Friday 28 January 2011

Uji sifir kaji darab

Assalam mualaikum

"Meh cikgu tunjukkan kamu satu ujikaji sains supaya kamu faham erti kehidupan".



Seekor tikus diambil dan dilepaskan didalam satu litar seperti gambar diatas. Litar ini merupakan satu kurungan yang mengandungi lorong-lorong yang mempunyai pintu yang dapat dilalui dan ada sesetengahnya disekat. Seterusnya jika dia berjaya menemui jalan yang betul ganjaran yang bakal didapati ialah sepotong keju yang sedap lagi mahal harganya.

Pemerhatian #1
Apabila pintu kurungan dibuka, tikus ini mula berjalan mencari punca datangnya bau keju yang begitu sedap. Disebabkan keinginannya yang meluap-luap dia berusaha keras mencari dimana punca datangnya bau itu dan seterusnya berhajat dapat menikmati keju tersebut.

Si tikus telah menetapkan matlamat utamanya ialah mencari keju yang sedap itu.

Setelah berhempas pulas melalui lorong yang bermacam ragam itu, si tikus masih terus gigih berusaha mencari jalan yang betul untuk mencapai sasarannya.

Akhirnya si tikus berjaya menemui jalan yang betul dan dapat menikmati secubit keju yang sedap itu. Dia mengambil masa yang agak lama sebelum menemui keju tersebut.

Pemerhatian #2
Setelah dibenarkan merasi secubit keju tersebut, si tikus ditangkap dan dibawa semula ke kurungan yang pertama tadi. Si tikus dilepaskan dan dengan pantas dia berlari melalui lorong-lorong yang masih diingatinya tadi. Namun adakala dia tersasar juga menuju ke jalan yang salah.

Akhirnya dia berjaya juga menemui keju tersebut dan masa yang diambil adalah lebih pendek sedikit dari yang pertama tadi.

Pemerhatian #3
Setelah dibenarkan merasa secubit keju tersebut, si tikus dibawa kembali ke tampat kurungan yang pertama tadi. Setelah pintu kurungan dibuka, kali ini si tikus tidak menunggu lagi. Dengan kudrat yang ada,dia berlari dengan laju melalui lorong yang betul dan terus sampai ke keju tersebut. Masa yang dicatatkanya amat pantas dan kali ini dia tidak menghadapi sebarang kesulitan langsung. Dia berjaya.

Pemerhatian #4
Setelah dibenarkan merasa secubit keju. Si tikus dibawa kembali ke tempat kurngan asal tadi. Kali ini dia tidak sabar menunggu pintu kurungan terbuka. Apabila pintu kurungan dibuka, sepantas kilat dia berlari menuju ke keju tersebut. Kali ini amat pantas sekali. Apabila tiba dia berasa hairan kerana keju yang didambakan tiada.  Sengaja tidak diletakkan keju tersebut.

Pemerhatian #5
Si tikus diletakkan kembali ke tempat asal kurungan. Setelah pintu dibuka dia sepantas kilat memecut menuju ketempat keju tadi. Namun harapanya hampa kerana keju tidak diletakkan disitu.

Pemerhatian #6
Si tikus diletakkan semula ke kurungan pertama. Apabila dibuka pintu kurungan, tikus duduk dengan selamba malah langsung tidak bergerak. Hanya mulutnya sahaja yang berkumit-kumit. Tak tahulah sama ada menyumpah seranah kepada si tukang uji ini atau menyanyi macam Dato Siti. Wallahualam.
Ya kali ini siti si tikus tidak lagi memperdulikan matlamatnya. No more keju katanya didalam hati. Penat kot!

Kesimpulannya
Setiap pelajar harus mempunyai matlamat. Dengan adanya matlamat dapatlah kita bergerak kehadapan. Dengan adanya matlamat dapatlah kita tahu apa yang ingin kita capai. Lihat contoh tikus tadi, keju yang sedap adalah matlamatnya. Untuk mendapatkan keju tersebut dia berusaha keras mencari jalan untuk mendapatkannya. Pada permulaan wajiblah dia merasa begitu sukar kerana itu adalah sifir untuk mencapai kejayaan.Tiada kejayaan yang dicapai tanpa usaha.

Begitulah juga jika kamu hendak mahir didalam matematik atau pelajaran lain. Semuanya memerlukan latihan. Lihat bagaimana semasa kali kedua tikus itu di lepaskan. Walaupun dia pernah sampai kesana tetapi dia masih lagi melakukan kesilapan memasuki lorong.Namun begitu hasil kali kedua adalah lebih baik daripada yang pertama tadi. Latihan membuatnya mahir.

Lihatlah apabila kali ketiga dan seterusnya. Tikus tidak lagi mempunyai masalah untuk mendapatkan kejunya.Tikus telah mahir selok belok jalan menuju ke matlamatnya dan dengan mudah dia mendapatkannya.

" Zarul, bab akhir ini khas saya tujukan kepada kamu. Kamu tahu tak tikus pun tahu rasa SERIK. Serik. Kamu faham tak serik ".

" Faham cikgu ".

" Apa yang kamu faham ?".

" Kamu tak faham Zarul. Kamu tak faham serik. Kamu tengok diri kamu, last year awal tahun kamu cuti 3 minggu. Bila datang kesekolah penuh dengan parut kat lengan dan kaki. Last year jugak bulan 4 kamu cuti lagi kali ni 7 minggu. Bila datang tangan berbalut dah tu kamu datang jumpa saya tuntut hutang pulak ( nanti saye story anak murid saye tuntut hutang kat guru nye..best cite ni ). Nih tahun ni baru beberapa minggu, kamu datang dengan tangan berbalut dan berplaster. Ini ke yang kamu kata kamu faham maksud serik?".

"Kamu tengok tikus tu, dua kali dia kena tipu dia dah serik. Dia dah tahu. Kamu letaklah apa pun dia tidak akan bergerak lagi. Bagi dia tikus yang bijak tidak akan tertipu kali ketiga ."

" Kamu pulak sudah tiga kali jatuh motor kan, kamu tahu manusia yang bodoh adalah manusia yang dipatuk ular tiga kali berturut-turut, ditempat yang sama, dilubang yang sama. Itu bodoh namanye tu....tapi kamu tak bodoh kannn..anak murid cikgu tak bodohkan...anak murid cikgu dia naik motor roda dua kann..bukan roda satu...monyet pun tahu naik motor guna roda dua...kan..kan."

" Cikgu nasihat kamu naik lah motor tu elok-elok...engineer dah sukat motor tu elok dah...kena gune dua roda.. kamu toksahlah dok nak save minyak kamu bawak motor satu tayar...takde paedahnye".

" Kamu faham tak Zarul ".

" Faham cikgu".

"Kalau kamu faham baguslah".

Anak didik saye...tahun lepas..tapi tahun ni..kelas ni saye tak mengajar...hari ni sebab bertugas sebagai guru ganti, kebetulan kelas ini...dan nak jadi cerita, anak didik saya yang cukup femes tahun lalu berbalut tangan dan siku maka saye pun bukaklah cerita diatas yang diadaptasi dari Motivasi Pagi IKIM fm.

Masa dah habis. Jumpe lagi.

3 comments:

  1. TQ for visit my blog. Very good story! Add your link too to my blog.

    ReplyDelete
  2. pas tikus ada plak cite gajah..cube search kat atas tu kisah gajah :)

    ReplyDelete