Thursday 27 January 2011

Teknik Kreatif - Sifir

Salam
Saye nak kongsikan sedikit info mengenai keajaiban nombor yang berkaitan dengan kita.
Tahukah anda semasa kita menjadi bayi yang berumur 7 minggu didalam rahim ibu, struktur utama otak kita sudah dapat dilihat dengan jelas dan apabila bayi berumur 3 bulan, saraf tunjangnya pula mula berkembang.Mankala keadaan didalam rahim ibu pula,pertumbuhan sel-sel otak berlaku begitu pesat sekali dianggarkan lebih kurang 2.5 juta sel neuron tumbuh setiap minit.Byangkan tu setiap minit. Apabila kita dilahirkan sel-sel otak ini mencecah 100 billion dan setiap sel ini pula mempunyai 1000 tempat dimana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak lain. ( sumber: 7 Formula Individu Cemerlang/Dr.Danial Zainal Abidin/PTS200/ms98)/ 
Hebatkan kejadian ciptaan Allah Yang Maha Besar yang tiada tandingi oleh sesiapa pun. Subhanallah.

Saye suka kongsikan satu Teknik Kreatif untuk pelajar menguasai sifir 11 sehingga sifir 19. Jom kita tengok.

Lihat pic dibawah

















Jika anda diberi soalan sebegini  13  X  12  = ?  Ikuti langkah seperti berikut

Langkah #1
Tuliskan angka 1 sebagai jawapan anda. Lihat pic diatas .

Langkah #2
Lihat angka 2 dan 3. Lakukan operasi tambah. 2  +  3  =  5. Ini adalah jawapan kedua anda dan letakkan disebelah jawapan pertama. ( Refer pic diatas tu ok ).

Langkah #3
Lihat angka 2 dan 3 ( angka yang sama ) Lakukan operasi darab 2 X 3 = 6. Ini adalah jawapan ketiga anda.
Selesai.

Saye nak tunjukkan satu lagi soalan supaya anda tidak keliru. Rujuk pic dibawah

Jika soalan sebegini  14  X  15  =  ?  Langkah penyelesaian adalah sama sahaja cuma apabila anda sampai di langkah ke #3 berhati-hati untuk meletakkan jawapan.

Lihat langkah #3  semasa operasi darab 4 X 5 = 20.  Jawapan adalah 20. Anda perlu letakkan angka 0 dan bawa 2 kesebelah. Lakukan operasi tambah seperti biasa. Dalam keadaan ini 2 + 9 = 11. Turunkan angka 1 dan bawa 1 lagi kesebelah. Lakukan operasi campur sekali lagi. 1 + 1 = 2. Jawapan akhir adalah 210.

Macamane senangkan. Ok nak mantopkan teknik kreatif ini, macam biasa cuba try latihan banyak-banyak sikit je lagi ye.

Opss! Lupa nak cakap, teknik kreatif ni ada syaratnye. Anda bole cuba untuk sifir 11 hingga 19 didarabkan juga dengan nombor 11 hingga 19  sahaja. Lain nombor tidak berkesan.Jika anda berminat untuk mengetahui lebih banyak lagi teknik-teknik kreatif yang lebih mudah dari teknik ini silalah dapatkan naskah ebook Sifir Master atau boleh membaca informasi mengenai teknik kreatif sifir master disini.

Jumpe lagi ['',]


5 comments:

  1. TQ...saya follow dulu. nanti nak add link. senang nak rujuk balik. mata ngantuk dah ni...tak leh nk baca dah. Tq datang visit. very nice blog utk saya yg ramai anak ni belajar maths..
    masa saya datang ni, page views 1517. teringat arwah teman saya yg meninggal pd tarikh lahir anak saya. itulah plate kereta dia. alfatihah.

    ReplyDelete
  2. bagus cara yg mudah..
    apa pun angah 4llow senang masa depan leh ajar anak hehehe jom tukar2 link

    ReplyDelete
  3. @Adzriel - Terima kasih singgah sini.

    @AngahSayang - Sila ajar anak anda..bole buat homeschooling sendiri. Terima kasih singgah sini

    ReplyDelete
  4. senangnya mengira dengan cara ni.. bagus betul teknik ni.. Thanks yer.. Tambah ilmu di sini..

    ReplyDelete
  5. @Hanis - datang lagi yee..

    ReplyDelete