Monday 2 July 2012

18 Tips Songsang Didalam Pendidikan

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai dan juga merupakan satu amanah yang berat yang dipertanggungjawabkan dibahu kedua ibubapa didunia ini.

Sedangkan benih yang halal akan dipersoal inikan pula benih-benih yang tersasar dan yang lebih sadis apabila diperlakukan seumpama Jahilliah dizaman dahulu. Dibuang dan dibunuh sesuka hati. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan akan aib sebegini? Mahu tidak mahu akan dituding ke bahu ibubapa juga akhirnya akan persoalan ini.

Berikut adalah 18 Tips Songsang yang boleh dijadikan aktibar didalam mendidik anak-anak,

18. Salah dalam memahami jiwa dan tabiat mereka.
17. Tidak memberi kesempatan kepada mereka untuk berubah menjadi lebih baik.
16. Merendahkan anak-anak dan tidak memberi motivasi kepada mereka.
15. Banyak konflik yang berlaku antara ayah dan ibu.
14. Melakukan kemungkaran dihadapan mereka.
13. Mendidik mereka dengan perkara-perkara yang buruk, kata-kata kotor dan akhlak yang rendah.Sekali  gus ia menjadi doa keburukan buat mereka.
12. Sibuk dengan urusan kerja sehingga meninggalkan rumah dalam jangka masa lama.
11. Menikahkan anak-anak perempuan dengan lelaki yang tidak sekufu.
10. Tidak segera menikahkan anak-anak padahal mereka sudah mampu dan bersedia.
9. Membezakan sesama anak-anak.
8. Hanya menumpukan keperluan fizikal mereka sahajadan mengenepikan keperluan mental dan rohani.
7. Tidak memberikan kasih sayang kepada anak-anak.
6. Terlalu kedekut kepada anak-anak.
5. Terlalu keras didalam mendidik anak-anak sehingga melampaui kewajaran yang sepatutnya.
4. Terlalu memanjakan anak-anak dengan memenuhi segala kemahuannya.
3. Membiasakan anak-anak dengan kemewahan, kenikmatan dan kelazatan hidup didunia semata-mata.
2. Mendidik anak-anak menjadi pengecut, penakut dan suka mengeluh.
1. Menamakan mereka dengan nama yang tidak baik.

Demikian antara tips pendidikan yang salah terhadap anak-anak seperti yang di gariskan didalam buku al-Taqsir fi Tarbiyah al-Awlad karya Muhammad bin Ibrahim al-Hamd.
Rujukan Majalah Solusi Isu 44/mukasurat 87

1 comment:

  1. i lap u hani... pening ngajor anak maths.. upsr dah dekat.

    ReplyDelete