Monday, 4 April 2011

Sifir lebah ?

Biarlah diriku seperti lebah kerana...

1. Lebah tidak akan membawa palitan kotoran dan debu kerumah atau tempat yang ditumpanginya.

2. Lebah tidak akan menghisap walaupun sedikit madu tempat ditumpanginya itu.

3. Datangnya lebah menjaga dan sanggup bermatian mempertahankan dahan dan pohon yang ditumpanginya itu meskipun nyawanya menjadi taruhan.

4. Lebah hanya memilih bunga dan madu yang terbaik untuk dibawa pulang kesarang.

5. Perginya lebah meninggalkan madu yang enak untuk kita nikmati.

Itu adalah intisari tips dari slot motivasi pagi di radio IKIM. Dulu sering kite dengar madah pujangga , guru ibarat lilin. Menyinari alam dikedinginan malam. Menyinari meskipun diri terbakar. Itulah perumpamaan yang digambarkan.

Memang benar dan sentiasa terbakar dengan kerenah anak didik yang saban tahun lebih advance didalam segala hal. Lebih-lebih lagi dizaman high tech ni, segalanya mudah,pantas dan tepat.

Jumpe lagi

p/s : Pic tu bukanlah lebah tetapi kumbang yang apabila dikurung didalam kotak mancis automatic akan menjadi walkie talkie Vic Morrow The Band Perry :P

1 comment:

  1. hello-hello...roger. ingat lagi citer vic morrow ye.. he.. kalau kena gigit lebah boleh demam jugak.

    ReplyDelete