Monday 14 April 2014

SmartPhone The Journey.

Satu Tekanan

Masih lagi mengutarakan perkara yang sama berkaitan dengan teknologi canggih masa kini. Smartphone atau lebih kenali sebagai telefon pintar yang mempunyai berbagai rekaan dan fungsi yang canggih hasil kajian dan kreativiti pereka di abad ini.

Sebut saja handphone terdapat berbagai jenama yang tampil dipasaran bersilih ganti. Antara yang lazim menjadi santapan mata ialah seperti nokia dan sony yang menjadi kegilaan masyarakat kita suatu ketika dahulu. Selepas itu blackberry dan HTC tampil menawan. Apabila berganjak kefasa telefon pintar pula, jenama seperti Apple dan Samsung seringkali menjadi  rujukan dan kini Oppo N1 jenama dari China mula memasuki pasaran Malaysia mencuba nasib sebagai pesaing utama. ( Ini sekadar pendapat penulis sahaja dan bukan fakta spesifik. Maklum! )

Melihat kronologi perkembangan teknologi telefon bimbit, ia cukup pantas beredar dan teknologi ini sentiasa berkembang dan bersaing diantara satu sama lain. Jika tidak peka keadaan sekeliling, kita boleh diibaratkan seperti katak didalam gelas.


Tambahan pula profession sebagai seorang guru adakalanya perasaan akan terusik apabila melihat gadget yang dibawa dan ditunjukkan oleh pelajar cukup canggih. Terasa diri ini kerdil dan tertinggal dibelakang sekali.

Itu belum lagi merujuk kepada applikasi media sosial yang digunakan. Desakan dan pertanyaan daripada mereka menyebabkan saye mula mencari informasi di google, apa itu whasApp dan we chat. Bertambah haru apabila applikasi ini hanya untuk telefon bimbit tertentu sahaja. Sekali lagi jugalah terpaksa mencari apa itu android dan jawapannya tetap sama iaitu ia untuk telefon bimbit tertentu sahaja.

"Cikgu kena tukar handphone baru boleh guna apps ini",kata seorang pelajar kepada saye tempoh hari. "Handphone cikgu ni orang dah tak pakai", tambah seorang lagi.

Hoi! Kamu ingat murah ke handphone ni?, sergah saya manja :P.

Satu kelas ketawa. Lantas seorang pelajar mencadangkan saya bertukar kepada telefon pintar ataupun ala-ala pintar seperti Samsung Corby. Kemudian disarankan kepada saye menggunakan Samsung Galaxy ataupun Nokia S60 yang boleh diserasikan dengan applikasi android atau ios.

" Cakap lerrr guna smartphone baru le orang faham", gerutu saye didalam hati.

Err! Dah lain ke definisi handphone dengan smartphone? Makin pening dengan kederasan teknologi terkini atau mungkin saye yang ketinggalan keretapi.Entah :P

NEXT >>

No comments:

Post a Comment