Tuesday 17 April 2012

Jom Makan Kalau Berani?


Assalam mualaikumwarah matullahi wabarakatuh

Makanan yang sedap tentulah "makan free" kata Ain rakan baikku dengan gembira pada suatu hari di waktu dhuha takala melepasi ruangan kantin sekolah.

Betul ke makan free tu sedap ?

Kalau dibelanjakan makan pizza atau set western rasanya berbaloi jugak tetapi jika hanya dibelanjakan teh bujang ditambah dengan 2-3 jam berborak kosong apakah ini sedap yang digambarkan oleh sahabatku tadi.

Bila bercakap soal makan sebenarnya pada pendapat saye makanan yang paling sedap bukanlah hanya terletak pada kemahiran penyediaan atau nama yang gah sehinggakan menyebutnya pun sudah merasai kesedapannya. Tetapi yang paling penting ialah "kesihatan" pemakannya. Pemakan yang sihat dapat menikmati dan menjiwai erti kesedapan yang sangat subjektif untuk diceritakan kepada orang. Biarpun rambut sama hitam namun tekak dan perut lain-lain citarasanya. Bayangkan apabila kita sakit. Jika dihidangkan Oyakodon atau Dwenjang jjigae yang sedap pun kita tidak mampu untuk menelannya. Buah tangan "free" ini hanya dapat dipandang sepintas lalu tanpa bernafsu. Lebih menyedihkan lagi apabila kita tergolong didalam keluarga yang kuat berpantang. Habis semua makanan dan buah tangan "free" akan ditapis oleh lembaga penapis yang tidak diiktiraf oleh persatuan atau pengamal perubatan yang bertauliah. Semua benda yang mempunyai unsur-unsur kepantangan tidak dibenarkan diberi kepada pesakit. Rugilah engkau wahai Ain sebab yang akan merasai kesedapan "makanan free" ialah mereka yang sihat disekeliling engkau. Kasihankan. :P

Teringat sebuah buku terbitan PTS karya Yahya Zainal Abidin yang berjudul Cerita-cerita Motivasi Cemerlang Matematik . Penulis ada menyatakan antara makanan tambahan yang beliau makan sebagai penguat minda ialah minyak ikan scott emulsion. Saye teringat dizaman kanak-kanak dahulu. Kami adik beradik pasti akan beratur untuk menikmati sesudu besar minyak ikan ini yang mempunyai banyak khasiatnya. Pasti akan berebut tolak menolak kerana jika boleh mahu saja mengelak untuk tidak menjamahnya. Siapa yang pernah merasainya pasti akan tahu aroma yang amat menakutkan itu. Yummmm! Yerk!

Rujukan dari pakar juga ada menyatakan, faktor pemakanan juga memberi impak kepada kejayaan didalam pembelajaran. Mereka merumuskan antara makanan yang perlu dijauhi ialah

1. Kepala ikan.
2. Organ dalaman haiwan sepertihati, limpa, jantung, paru dan perut.
3. Makanan yang tercemar oleh semut
4. Makanan masam atau dijeruk.
5. Makanan ringan yang tinggi bahan pengawetnya..

Didalam buku Amalan dan Petua Ulama Silam karya Abu Al-Baqir Ad-Dusuqi ada menerangkan antara perkara-perkara yang mengurangkan hafalan dan mewarisi kelupaan ialah

1. Makan ketumbar basah
2. Makan epal masam
3. Memakan sesuatu yang dapat menambahkan kahak seperti banyak minum air
4. Banyak memakan bawang merah
5. Memakan makanan haram

Antara makan sedap yang lebih sedap dari dapat "makan free" malah merupakan antara makanan yang baik kepada pertumbuhan otak ialah

1. Sayur-sayuran
2. Sayuran berdaun hijau
3. Minyak masak daripada jenis kekacang
4. Minyak lenga putih atau hitam
5. Jus daun bawang, kangkong, kucai dan pegaga
6. Kekacang seperti kacang kuda
7. Kismis
8. Jus buah-buahan
9. Air masak atau air mineral untukmenyegarkanminda
10. Makanan yang bersih dan berzat serta halal.

Dari sudut sains pula antara vitamin yang bagus sebagai bahan penguat minda ialah

1. Vitamin C
Dapat menenangkan fikiran

2. Vitamin B-1 ( thiamine )
Memberi tenaga kepad sel otak

3. Vitamin B-3 ( niacin )
Memberi konsentrasi dan lebih fokus

4. Vitamin B-6
Membantu konsentrasi

5. Vitamin B-12 ( asid folik + besi )
Membantu konsentrasi

6. Lecithin dan Cholin
membantu daya ingatan

7. Tyrosine
Membantu ingatan jangka panjang

Jadi sebagai renungan, hayatilah kata-kata berikut

" Janganlah engkau memakan buah-buahan melainkan apabila ia telah masak dan janganlah engkau makan sesuatu yang tidak dapat dikunyak oleh gigi kerana ia pasti tidak dapat dihadamkan oleh perut engkau ".

Jumpa lagi


2 comments: