Wednesday 5 January 2011

Cikgu 70's dan sifir 11

Dulu-dulu masa zaman sekolah, subjek yang paling saya takut ialah subjek matematik. Sebabnya ....sebabnya semasa saya nak ambil Peperiksaan Darjah 5...masa tu tahun 1985 sebelum KBSR diperkenalkan.

Sebut saja matematik saya dan kebanyakkan kawan pasti fobia sebab yang datang mengajar adalah Guru Besar sendiri.Volunteer pulak tu meski pun dah ada guru yang mengajar. Cukup garang dan kami semua cukup takut.

Betul ni tapi sikap garangnya saya puji sebab dia sungguh berdedikasi dan sungguh ikhlas dalam mendidik. Disebabkan minat beliau didalam subjek matematik, beliau sanggup berkorban masa sendiri datang awal semata-mata untuk mengajar subjek ini.Kelas bermula 7:45 pagi tetapi kelas saya dipercepatkan kepada 7:30 pagi dan dia datang untuk mengajar selama 45 minit bagi subjek matematik.

Cikgu saya tidak akan berkompromi dengan sesiapa jika tidak tahu sifir. Lelaki mahupun perempuan sama saja akan merasa penampor jika soalan ditanya tidak dapat dijawab.Tapi zaman tu apa tindakan guru, ibubapa tidak akan masuk campur.Kami sebagai pelajar nak mengadu kepada ibubapa..alahai lagi la takut kerana bukan simpati yang dapat silap haribulan sakit lagi la yang akan dapat.
Mungkin berkat penampor dia kami semua MENJADI!!!

Ok satu teknik mudah untuk menyelesaikan soalan Sifir 11. Kita kongsikan bersama ye.

Sifir 11 sifir yang cukup mudah. Terdapat banyak teknik kreatif untuk menyelesaikan soalan bagi sifir 11. Salah satunya seperti dibawah ini.

Contoh
Selesaiakn 55 X 11 = ?
Langkah 1 :  Tulis semula nombor 5     5. Jarakkan biar ada ruang ditengah.

Langkah 2 : Anda tambah kedua-dua nombor tersebut.
                   5 + 5 = 10

Langkah 3 : Hasil tambah tadi diletakkan ditengah ruang kosong.
                   5 1 0 5.

Langkah 4 : Jawapan mesti 3 angka. Anda perlu campur  5 dan 1 menjadi 6.
                   = 5 1 0 5
                   = 6 0 5

Jadi   55  X  11  = 605 . 

Amacam mudah tak?  Banyak lagi teknik kreatif yang boleh anda cuba di Teknik Sifir Master.


 

2 comments:

  1. saya tak pandai matematik cikgu!saya fenin bila tgk nomot banyak..hehe

    ReplyDelete
  2. :) ehhh ni mesti cikgu math niii kan kann

    ReplyDelete