Lupa atau tak ingat merupakan antara musuh utama setiap pelajar. Saya tidak berani nak sentuh atau mendakwa lupa adalah satu penyakit.Maaf saya tidak mempunyai informasi mengenai penyakit lupa. Insyaallah mungkin kedepan nanti saya akan kongsikan.
Ini sedutan kandungan sebuah buku yang saya baca.
" Kadangkala ada baiknya kita lupa kerana kuasa daya ingatan mempunyai had yang tertentu. Sekiranya kita terlalu mengingati sesuatu maklumat, penyimpanannya yang banyak sehingga melimpah-limpah akan mengakibatkan kelumpuhan mental.Bukan itu saja, kejayaan mengingati banyak maklumat membuatkan kita malas berfikir. Oleh sebab kita tidak boleh bergantung kepada daya ingatan semata-mata, secara tidak langsung kita dipaksa untuk berfikir".
Sumber : Menguatkan Ingatan / Noraini Ahmad / Utusan Publication & Distributors / Edisi Ulang Cetak 2004 / Bab 1. Ms 11.
Ini yang penulis tulis didalam buku sifir dan nombor tersebut.Saya suka highlight dekat ayat terlalu banyak mengingati sesuatu maklumat,penyimpanannya yang banyak sehingga melimpah-limpah akan mengakibatkan kelumpuhan mental.???
Saya teringat apa Harry Lorayne tulis didalam bukunya, How to develope a Super-Power memory, daya ingatan seumpama otot yang boleh dilatih dan dibina. Jika otot dilatih ia akan semakin kuat begitu jugalah dengan daya ingatan, semakin banyak anda membuat latihan semakin kuatlah daya ingatan anda. Ingatan yang kuat adalah satu kelebihan dan kemahiran.
Menurut Harry Lorayne lagi, daya ingatan yang kurang itu sebenarnya tidak ada!!! Macamana tu? Takpe nanti kita share lagi ye.
Sedikit pesanan dari bijak pandai .
Antara perkara-perkara yang dapat mengurangkan akal dan menghilangkan kecerdikan iaitu
1. Terlalu banyak makan makanan dan buah-buahan masam.
2. Tidur meniarap.
3. Dukacita tentang perkara dunia.
4. Banyak bersedih dan berputus asa.
Sumber: Amalan dan Petua Ulama Silam dalam menuntut Ilmu/ Abu Al-Baqir Ad-Dusuqi/ Al-Baqir Entreprise/2009.
Jumpa lagi
Wednesday, 5 January 2011
Maaf saya terlupa sifir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cantik
ReplyDelete