Thursday 27 February 2014

Code

Lazimnya saya tidak pernah mengambil tahu maksud kod bar ( bar code ) yang terdapat pada barangan yang dibeli dipasaraya. Pengetahuan yang ada didalam minda saya cuma memahami bahawa kod bar inilah yang mengurangkan helaian kertas bernilai didalam dompet kecilku ini.

Selepas diimbas dengan mesin pengimbas maka angka-angka yang telah disetkan dengan memberi keuntungan kepada penjual secara tersurat terpapar dilayar moniter dihadapan kaunter pembayaran. Berlaku proses pertukaran antara helai bernilai dengan barangan tadi.  Masing-masing tersenyum dan proses pun selesai

Namun hari ini lain sikit feelnya. Rasa ingin tahu tentang kod bar ini meruntun didalam jiwa. Itupun setelah terperasan terdapat satu label yang terlekat pada buah-buahan yang dibeli disebuah pasaraya berdekatan.
Apa tujuan label ini dilekatkan pada buah-buahan jarang sekali kita hiraukan termasuklah saya. Ini kerana menjadi kelaziman kita jika hendak membeli buah-buahan perkara pertama sekali mestilah buah-buahan yang segar, bersih, besar dan yang penting sedap mata memandang. Itu yang menjadi kriteria pilihan utama. Selain daripada itu akan ditolak ketepi.
Apa tujuan label ini dilekatkan pada buah-buahan didalam pasaraya ini jarang sekali kita soalkan. Menyumpah lagi ada la. Itu pun pada buah epal kerana label inilah menyebabkan ia perlu dibasuh dengan betul dan untuk lebih selamat lagi ia perlu dikupas kulitnya jika tidak mahu bekas-bekas gam ini terus masuk kedalam perut.

"Ishhh koboi terus makan jer macam tu. Adik tengok dia gosok-gosok dekat baju atau seluar terus digigitnya". Itu koboi dik. Epalnya tiada label dan lagi satu jangan cuba-cuba tiru cara mereka". "Kenapa mama?". "Sebab errr sebab....sebab mereka tu busuk". "Ye ker busuk. Mama ada kawan koboi ke?". "Arggghhh....tak..tak ada.. tapi mama tahu la mereka tu busuk sebab banyak lalat hurung mereka". "Oooo ada lalat..patut la". "Mama...mama... koboi tu mandi tak?". Hish...sudah...sudah.. jom kita makan epal ni dulu".  Susahnya nak menerangkan kepada anak-anak generasi alfa ni banyak sangat informasi yang nak diketahuinya.

"Engkau itu pun tak tahu", kata Ain bila saya soalkan kenapa pada buah-buahan yang terdapat di pasaraya giant, sunshine, tesco, Jaya Jusco semuanya mempunyai label. "Label tu maksudnya tanda tarikh luput buah-buahan tersebut. Kalau makanan didalam kotak atau tin mudah sebab tarikh luputnya sudah dicatatkan dan tempoh untuk makanan itu rosak agak lama berbanding dengan buah-buahan jadi bagi buah-buahan label macam stiker itulah yang dilekatkan", terang Ain panjang lebar.

Lojik juga penerangan sahabat baikku ini.

Rupanya selama ini kita jarang mengambil berat tentang tarikh luput buah-buahan. Itu belum lagi yang berkaitan dengan makanan lain seperti ikan, ayam dan daging. Tarikh luput yang bermaksud tahap jangka hayat kesegarannya yang harus kita tahu dan menjadi keutamaan semasa membuat pilihan.

Kita seringkali tertewas apabila membeli belah di pasar malam atau di pasar  ikan. Murah dan banyak seringkali membuat kita terliur. Apabila buah-buahan menimbun didalam pinggan atau ikan yang dilonggokan membusut dengan harga,"murah..murah...murah!", pekikan dan jeritan dari penjual acapkali kita tersasar. Entah kemana menghilangnya memori perkataan tahap kesegaran jangka hayatnya yang perlu dipersoalkan. Mungkin telah di NLP kan minda kita dengan teknik pemasaran setelah digasak agar bertindak cepat dan pantas bertalu-talu dengan sengaja oleh penjual. maka kita pun membelinya. :P

Inilah perbandingan dua situasi yang perlu kita pertimbangkan.  Membeli barangan di pasaraya atau dipasar biasa seperti pasar malam atau pasar ikan mempunyai dua variasi. Ini pilihan masing-masing. Dua keadaan yang berbeza. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Kita sebagai pengguna bebas menentukan pilihan kita.Tiada paksaan seperti yang dilaungkan didalam pengertian demokrasi.

Apakah garis panduan saudara didalam situasi begini?

Tarikh luput buah-buahan iaitu tahap jangka hayat kesegarannya telah dinyatakan didalam label kod bar yang dilekatkan pada buah-buahan tersebut. Inilah maklumat yang disertakan sebagai satu tanda khidmat sosial kepada masyarakat oleh pihak yang berkaitan.

Maklumat yang berharga ini seringkali kita tidak hiraukan kerana kita tidak tahu dan lebih parah apabila tidak mahu ambil tahu apa yang ada pada kod bar ini. Saya la tu :(

Lupakan yang negatif dan ubah kepada positif. Mari kita lakukan segera!

Maklumat yang ada pada kod bar pada buah-buahan ini menerangkan bagaimana hasil produk ini ditanam. Untuk pengetahuan semua produk buah-buahan ini telah dipecahkan kepada 3 kategori bagaimana ianya ditanam. Kategori itu terdiri daripada konvensional, organik dan pengubahsuaian genetik ( GMO). Melalui angka pada kod bar inilah yang kita tahu bagaimana buah-buahan itu ditanam.

Jika kod barnya hanya mempunyai empat digit nombor pada pelekat maksudnya buah tersebut ditanam secara konvensional atau secara tradisi dengan menggunakan racun serangga. Jadi buah tersebut perlulah dicuci dengan bersih sebelum memakannya.

Jika kod barnya mempunyai lima digit dan ianya bermula dengan angka 8 ia bermaksud buah-buahan ini adalah produk hasil dari teknologi GMO iaitu ia telah diubahsuai secara genetik.

Jika kod barnya mempunyai lima digit nombor dan ianya bermula dengan angka 9 maka ia bermaksud buah-buahan itu adalah hasil tanaman secara organik iaitu tanpa penggunaan racun serangga dan bukan dari teknologi GMO. Jadi inilah yang lebih selamat untuk dimakan dan seharusnya menjadi plihan utama. Apapun perlu dibasuh dahulu sebelum dimakan untuk memastikan tahap kebersihannya.

" Salam pakcik,nak tanya buah jambu ni mana kod barnya, saya tak nampak pun," soal seseorang pada pakcik yang menjual jambu air ditepi jalan. Terpinga-pinga pakcik itu memikirkan soalan dari seseorang dihadapannya ini.  :)


NotakakiHani : . Setahun ku tinggalkan kini ku datang semula dengan berbagai warna untuk dikongsikan bersama.

No comments:

Post a Comment