Sunday 25 March 2012

Analisa Pelajar Skema Dan Clorox

Assalammulaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jika anda seorang bekas pelajar sekolah, adakah anda seorang yang digelar pelajar skema atau "clorox"?
Rata-rata pelajar skema lazimnya disukai oleh guru dan rakan-rakan sekelas terutama pelajar perempuan. Namun ada juga yang tidak boleh masuk dengan mereka ini terutama pelajar-pelajar yang menyangka mereka lebih cool and rock ( singkatan untuk pelajar jenis ini ialah "clorox" iaitu sejenis alat pencuci pakaian yang ada dirumah anda :P )

Pelajar skema amat mudah dan menyenangkan hati para guru menjalankan tugas dan mengajar. Jika seluruh pelajar sekolah tergolong didalam golongan pelajar skema, Rasanya aman suasana sekolah dan ramai dikalangan guru yang tidak memerlukan ubat untuk penyakit migrain, stress atau darah tinggi. Pelajar skema selalunya digelar pelajar yang baik dan tergolong didalam pelajar-pelajar cemerlang.

Berbeza denga pelajar "clorox", mereka ini selalunya membuat guru-guru kerapkali menziarahi farmasi atau klinik. Mereka inilah yang merubah suasana sekolah menjadi seumpama konsert rock. Paling tidak pun seumpama funfair yang pasti akan riuh rendah dengan gelagat dan suara mereka. Mereka ini selalunya diberi harapan 50/50 untuk mencapai kecemerlangan jika dinilaikan diatas kertas. Namun bukanlah menjadi etika professional setiap guru untuk mendoakan yang tidak baik untuk anak didiknya. Guru-guru tetap memberi yang terbaik untuk pelajar jenis ini meskipun hari-hari telan ubat farmasi.

Jika didalam kelas, pelajar skema ini mudah dikesan kerana mereka amat gemar duduk dibarisan hadapan. Buku latihan dan buku teks amat kemas, bersih dan teratur. Mereka langsung tidak pernah menderhakai jadual waktu pembelajaran. Jika hari itu terdapat 5 subjek pembelajaran, maka kelima-lima buku teks subjek tersebut akan tersusun rapi didalam beg sekolah mereka. Mereka amat menyukai buku teks.

Hmmmm.... berbeza dengan pelajar "clorox". Amat mudah untuk mengenal mereka meskipun kali pertama anda memasuki kelas itu. Kelaziman mereka akan memilih kedudukan yang paling belakang atau yang berdekatan dengan sudut. Kalau boleh mereka ingin membina tirai disekeliling group mereka. Cerita bab buku latihan dan buku teks. Masya Allah ! Pening kepala guru. Buku latihan ala kadar je. Pastu siap ada background color lagi. Nasib le malam tu kat rumah makan apa. Kalau makan sambil kicap ada le sikit-sikit lekat kicap kat muka surat buku tu. Paling best siap ada biji cili lagi tu. Bab buku teks lagi haru. Mereka tidak berminat langsung untuk mengambil tahu bab buku teks. Nak bawa kesekolah mengikut timetable lagi laaa susah. Berat dan sakit bahu mengalas beg jika kesemua buku teks dibawa mengikut jadual kata mereka.

Pelajar skema amat tekun menelaah pelajaran dan semasa belajar. Bagi mereka keputusan peperiksaan adalah keutamaan didalam hidup mereka. Apa yang terkandung didalam buku teks itulah yang menjadi rujukan mereka. Mereka tidak berminat dengan bahan rujukan lain jika tidak mendapat saranan daripada guru. Mereka menggunakan masa secara optima dan tidak berminat dengan aktiviti-aktiviti lain. Bab yang berkaitan dengan sosial mereka tidak gemar jadi jika diusul pertanyaan berkaitan dengan sesuatu minat mereka agak sukar untuk menjawab.

Berbeza dengan pelajar "clorox". Peperiksaan bukanlah keutamaan. Mereka hanya tekun belajar bagi subjek yang amat mereka minati. Mereka sanggup berusaha untuk memahami subjek tersebut meskipun terpaksa membuat research sendiri. Bagi mereka satu kepuasan memahami dan menguasai subjek yang mereka minati. Buku teks bukanlah teman baik mereka sebaliknya bahan rujukan lain yang menjadi pilihan mereka. Jika diteliti pelajar "clorox" ini mempunyai satu sifat berdikari dan lebih advance berbanding dengan pelajar "skema" yang hanya mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar ku sifu...opppss! guru.

Pelajar skema tidak berminat dengan aktiviti atau projek secara individu. Mereka ini tidak berminat dengan angan-angan atau berfantasi. Bagi mereka hanya realiti yang menjadi keutamaan. Jika diarahkan mengeluarkan idea sendiri, pelajar skema lazimnya secara lancar memberi idea yang biasa-biasa kita pernah dengar atau melihat. Mereka cukup arif dengan idea sebegini. Bagi mereka idea baru tidak perlu difikirkan kerana secara jujurnya mereka amat takut dengan kegagalan. Lazim jika guru memandu mereka langkah demi langkah bagi sesuatu perkara itu mereka akan mengikuti segalanya dengan tekun. Tiada sedikit pun akan corner ke kanan atau ke kiri. Bagi mereka apa yang guru ajar itulah yang perlu diikuti. Mmmmmmm baiknyerrr mereka kannn. :)

Perghhh! Amat berbeza dengan pelajar "clorox". Sesuai dengan perkataan yang diberi. Mereka ini amat menyukai aktiviti atau projek individu. Lebih-lebih lagi jika ianya berbentuk freestyle. Mereka amat menyukai mengekplorasi perkara-perkara baru. Mereka suka berfantasi dan sentiasa mencuba memberikan satu kelainan daripada kebiasaan. Kegagalan bukanlah satu perkara yang teruk. Mereka tidak gentar dengan kegagalan. Lazimnya mereka selalu menderhakai guru. Huh! Sebabnya nak lebih tahu. Macam kanak-kanak. Kalau disuruh mengeluarkan idea, mereka dengan selamba akan memberi bermacam-macam idea gila-gila. Kekadang macam tidak masuk akal tetapi itulah kelebihan mereka dan musibahnya guru yang akan sakit kepala..adehh..adehhh...mana panadol aku.

Realitinya menurut kajian pakar walaupun pelajar skema amat terkenal dengan ketekunan, kerajinan dan kerja kuat, dari analisa peperiksaan menunjukkan prestasi mereka hanya lebih baik sedikit sahaja dari pelajar-pekajar "clorox". Dan lebih malang lagi apabila mereka menempuh alam kehidupan sebenar mereka gagal mengulang kejayaan cemerlang seperti yang mereka lakukan di alam persekolahan.

Betul ke ?
Betul atau tidak betul jika anda telah melepasi alam persekolahan yang lalu, lihatlah rakan-rakan anda yang tergolong didalan kelompok "clorox". Pengalaman saye sendiri melihat mereka ini yang dahulu amat "clorox" dan dicop tiada harapan kini memandu caldina dan storm semasa perjumpaan reunion kami tempoh hari. Saye pulak dalam group mana yeaa.....tak kan "clorox" sebab saye tak minat rock.
Jumpa Lagi.

p/s : Tuhan bukan menciptakan dikalangan kita kelompok bodoh atau dungu tetapi tuhan telah menciptakan kita terdiri daripada kebijaksanaan yang berbeza-beza.

No comments:

Post a Comment