saat saye melawatnya di hospital yang menempatkan pesakit mengalami tekanan terdapat 7 pelajar yang menghadapi masalah serupa. Hanya seorang saja dibenarkan pulang setelah doktor mengesahkan dia sembuh. Pelajar saye ini tidak dibenarkan pulang kerana doktor mengesahkan ia belum sembuh sepenuhnya,walaupun empunya diri mati-mati menyatakan dia sembuh.
Saat pelajar saye memeluk dan meraung memohon saye membawanya pulang kesekolah, hati saye sungguh terkedu....bayangkan makcik yang brutal ni pun tidak mampu menahan dari mengalir air mata menyaksikan nasib yang menimpa anak didik ini. Kasihan...
Sempat saye menyoal ketika suasana tenang...kenapa jadi begini? Katanya ibubapanya menyuruh belajar, dia hanya boleh keluar dari bilik untuk makan,minum mandi dan membuang air. Selebihnya didalam bilik itulah tempatnya. Ibubapanya mahu dia mengikut jejak kakaknya yang belajar di universiti. Dalam nada yang perlahan dia berkata saye benci ibu dan ayah. Aduhaiii..
Semasa pulang saye terfikir...masih adakah lagi ibubapa yang mempunyai minded seperti itu. Apakah dia ingat anaknya itu robot yang apabila diprogram akan menghasilkan keputusan yang dikehendaki.
Perlahan saye tanya si Ain..bapenye keje ape?
"Engineer ".
Ooooo...takkan orang yang hebat macam tu tidak tahu yang mana terbaik untuk anaknya? kan kan. Semoga tuhan memberikan hidayah kepada mereka.
Di awal tahun ini, kelibatnya tidak kelihatan. Mungkin masih belum sembuh sepenuhnya gangguan dan tekanan perasaan.
Kesimpulannya dari kisah benar diatas
Gunakanlah ruang yang ada samada masa sanggang atau masa terluang diisi bersama dengan anak-anak. Masa berkualiti walaupun sekejap jika dimanfaatkan akan menghasilkan faedah yang amat besar.
Mungkin kita tidak nampak hasilnya dalam masa singkat tetapi jika hari tua nanti kita keseorangan janganlah pula kita terkenang detik berlalu yang kita gagal manfaatkan.
Ebook Sifir Master Edisi Ibubapa Sebagai Mentor cuba membantu anda agar tidak mempersia-siakan masa berkualiti anda bersama anak-anak berlalu begitu sahaja.
Gunakanlah ilmu yang kami kongsikan ini untuk faedah bersama. Kasih sayang dan ilmu pengetahuan bukanlah dapat diukur dengan nilai wang ringgit.
Belajar, bermain dan berhibur dengan penuh kasih sayang sesama ahli keluarga menggunakan teknik kreatif Sifir Master mungkin menyelamatkan anda dari ditinggalkan keseorangan dihari tua kelak.
Isi masa berkualiti anda dengan belajar,bermain dan berhibur dengan teknik kreatif Sifir Master bersama dengan orang tersayang.
Sekadar berkongsi. Jumpa lagi ['',]
Tuesday, 1 February 2011
Bukan sekadar teknik kreatif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment